Hari jadi Husna dan Damia

Share

Zaman kegawatan ekonomi ni kita buat sekali jerrr . Hari jadi husna lambat lagi 26/5 tarikhnya. Tapi di sebabkan hari jadi damia dah lepas dan biasanya memang buat potong kek sekali je .. untuk memeriahkan suasana dan buat makan-makan sikit. Tak ada lah sambut sampai buat kenduri bagai. Antara menu lain Bihun sup tulang. Air sirap lemon di tambah dengan makanan sampingan lain. Allhamdulillah kenyang makan.

una besday4

Husna 9 tahun dan damia 6 tahun. Cepatnya masa berlalu. Pejam celik anak-anak dah besar. Husna tahun 1 dulu di sini . Untung ada blog. Seolah-olah  scrapbook bertahun tahun lama nya. 

una besday

Acara suap menyuap. Laila tu nganga la kot bff dia nak suap dia dulu. Laila dgn damia bff  berpisah tiada punya.

una besday1

Lepas tu laila merajuk sebab damia tak suap dia. Lalu damia suap syamim yang menanti di belakang. Hehehe anak-anak punya kerenah.

una besday2

Husna terkejut tiba-tiba ada nama dia atas kek. Sebab pada mulanya kami kata nak sambut birthday damia sahaja. Majlis tak di rancang. Tiba-tiba je adik sms kata nak datang untuk sambut hari jadi. Tulang daging dia bawa dan kakak ni kena masak. Kelam kabut ya ampun macam tak boleh nafas hari tu. Dek kerana kalut + letih lah tak ada gambar lain.

Jam 3 adik sampai dari kajang. Waktu ni saya baru lepas ambil anak saudara dari tadika . Ambil husna dan laila dari sekolah termasuk anak doktor yang tumpang saya. Bawa anak doktor tu hantar ke klinik mak dia. Bawa husna dan laila , arif , syamim ke tesco beli barang. Hantar husna laila , mengaji. Pergi tesco lagi cari kek. Ambil aliya pula balik dari tuisyen. Hantar mengaji lagi. Jam 5.30 ptg baru balik rumah terus sambung memasak. Ya ampun letih . Siapa kata surirumah goyang kaki tu ? meh sekeh sikit kepala dia.

Walaupun majlis simple dan tak ada makanan meriah sangat. Ketahuilah anak. Ibu mu dah bersusah payah meraikan hari lahir mu. Semoga murah rezeki dan berjaya dalam hidup dunia dan di akhirat.

Sayang nya ayah tak ada. Terlepas lagi.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

One Comment:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *