Khasiat dan kelebihan cuka epal ( Apple Cider Vinegar )

Semasa saya mengikuti group diet atkins malaysia di facebook. Ahli group memperkenalkan saya dengan cuka epal ni. Pertama kali saya baca di group tersebut , terus saya buat bacaan dan mencari kebaikkan lain serta keburukkan mengamalkan cuka epal ni. Selepas itu saya terus ke Carefour berdekatan dan membeli cuka epal. Pada waktu itu saya membeli cuka epal dengan pertambahan madu di dalam nya. Dan harga agak mahal. Kali kedua saya membeli pula cuka epal jenis Bragg ini. Kerana kebanyaakn member group syorkan jenis organik dan di datangkan dengan mother (ibu cuka ) iaitu serdak serdak dan tanpa tapisan gitu. Cuka dengan ibu cuka ini di katakan lebih berkesan jika anda ingin kan kesan dengan cepat. Harga nya cuma RM22.90 , untuk kedai lain saya kurang pasti.

khasiat cuka epal

Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) adalah salah satu bentuk penyediaan terbaik daripada buah epal. Ia terhasil sejak zaman purba lagi dan digunakan dalam masakan serta perubatan. Islam juga menggalakkan umatnya mengamalkan penggunaan cuka epal dalam kehidupan seharian atas sebab-sebab faedah dan manfaatnya kepada kesihatan.

8 Kebaikkan dan khasiat cuka epal yang ramai orang tak tahu.

  1. Kebaikkan pertama , harga murah. Boleh amalkan setiap hari. Beli sekali tahan berbulan. Dah tentu jimat duit kita untuk mendapatkan kesihatan yang maksimum.
  2. Cuka epal dapat membersihkan toksin yang tersumbat dalam peredaran darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolestrol. Kesannya, peredaran darah akan menjadi bersih dan sihat serta mengembalikan metabolisme tubuh menjadi normal.
  3. Khasiat lain cuka epal boleh memecahkan lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
  4. Kandungan Pectin iaitu sejenis serat dalam cuka epal membantu menurunkan kadar kolestrol jahat serta mengimbang tekanan darah dalam badan.
  5. Cuka epal juga kaya dengan Potassium yang membantu proses detokfikasi harian khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi serta masalah sinus.
  6. Beta Karotin yang terdapat dalam cuka epal pula dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit.
  7. Asid Malic yang terdapat di dalam cuka epal juga bertindak sebagai agen anti-kulat bagi menentang jangkitan kuman, bakteria dan mikroorganisme.
  8. Penggunaan cuka epal juga dapat mengimbangi kadar asid dan alkali dalam badan, selain menghilangkan lenguh-lenguh pada sendi dan otot badan.

Cara untuk menggunakan cuka epal sebagai amalan harian.

  • Cara untuk amalkan cuka epal sangat mudah. Ambil 2 sudu teh cuka epal , campurkan dalam secawan air suam dan minum di waktu pagi sekali dan malam sebelum tidur sekali.
  • Boleh juga di tambah madu untuk mengimbangi rasa masam nya.

Rasa cuka epal 

  • Rasa cuka epal adalah masam . Bau macam basi. Tetapi jika anda beli cuka yang tiada ibu cuka , masam tu kurang sedikit. Dan jika anda campurkan sedikit madu , rasanya masam manis.

Tak semua orang sesuai amalkan cuka epal.

Saya ada baca info dari seorang Doktor katanya , cuka epal tidak sesuai untuk mereka yang mengidap gastrik dan diabetis. Jika megalami lemah badan setelah cuba cuka epal segera berjumpa dengan doktor.

Apa puanbee dah buat dengan badan puanbee. Ada orang tanya .. dan ini salah satu yang saya amalkan. Ini lah tips untuk kurus dan mendapatkan kulit yang cantik serta badan yang sihat yang di amalkan sejak zaman Nabi dulu kala. Dan saya sendiri telah pun merasainya . Serius selepas korang amalkan dalam seminggu , anda akan rasa perubahan. Badan akan lebih cergas , kulit akan berseri seri. Tak perlu suntikan vitamin bagai. Mudah .. murah …

Sekian ,

perkongsian dari seorang pengurus rumahtangga . Sila share kalau membantu.

Puanbee

Comments

  1. cuka epal memang bagus. tq sudi share

  2. Info yang menarik. Cuka epal cider mempunyai asid asetik yang mempunyai pH 4.76. Asid asetik ini memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan. Antara khasiat cuka epal cider ialah ia boleh membantu mengawal paras gula dan kolesterol di dalam badan.

  3. Info berguna tentang cuka epal. Boleh cuba nanti ni..

  4. INFO YANG SNAGAT BERGUNA TENTANG cuka epal ….

  5. obat jantung bengkak :

    thanks mba untuk infonya,mudah-mudahan bisa menjadi solusi alternatif untuk pengobatan ya,

  6. cuka epal juga bagus untuk perawatan wajah…..

  7. nostalgia tgk botol cuka Bragg ni…

    masa nis skolah rendah dolu2… arwah abah dok beli cuka ini la….

    skrg ada simpan cuka kurma… tp malas amal… aduhaii…

  8. Memang beli cuka epal untuk mak. Tahniah, info yang menarik. 🙂

  9. Untuk mereka yang ada gastrik tidak digalakkan, kawan pernah kena sampai sesak nafas. Untuk mereka yang tiada masalah gastrik dan diebetis boleh mencuba kebaikan amalan pengambilan cuka untuk kesihatan ini. Info menarik.

  10. baru sekali beli cuka epal, tu pun bukan jenama ni..

  11. Baru tau saya berbagai macam khasiat dari cuka epal artikel yang sangat bagus….

  12. cuka epal memang sangat baguslah untuk kesehatan, info yang sangat bagus dan best lah….

  13. selalu saya guna cuka epal untuk buat bone broth atau sup tulang. memang sedap

Speak Your Mind

*