Karipap King Kong Desa Pandan

Share

Cerita pasal Karipap King Kong tiba – tiba. Dulu masa saya muda remaja ada seorang kakak tu jual karipap besar macam karipap king kong ni. Harga dalam RM2.50 , Itu cerita 13 tahun lepas. Tetapi nak cakap. Size nya sama . Rasa tepung di luar sama. Tapi inti di dalam lain. Masa lalu lalang di depan gerai karipap king kong desa pandan ni. Teringat lah karipap besar kakak 13 tahun lepas. Jadi teringin. Tetapi pandang harga tak jadi lah nak beli. Sebab nya kalau beli satu dua memang tak cukup.

Karipap King kong desa pandan berdekatan sekolah Desa Pandan Ampang ..

Karipap King kong desa pandan berdekatan sekolah Desa Pandan Ampang .. kalau teringin atau mengidam boleh lah singgah beli. Hari – hari ada …

Entah macam mana , hari ni terrbeli.. padahal nya ..huhuhu .. part ni biar lah rahsia. Ku ingatkan inti sama dengan kakak 13 tahun lepas. Inti karipap besar kakak 13 tahun lepas. Ada sebiji telur dengan salad kubis di campur hirisan bawang. Cicah dengan sos special buatan sendiri. Uols boleh bayangkan tak ? sedap nya perghhhh …

Isi Karipap King Kong

Tetapi karipap king kong ni memang karipap inti kentang biasa cuma di besarkan size je lah. Nasib baik memang terasa daging nya. Kuah kari sedap dan banyak inti kentang. Cukup rasa tapi makan tak cukup .. Hahahah .. beli 2 ketul aje.

Mereka ada jual air kelapa laut juga. So beli 2 karipap kingkong dengan satu air dah jadi RM10. okay lah sekali sekala nak merasa.

Masih terigat karipap kakak 13 tahun lepas. Meniaga di Kamunting Taiping. Ada ke lagi ke tidak agak – agaknya ?

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

5 Comments:

  1. saya pun pernah makan karipap king kong ni.Saya memang hantu karipap.Suami saya pun sama. Memang kalau orang jual karipap aje, mesti nak test. Klu terdapat karipap oksigen, itu yang paling sadiss oooo..

  2. adoi king kong pula namanya

    biasa dengar karipap gergasi

    ehemmm…. any gud news? 🙂

  3. Karipap gergasi di hentian stesen minyak Petronas di R&R Seremban lebih besar sebesar tapak tangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *