Kura – kura

Share

Red- Eared Slider – jenis kura-kura yang saya bela. Dah bela hampir 6 bulan. Dari kecik sebesar duit 50 sen , sekarang dah besar tapak tangan. Yang betina tu lagi cepat besar dari jantan. Kemain. Kura-kura saya belum ada nama , oh dah 6 bulan masih tak ada nama ye. Paling lemah nak bagi nama pada binatang peliharaan ni. Tapi suka bela binatang. Dulu bela kucing. KUCING masih ada dengan sepupu dan rumah mak. Tak sesuai beli di rumah tak ada tanah.

kura - kura 1

Kura-kura ni terputus makanan dah dua hari. kesian cuti CNY kedai semua tutup. Saya pun lupa nak beli sebelum makanan betul-betul habis. Nah kena makan sayur.. padan muka dia.. baru pertama kali cuba. Tak tau la ada selera makan ke tidak tuh.

Oh kura-kura saya bukan duduk dalam bekas dalam gambar tu ye. Itu bekas sementara je sementara akuarium dia di cuci. Dia ada tempat khas , dengan hiasan batu. Mesti ada tempat untuk berenang dan tempat berjemur. Kura-kura kan dua alam.

kura - kura 2

Pertama kali makan sayur selepas 6 bulan jadi anak angkat puanbee hehehe .. apa pun mereka sangat aktif dan sihat. Senang jaga kura-kura ni , bagi makan dan rajin cuci bekas dia je. Dan kura-kura ni bijak juga nampaknya. Pandai juga buat perangai minta makan jika lapar.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

21 Comments:

  1. Senang tak nak bela kura-kura ni puan bee?

  2. Sihat kura-kura Puan Bee bila makan sayur..hehe.. Sy punya kucing, kalo tukar makanan selain frikis die tu,mau merajuk sampai 2 hari..mogok kata nya..grrrr..

  3. baca entri akak ni rasa rindu pulak nak membela kura2..kura2 ciktom namanya diego n dora…terpaksa lepaskan sebab membesar dengan jayanya..akuarium paling besar pun dah tak mampu nak tampung kura2 2 ekor tu..sedih tapi terpaksa….

  4. anak saya dah bela beberapa ekor dah, tapi tak lama hayatnya. kura2 pun stres agaknya dibela anak saya. huhuh

  5. Cutenya..tak pernah bela kura-kura. Kat rumah ada 3 ekor kucing yang sangat aktif, risau takut dikacaunya kura-kura tu. Senang tak membelanya ni? Macam berminat juga. =)

  6. bgagus kura-kura ni sebab ni antara haiwan yang jangka hayat nya paling lama kan…

  7. macam mana nak tahu jantan ke betina ni?heheh

  8. Oh, sudah ada hobi bela kura-kura pulak. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *