Pengalaman yang tak mungkin di lupakan. Tahun 2014 ramai anak murid tahun 1 tersepit celah kerusi kan ? Husna juga ada kisah nya tersendiri. Kelakar habis. Kalau ingat cerita dia ni boleh buat saya gelak sampai menitik air mata.
Husna jatuh longkang .. kesian dia .. hari pertama kan .. dah 2 bulan cuti makan tidur je .. bangun lewat sekali kena bangun awal .. mengantuk agaknya. Lepas balik dari sekolah .. saya parking kereta . maksu , kakak dan syamim dah naik atas. Husna jalan selepas diorang. Saya lambat sikit sebab nak kunci kereta dulu.
Husna dah merungut beg berat. Tolong lah bawak.
Tapi semua orang tak layan dia. Ibu nak angkat beras 5kg , sabun 3kg dan banyak lagi barang dapur. Maksu dukung syamim. Kakak ada beg sendiri. Jadi terpaksa la bawa beg sendiri.
Lepas parking kereta . Kunci semua siap … maka saya gerak lah ke arah tangga. Tiba-tiba nampak benda macam beg husna bewarna pepel + pink dalam longkang.
Baru je terdetik dalam hati ” Kenapa beg husna dalam longkang “
Saya jalan ke depan sikit.
Nampak husna.
Saya kecut perut lah juga .. terus lari ke arah husna , campak semua barang .. temasuk handbag , telefon semua.
Pandang husna ” ya allah .. una buat apa dalam longkang ?”
Husna ” ibu tolong la angkat una , una jatuh ni “
Yelah mesti lah nak tolong kan .. dah tolong dia…
Saya tanya lagi … ” kenapa una terjun longkang ?”
Husna jawab ” mana ada terjun , beg tu kebelakang “
Terus tak boleh tahan .. balik ke rumah baru hentam gelakan dia .. hahah awat lah kelakar sangat budak ni.
Hari orientasi .. `Husna jadi perhatian juga .. baju comot dari atas ke bawah . Tertumpah kuah sambal. ermm .. Oh bab buku teks. Tahun 4 dapat buku teks baru ..
Rupanya .. kalau anak-anak pindah/tukar sekolah . Bukut teks kena ambil dari sekolah lama. Erm .. satu info yang orang tak tahu pun. Nasib lah sekolah yang di tukar dekat je. Kalau pindah nuh dari Kuala Lumpur ke Perak .. acaner lah kan ?
Urusan pertukaran sekolah Selangor ke Kuala Lumpur
Walau apa pun … BFF kesayangan perlu di cuci 2 minggu sekali . Semua ni gambar hasil dari menunggu kereta siap di cuci. 🙂 Syamim merengek nak tidur …
kikiki una.. una..
tapi dlm gambar ni pakai uniform skolah, nampak lainlah.
Selamat bersekolah dan masuk tahun 1. Memang penat mula-mula untuk biasakan rutin persekolahan.
Husna dan anak sulung saya Haikal nampaknye sebaya.. Selamat bersekolah Husna… Lepas ni jangan jatuh longkang lagi ye.. hehehe..
Selamat jadi pelajar, semoga sekolah-nya lancar dan bisa mengukir prestasi
beratnya beg tu sampai masuk longkang tu, Malang tak berbau.. hehe
teringat adik saya yang skrg baru melangkah masuk tingkatan 1 tahun ni, hehe
cantik banget anaknya, semoga bisa meyesuaikan di kelas 1 ya
Alahai kesiannya dia, hehe, tapi saya cukup tak suka kalau tengok adik bawa beg besaq pi sekolah ni sedangkan abang dia sendiri dulu pi sekolah relax je. Buku kat tangan. 😀
Biasa laki2 suka tinggai barang dalam kelas, tu mudah :p
Dapat bayangkan beg tu berat. Huhuhu. Sabar je lah Husna
Semoga jadi anak yang pintar