Nasib berhutang dengan ‘along’

Sekadar renungan lah yea. .kalau ada pendapat ok jugak. .

Kawan saya perempuan Nor (bukan nama sebenar) selalu membuat keputusan salah , entah kenapa dia selalu begitu , Dulu Nor becinta dgn seorang pemuda yang sangat baik ,kemudian Nor tinggalkan pemuda tu ,dan bekawan dengan orang lain , Becinta sehingga ditangkap ‘basah’ umurnya pada waktu itu baru 18 thn. .kemudian Tak lama kemudian Nor mengandung , setelah mengandung 4 bln baru Nor berkahwin , sepanjang perkahwinannya.

Nor di kurniakan 4 Org cahaya mata , suami Nor seorang yg malas berkerja ,buaya darat , dan suka pula belagak kaya ..Nor cantik. .cantik sangat tapi sayang di persia~siakan oleh seorang lelaki .Sepanjang perkahwinan Nor , memang susah bermacam2 kerja di lakukan , termasuklah kerja kilang ,Menjual tepi jalan ..kali terakhir saya jumpa Nor ,keadaan nya sangat daif. .sangat kesian pada anak2nya. . .sebelum tu Nor ada menceritakan dia dah berniaga di kampung. .saya tumpang gembiri ,kemudian tak lama kemudian Nor sms memberitahu , Nor terpaksa berpindah , saya pelik lalu betanya , kenapa?. .bisnes mcm mana ?

Lalu Nor becerita . .bisnes dia dimulakan dengan modal yang di pinjam. .dari ‘Amanah Raya ‘ dan beberapa ‘ceti’ berserta ‘along’. . Belanja untuk memulakan bisnes sedikit sahaja , tapi disebabkan suaminya malas berkerja dan mahukan wang mudah ,jadi mereka berhutang ,berulang2 kali , sehinggakan 9 kepala along dipinjamnya . .bisnes kecil~kecilan Nor tak mampu menanggung hutang yg banyak , manakan keperluan anak~anak nya yg 4 org tu. .’amanah raya’ saja dah RM90. Untuk ceti2 dan Along tu , semuanya RM 300 Sehari apabila di tambah2. Memang lah seorang along hanya mereka pinjam ,dan kena bayar sekitar RM 20,RM30, RM15 sehari.,Tapi bila ditambah jadi banyak pula. .

Jadi Nor dan keluarganya terpaksa bepindah, Ibu nor sekeluarga pulang ke kampung , Nor pula behijrah ketempat lain yg agak tersorok. .Nor ada minta pinjam dari saya. .Saya pula seorang isteri yg tidak bekerja. .mana nak dapat duit , kalau minta dari Mr kay jgn harap lah. .Mr kay pun berusaha keras untuk keluarga sendiri. .
Sekarang Nor hidup dalam ketakutan memikirkan masa depan , suaminya masih tak berubah , Nor nak pergi keklinik , pasar malam semuanya takut ,akibat lari dari hutang. .

Cer hang pa pikir2kan sehari RM300, Sbln dah berapa ? Setahun pula ? Mak aiih. .saya yang menjadi teman pendengar cerita pun seram sejuk dibuatnya, lagi2 ada 9 genk yg giat mencari Nor sekeluarga. .erm macam mana penyelesaian nya ni ??

Saya sendiri buntu , macam mana nk tolong kalau sang suami ketua keluarga tu masih tak sedar tanggung jawab nya? ?

Dalam hati mampu berdoa buat Nor semuga Nor tabah ,dan di permudahkan urusan dalam mencari jalan keluar darh hidup dibelenggu ketakutan tu ,Moga Allah menolong Nor,harap sangat. . . .

Kepada generasi muda, terutamanya perempuan lah. .hati2 membuat keputusan ,hati2 memilih bakal suami,maklum lah dulu2 ibu bapa pilih skrg pilih sendiri kannn. . .

13 Comments

  1. invictus 10 November 2012 Reply
  2. Anonymous 23 February 2011 Reply
  3. HoneyvsBee 8 November 2010 Reply
  4. EiJa ZaQuaN 4 November 2010 Reply
  5. Amni 27 October 2010 Reply
  6. jenanese 26 October 2010 Reply
  7. Peni Anani 17 October 2010 Reply
  8. Mawar Merah 15 October 2010 Reply
  9. sarah-najwan 14 October 2010 Reply
  10. ?ï? mummyHaza ?ï? 14 October 2010 Reply
  11. lan_ax 13 October 2010 Reply
  12. Lelord 13 October 2010 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.