Hari pertama cuti sekolah dan Katil ikea preloved

Share

Assalamualaikum , hai hai hai. Hari pertama cuti sekolah. Dalam kepala nak buat banyak program lah berkenaan anak-anak. Tapi perkara pertama kena buat adalah kemas bilik anak dan rak buku. Rumah kecik saja , tak kemas setiap tahun macam ni memang tak boleh lah. Nanti tak cukup ruang.

Lepas tu , untuk beri suasana lapang dalam bilik , satu katil bujang terpaksa di lepaskan. Nak jual aje . tak mau simpan , memang tak ada ruang. Kalau boleh nak rumah macam rumah jepun . Lapang je gitu.

Katil ini di beli di ikea pada awal tahun hari tu. Masih elok. Tak ada rosak pun tapi memang nak luaskan ruang lah. Masing-masing dah besar. Si kakak pun rimas bilik sempit.

Dalam masa cuti ni cuma nak ajar mereka mengaji alquran dan baca buku bahasa english serta matematik. Lain tak adalah.

Mak pun terpaksa bekerja nak tampung kewangan ni memandangkan ayah tengah cari kerja baru.

Tak ada lain , harap ayah dapat kerja cepat. Risau sangat lah . Tahun depan nak naik sekolah. Mak pun nak beranak.

Doakan suami saya dapat kerja cepat ya …

sekian ,
Mak yang sedaya upaya membantu untuk keluarga.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

3 Comments:

  1. dekat boleh juga nis rembat…

    moga dipermudahkan urusan yer bee…

  2. Semoga dipermudahkan urusan puan sekeluarga ye 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *