Gambar Majlis Perkahwinan Zed Zaidi

Salam bahagia 🙂 Nak komen klik tajuk yer …

Baru je tengok gambar perkahwinan zed zaidi itu pun ada sekeping je..eh tak de ke orang nak tayang gambar mereka nih teringin jugak nak tengok ! huhuhu , Bagus lah kenai di facebook dan kahwin ramai orang yang cintanya kecundang jika kenal dari laman sosial nih ..apa-apa pun tahniah di ucapkan dan di doakan zed zaidi kekal bahagia sehingga ke akhir hayat bersama isteri …

Pelakon Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil telahpun menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April ini.

Gambar perkahwinan zed zaidi dan Natalia

Gambar perkahwinan zed zaidi dan Natalia

Majlis akad nikah akan diadakan di Restoran Felda Villa, di sini dengan tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Kedua-dua pasangan kemudiannya akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 7 Mei di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional.

Menurut Zed, dia tidak melakukan upacara pertunangan sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul.

“Acara pernikahan nanti akan dibuat secara sederhana sahaja dengan dihadiri keluarga kami sahaja. Mereka minta agar dibuat secara tertutup manakala majlis resepsi baru kami menjemput rakan-rakan dan media,” ujarnya.

Bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta.

kad jemputan kahwin zed zaidi  yang unik

kad jemputan kahwin zed zaidi yang unik

“Kami kenal di laman sosial Facebook sejak tahun 2008. Selepas itu saya tolong dia usahakan perniagaan dalam talian miliknya.

“Pada asalnya kami hanya rakan biasa sahaja sehinggalah selepas menunaikan umrah tahun lalu, saya mendapat petunjuk dialah calon yang paling sesuai untuk saya,” katanya.

Tambah Zed, Natalia merupakan seorang gadis yang memahami dan sentiasa setia dengannya.

“Dia sangat memahami kerjaya saya sebagai pelakon kerana dia pun dahulu pernah bekerja di TV3.

“Lagipun dia antara kawan yang sentiasa ada di sisi saya serta sanggup mendengar masalah saya,” ujarnya.

Ditanya tentang persiapan perkahwinan, Zed berkata, dia sedang dalam beberapa fasa terakhir untuk majlis tersebut.

“Semuanya keluarga sudah uruskan, saya sudah bercuti sejak 15 April lalu untuk urusan perkahwinan. Sekarang hanya tinggal beberapa perkara sahaja lagi yang belum selesai. Insya-Allah semua akan berjalan lancar,” ujarnya yang akan memberi tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan.

Zed turut merancang untuk membuka sebuah francais makanan bersama isterinya selepas bergelar suami isteri nanti.

Kad jemputan perkahwinan menyerupai facebook / unik dari zed zaidi

Kad jemputan perkahwinan menyerupai facebook / unik dari zed zaidi

Harap-harap zed zaidi baca nih haha…weekk tak semenggah yer puanbee!

Please follow and like us:
200

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

19 Comments:

  1. akhirnya..kawin jugak dia ni.. 🙂

  2. sama cantik sama padan..kad kawin dia pun cantik bangat..i loikee!

  3. mmg unik la kad jemputan tu kan…kawan kak sya pun ada gak yg bercinta melalui internet…alhamdulillah dorg kekal sampai skrg dan insya allah selamanya… 😉

  4. sweet je isteri zed…moga kekal bahagia….

  5. owh selamat pengantin baru..

  6. lor kak..dah kawen ke depa ni..igtkan lmbt lg majlisnye..baru igt nak attend..hahahaha..

  7. dah kawen dah ye….comei isteri dia..bagai pinang dibelah dua

    KLIK SINI ENTRI TERBARU>showdown 2011

  8. akak bee…. tajuk entri ni ada silap skit… huhuhu… zed zaidi la, bukan zed ziadi… huhuhu….

  9. semoga berbahagia.tak byk kan pasangan yg kekal dr laman sosial.jodoh zed zaidi.kutu pun slh seorg klu bee nak tau..kekal smp skang.hoho

  10. alhamdullilah kan… nengok tu.. cinta facebook pon leh sampai ke jinjang pelamin kan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *