Buffet Ramadhan Casa Ombak Lagi

Masih belum terlambat kalau korang nak cuba berbuka puasa di Casa Ombak. Rugi lah sapa tak cuba , setahun hanya sekali gitu. Tahun ini muka saya lagi ke CASA OMBAK tu. Tiap-tiap tahun mesti pergi. Tapi tak ada gambar dengan ownernya Kak Akma la pulak. Tahun ni sama dengan tahun lepas. Tak sempat bergambar banyak banyak dan tak sempat makan puas puas. Harap tahun depan boleh makan banyak lah ye. Tapi sempat makan sepinggan Kambing bakar, kuew tiaw , kuih muih dan juga jeruk buah buahan. Saya orang paling lama tunggu disitu kot. Tapi banyak benda tak sempat makan. Bahagian nasi tak makan langsung. Ruginya … sebab lauk banyak sangat. Semua nampak sedap. Red mummy kata ada teh sedap. Adoi terliiurrrrrr ..  Tapi tak kisah lah.. memang dari awal plan nak kambing .. Kambing bakar dia sedap .. kuah pun sedap .. korang kena try lah. Bagi saya semua sedap .. casa ombak

Hai kak hanny , curi gambar satu ekkk … hehehe ..

Suasana berbuka di casa ombak , amat meriah dengan makanan. Banyak makanan di sediakan. Amat berbaloi .. jika sesiapa suka makan tu eloklah kesini. Janji puas hati. Pentas ni hiasa je , gambar sebelum anak anak naik buat persembahan.

casa omabk 7

Cantik sangat dekorasi dia. Kalau lah sesiapa yang rasa nak buat jamuan keluarga ke , korporat ke terus booking di sini. Tak payah susah-susah nak sediakan semua. Info saya sertakan di bawah nanti ye.casa ombak 1

Roti john sempat makan . yeay ..sedap nak. Terubat kerinduan mak di kampung .casa ombak 2

Penuh dengan blogger . Memang lah meriah , setahun hanya sekali kan. Berkumpul makan-makan sambil tanya tanya status terkini blogger tu. Bertukar cerita dan rasa. Disini saya minta maaf sangat tak sempat nak salam dengan semua. Bukan sombong tapi kalut la dengan anak paling kecik tu. Dia tak duduk diam. Stress dah letih juga. Saya bawa adik kot nak tolong tengok kan anak sementara saya beramah mesra tapi nampak nya depa makan tak pandang kiri kanan dah. Nampak tak ? bertapa sedap nya dan puas hati makan buffet di Casa Ombak ni.

casa ombak 3

Tengok bawah ni. Blogger hebat ni. Malu lah nak tegur deme .. Ahkak ni blogger suam kuku saja. casa ombak 4 casa ombak 5

Aman damai dan selesa , kawasan cantik. Banyak kerus dan meja. Boleh pilih nak duduk mana. Pilihan makanan pun banyak. Tak caya ? korang tengok gambar lagi di facebook casa ombak tu. Saya tak sempat ambil gambar banyak banyak.casa ombak 6

Berjenis jenis air. Pilih lah sampai puas. Hotel pun tak sebanyak ini.casa ombak 8

Bahagian kambing panggang . Kambing mana kambing ? dah masuk perut puanbee lah. Korang nak kena tengok fb jugak. Ada video live lagi. Dah tengok tu booking lah. Jangan tunggu tahun depan. Nanti mengidam. casa ombak 9

Dah la … pergi booking cepat ..ada banyak hari lagi ni sempat lagi kalau nak merasa makan buffet di Casa Ombak.  Kawasan tengah bandar tapi tak rasa macam bandar sangat. Nak ke nak cuba ni ? Info di bawah yek ..

casa ombak price

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Alamat: No.22 Jalan Damai off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Waze: Casa Ombak
Telefon: 03-2181 8750
Instagram: @ombakcreative
Buffet Dewasa: RM59.00
Buffet Kanak Kanak: RM38.00 (5 – 12 tahun)
Selamat  berpuasa dan selamat berbuka puasa.
Istimewa buat kak akma :
Terima kasih daun keladi ,
Tahun depan jemput lah lagi.

9 thoughts on “Buffet Ramadhan Casa Ombak Lagi”

  1. Not bad harga buffet ni. Tahun ni saya tak pergi food review atau attend jemputan berbuka puasa lansung. Bolehlah berkenalan next time 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *