Family Travel : Ke Cameron Highlands 3 hari 2 malam

Hi pembaca blog puanbee. Saya tahu walaupun jarang sangat update blog ni , ramai yang singgah membaca termasuk baca entri lama saya. Terima kasih sangat saya ucapkan buat kamu semua. Sekarang memang agak sibuk dengan hal keluarga dan bisnes suam – suam kuku tu. Cuti sekolah pada september lalu kami sekeluarga melawat Cameron Highlands , perjalanan kami kali ini tidak di rancang , spontan sahaja si ayah mengajak kami semua bersiap dan terus bertolak dari Taiping ke Cameron Highlands , perjalanan mengambil masa cuma 2 jam lebih.

IMG_1867

Syamim dan ibu di KEA FARM  – Kami tidak mengambil mana-mana pakej , terus terjah ke sana dan cari hotel. Agak susah hendak membuat pilihan hotel kerana terlalu banyak pilihan. Setelah penat pusing-pusing dari bawah bukit  ke atas bukit dan menuruni bukit , naik semula ke tanah rata. Kami membuat pilihan untuk terus daftar masuk ke ARANDA NOVA HOTEL.  Bagi kami , hotel ini sangat lengkap dan sesuai untuk famili  yang ada ramai kanak-kanak seperti kami. Review akan di lakukan di dalam post lain.(  review klik sini ) Al-maklumlah terlalu banyak gambar.

IMG_1889Saya suka konsep hiasan begini , terasa jika satu hari nanti di takdirkan saya berpindah dan tinggal di rumah yang ada sedikit tanah , boleh lah bercucuk tanam macam ni.  

IMG_1894Seorang anak hilang pada waktu ini , tak tahu angin apa .. dia asyik ikut si ayah yang malas-malas nak bergerak ke sana kemari macam ibu dan kakak nya ni.

IMG_1883Teruja tengok bunga mekar dan kembang , cantik mata memandang , damai rasa hati. Apalah baby 10 bulan tu pandang ye ?

IMG_1825Saujana hijau ladang Teh Boh yang sempat kami lawati  , perjalanan kami di sini , separuh jalan je .. malas nak turun lagi dan minum teh , tak minat teh … saya peminat kopi .. anak-anak pula merengek nak tengok strawberry je .

IMG_1888

Maaf la , saya lupa nama tempat yang saya lawati .. ampun .. teruk betul blogger ni kan .. saya tak sempat hendak menulis semua detail … dengan 4 orang anak .. semua nya jadi huru hara.  Ladangstrawberry pergi , tapi tak ada buah .. kecewa sungguh.

IMG_18263 GADIS .. mungkin akan datang kita boleh buat THROWBACK di sini ..  Itu pun kalau umur panjang lagi nak tengok anak dara bertiga ni membesar jadi anak dara pingitan.

IMG_1827

IMG_1838

IMG_1882

IMG_1811

Oh .. di atas ni adalah gambar saya ( yang dukung baby ) dengan seorang sahabat baik sejak bangku sekolah .. seingat saya tahun 1999 dulu. Beliau sudah berkahwin dan tinggal di Cameron Highlands , sempat lah ajak berjumpa dan makan-makan sambil berborak panjang di dalam sebuah restoran steamboat yang terkenal , tetapi elektrik terputus. Malang sungguh nasib malam tu .. UNTUNG RETORAN TERSEBUT , SAYA LUPA NAMA RESTORAN MEREKA. Kerana terlalu asyik menyembang dengan kawan lama.

Seronoknya dapat jadi orang Cameron Highlands tu .. sejuk jek manjang , macam tak kena panas .. pula tu hari-hari dapat tengok bunga cantik-cantik .. dan murah ..

IMG_1812

” Zila .. aku memang rindu hang .. nanti kita jumpa lagi .. ”  sejak berkahwin memang susah nak jumpa mana-mana kawan baik pun .. biasa lah masing-masing ada tanggunjawab sendiri.

IMG_1824

Bank bergerak kami a.k.a Si ayah dan suami saya .. hihihi .. dia memang sibuk ..  tak boleh buat apa dah.

IMG_1808

IMG_1809

Suasana di dalam bilik hotel .. ibu dan ayah tidur bilik , anak-anak tidur luar … sejuk nya tak perlu di cakap , macam ada aircond , padahal tak ada aircond langung dalam hotel ni .. terbaik la ..

famili travel ke cameron highlands

Merenung nasib diri ..  Tuhan .. Aku bersyukur atas kegembiraan dan nikmat ini. Yang pastiya … nak pergi lagi .. boleh tak ?

Tak ada langsung gambar makan -makan , sebab semasa makan memang huru hara juga melayan kerenah ke empat-empat anak ni.Dan termasuk lah kami membuat penjanjian , makan tanpa handphone .. sebab tu la .. ampun..

Show 28 Comments

28 Comments

  1. Habiskan masa dengan family. kat mana2 pon memang seronok. Boleh jumpa kawan lama lagi yang dah lama tak jumpa, boleh tukar2 cerita.

  2. best nya…
    Budak bulat tu dah 10 bulan ye..sihat betul dia..heheh..

    • tu waktu prgi cameron dia 10 bln , skrg dn setahun hahaa .. lama sgt mak ye na tulis ..

  3. Harap dapat bermalam disana. Kalau sebelum ini pergi balik hari sahaja.

  4. Tak sabar nak tunggu entry penginapan tu sebab selalu balik hari je. Sure best rasa sejuk tanpa aircond

  5. Noriza Rahman

    Memang best kalau boleh jejakkan kaki lagi ke CH ni. Tapi sayu hati la bola tgk TV skrng ni CH habis dijajah oleh pendatang yg rakus. Habis gondol bukit2, sayang sangat!

    • dah ada entri hotel nya .. memang gondol lah cameron highlands tu , sesak juga ..

  6. Ani Haryani

    Seronok bercuti dengan family. Lavender Farm sangat cantik kan! 😀

    • aah lavenda farm cantik , tp tak ada bunga ros dan nak petik strawberry tk bolh .. buah tak ada ..

    • bee memang suka tengok hutan bukit2 , jd k terasa pun .. tau2 dah sampai ..

  7. dah lama tak ke cameron. tak silap tak pernah lagi bawa anak2 ke sana. rindu pulak rasanya.

  8. sesungguhnya, Sya benci bee taw. mencik mencilk.
    Sya nak gi Cameron tak dapat2 taw… jeles!

    • hahaha nanti pergi la syasa .. pergi untuk jalan2 tengok2 je .. tak perlu spend banyak sangat duit .. hotel dan makan .. ngeee

    • Yourfabulousmama

      Whoaa bestnya hotel ni. Cantik view dia. Biasa datang Cameron balik hari je. Next time bawak family jauh mungkin boleh stay hotel ni. In Shaa Allah.

  9. Terasa sangat nak pergi cameron dalam masa terdekat nie..
    Tetapi disebabkan banyak kes yang berlaku memang membantutkan kami..
    Sayang sangat habis tanah ditarak..
    Hilang permandangan yang cantik..

  10. hari tu dah plan dah pergi ke cameron. memang dah eksaited. skali ada berita, cameron banjir. wallahhhh, terbantut sudah rencana nak gi sana. last time pergi cameron 10tahun++ yang lalu.

  11. Next time saya plan nak gi ke sini plak.
    Selalu pergi cameron tapi tak pernah singgah sini.
    Anyway thanks for sharing!

  12. Cameron Highlands memang tempat yang menarik untuk dilawati….sesuai untuk seisi keluarga…

  13. kaptenkiid

    rasa nak g je cameron highland..nampak best je tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.