DIY : Tempat gantung peralatan menjahit , gunting dan hiasan dengan bajet sangat minima .

Share

 

Assalamualaikum dan hai , apa khabar ? harap semua sihat lah kan .. selain sihat kita juga hidup tenang walaupun sesibuk mana pun. Sejak dah pindah rumah ni mood mendekorasi dan menatarias rumah menjadi-jadi. Sampai tahap guna drill berat tu sendiri , sebelum ni tunggu encik suami buatkan. Sekarang tak tunggu dah. Semangat berkobar kobar selepas tengok mat saleh buat sendiri.

Nak tau cara buat sendiri (DIY) tempat gantung kunci  atau gantung gunting  atau boleh juga di gantung peralatan lain termsuk lah pasu bunga kecil-kecil seperti gambar di bawah ?

Caranya senang sangat. Murah pun ye. Peralatan yang di perlukan semua ada di kedai hardware. Pergi je lah minta nanti dioranag akan tunjuk. Saya sumpah. Nama kayu pun tak tahu.

Peralatan yang di perlukan adalah seperti di dalam gambar di bawah.

Gergaji , kayu tu , jaring tu dan stapler industri. Saya tak tahu nama betul benda semua ni. Nanti la kita selidik. Saya guna cat spray je yang boleh guna untuk kayu dan plastik. Cangkuk S tu jangan di lupakan.

Semua ni kos dalam RM30 sahaja. Tak termasuk gergaji dan stapler lah ye.

Cara nya , potong kayu ikut ukuran di kehendaki. Potong jaring tu dulu , mintak orang kedai potongkan siap-siap  , saya buat 3 kaki x 3 kaki. Kemudian stapler je lah jaring ke kayu tersebut. Dan spray cat . Dah kering boleh gantungkan.

Hias lah ikut suka. Nak deco lawa2 boleh gantung huruf2 ke , pokok bunga ke ..saya ni memang plan nak gantung gunting tu , tak nak bagi anak main gunting. Bersepah barang – barang , bila di gantungkan nampak lebih kemas dan senang cari.

Tombol tempat gantung kecil – kecil yang 3 tu  saya beli di ikea lama dulu. Tu lah kejayaan pertama guna drill ..rasa nak menjerit bagi tahu satu dunia je.

So hari ni saya belum tidur , baru lepas menjahit baju ..dan update blog. Sambung solat subuh , kejut anak-anak pergi sekolah baru lah boleh zzzzz ..

tata tata tata ..

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

4 Comments:

  1. Kreatif dan menarik. Nak cuba buat juga nanti. DIY tempat gantung ni elok sangat untuk jimatkan ruang lain pada bahagian dinding.

  2. cayalah bvee. nis jugek tak kose mendrill lagi. tunggu cik abg jeee…. lahaiii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *