Blogger Contest : Review lynk.my 2015

Nak join juga Contest review lynk.my 2015 boleh tak ? rasa macam dalam tahun 2015 ni tak  ada join apa-apa contest blog lagi , terasa gian nak join pula. Hadiah bagi saya tolak tepi dulu , saya join sebab nak test plugin seo yang baru sahaja di gunakan , dan skil saya meng review sesuatu lama web , entah masih ada ke tidak ni. Dah lama jadi blogger di pinggiran ni. Saya dapat email dari lynk.my tentang contest ni , mula-mula … eh .. ingatkan dah tak ada website ni , dulu selalu guna kot untuk pendek kan url ketika nak share iklan churp churp lah , iklan says lah di facebook , korang yang blogger mesti tau , jangan duk buat pening pulak.

Jadi .. nak tahu pasal contest atau review website lynk.my dulu ? REVIEW dulu lah ye … Ehemm .. di bawah adalah review saya ..  harap anda faham ya.

Review lynk.my 2015

Contest review lynk.my 2015

Apakah kegunaan website lynk.my ? Website lynk.my adalah sebuah website yang menyediakan perkhidmatan pengiklanan dan bertindak sebagai sebuah platform untuk di gunakan oleh dua pihak.

Pihak 1 : Pengiklan.

Jika anda mempunyai bisnes online / offline di seluruh MALAYSIA yang ingin di ketengah kan , anda boleh membayar lynk.my serendah RM10 sahaja , untuk berilan di lynk.my. Apa ? cuma RM10 ? Ya betul cik kak , tuan dan puan , makcik , mokcun semua .. anda boleh sesenang je sebarkan iklan bedak sejuk anda , semudah A,B,C. Tahu-tahu ramai pengunjung membeli produk anda. Tiba-tiba kecoh je bunyi whatsapp , order masuk .. kaching ! kaching ! tak nak ke ?

Pihak 2 : Penerbit iklan 

Penerbit iklan ini merupakan pihak yang akan menggunakan singkatan url yang telah di sediakan di lynk.my dan seterusnya menyebarkan iklan yang di iklankan oleh pihak 1 tadi. Contoh nya .. kami la sebagai blogger nih ha .. alaa kalau nak share apa-apa di facebook guna URL panjang-panjang tak best ye . Lagi pun tak dapat trace berapa ramai orang klik url tersebut. Tetapi dengan Lynk.my nih , orang klik je terus ada statistik di website lynk.my. Hah .. baru lah seronok dan tak perasan sendiri ya , dah nampak kan berapa ramai orang klik URL yang kita sebarkan di merata media social kita. Ye lah.. blogger kan social. Erk ? Sesambil bersocial tu , cik ak dapat duit .. yeyyy ! kaching .. kaching … payment akan di bayar ke akaun kita di Malaysia , apa bank pun bisa ya buk.

Mari kita belajar cara guna lynk.my dari MOKCUN dan Cik kiah.

Mokcun ;

  • Ehh macam mana nak iklan kat internet  ni ? mokcun nak jual bedak sejuk mokcun ni , mula-mula nak sebarkan ke seluruh Malaysia , lepas tu thailand … myanmar .. indonesia dan lain -lain. Tapi …. tapi .. mokcun tak banyak bajet la …. Sepuloh hengget buleh dak ?

Cik Kiah ;

  • Eh … maokcun oiii .. awat tak buleh .. sepuloh hengget boleh aihh guna servis lynk.my tu … murah ja aihh .. senang pulak tu , tak payah nak register tak payah nak bayaq yuran semua tu. Bayar duit servis dia ja.

Mokcun ;

  • Ehh boleh ka ? ada ke sepuloh hengget ? hang tipu aku kot noo …

Cik Kiah ;

  • Dak aihhh .. awat hang tak percaya ka ? kalau hang tak percaya
  • hang klik sini http://lynk.my/ lepas tu hang klik JOIN NOW tu.  Hang tengok borang tu , isi ja. Lepas tu klik la butang biru hat bawah skali tu.

Contest review lynk.my 2015 2

  • Dah tu , hang klik la Login , masukan la password hang dengan username tadi tu. Bukan susah pun.. Lepas tu , hang masuk dashboard dia .. terus buat kempen iklan. Hang nampak nama hang tu mokcun oii ..

lynk.my 3

  • Hang nampak tak ? tempat nak bayar tu .. ala senang sangat aihh. Bayar pakai bank pun boleh. Test ja dulu RM10 ja … pastu kalau dah lama sikit banyak share URL dapat payment sebagai penerbit iklan pun boleh guna untuk iklan balik. Pusing pi la kot mana pun .. untung mok cun oiii … dah la satu akaun boleh guna untuk dua-dua kerja , kita share pun dapat , kita iklan kan bedak kita pun kita dapat.

lynk.my 4

  • Pastu , kalau hang saja nak bagi pendek URL blog hang ka .. hang klik balik ke publisher .. senang ja … tengok contoh di bawah ni.

lynk.my 5

  • Hang bayangkan la mokcun oiii .. URL panjang begini ..

http://puanbee.com/tips-kecantikan-kenali-jenis-kulit-muka-sebelum-membeli-produk-penjagaan-muka/

  • jadi pendek begini

http://lynk.my/Ci3

  • Magik tak mokcun ? dah share link pendek-pendek dapat payment lak mokcun .. best kan lynk.my ni mokcun … Mokcunnn .. oii mokcun …

Mokcun ;

  • Hah .. apa-apa ? sorry la cik kiah .. aku tertidoq tadi .. hang cerita panjang sangat .. ulang balik boleh dak ?

Cik kiah ;

  • Ceh ! mokcun oii habis kering air liuq aku la cakap dengan hang ni , pergi tidoq buat apa .. adoihai ..esok la aku sambung cerita , aku pun mengantuk ni.

Begitu lah cerita nya sahabat baik di antara mokcun dan cik kiah.

Tamat.

So pendek kata , panjang tak kata apa-apa  , di samping kita dapat menggunakan website lynk.my untuk memendek kan URL kita , di samping menyerlahkan lagi gaya mutu keunggulan seorang blogger Malaysia , Lynk.my juga dapat membantu peniaga – peniaga kecil mahupun peniaga besar untuk melariskan produk atau memperkenal kan produk mereka ke seluruh Malaysia ini dengan cara yang paling mudah dan versetail gitu. RUGI kalau tak manfaatkan kemudahan yang ada.

Eh .. bukan saja bisnesman dan bisneswoman malahan , Tan sri , Dato’ Datin , Artis kalau nak buat jamuan makan-makan je pun , boleh gunakan perkhidmatan lynk.my , murah dan bersistematik. Tak perlu lagi nak edarkan voucher bagai deh.

Penat – penat saya karang novel berkajang-kajang ni , ada can nak menang tak contest lynk.my 2015 ni ? alaa .. lama dah puanbee tak merasa hadiah.

Mari lah blogger sekalian , yang masih belum menyertai contest lynk.my 2015 ni , kita ramai-ramai join bagi penutup tahun 2015 ini. Saya doakan semoga anda anda berjaya. Review saya tah hape-hape je ni.

fanpages lynk.my , email , lynk.my , support.lynk.my

Hadiah yang di tawarkan oleh pihak lynk.my adalah seperti berikut ..

 

· TOP lynkUNDI
Tempat Pertama – RM500
Tempat Kedua – RM300
Tempat Ketiga – RM100

· TOP SEO
Tempat Pertama – RM500
Tempat Kedua – RM300
Tempat Ketiga – RM100

· TOP CREATIVE
Tempat Pertama – RM1000
Tempat Kedua – RM500
Tempat Ketiga – RM200

· Giveaway penyertaan ( sponsored by ikedaikami )

50 penyertaan terawal layak menerima Gajet Khas daripada ikedaikami.com

Cara dan pengadilan atau pun kategori yang di pertandingkan adalah seperti berikut ;

Pengadil ialah penganjur itu sendiri.

1.  Keputusan pengadil ialah muktamad.

2.  Pengadilan kategori TOP SEO

  • Akan menggunakan mod “incognito windows” pelayar Google Chrome untuk menentukan pemenang.
  • Pengadil akan copy paste link berikut di ruangan URL incognito windows Google Chrome
  • https://www.google.com.my/search?q=conte…nk.my+2015
  • Halaman web peserta yang mendapat ranking tertinggi akan dikira pemenang.bagi kategori TOP SEO

3. Pengadilan kategori TOP lynkUNDI

  • Senarai CONTEST ID dengan jumlah undi paling banyak akan dikeluarkan pada hari pengumuman pemenang
  • Jumlah undi merupakan jumlah klik paling banyak daripada referral blog peserta sahaja akan dikira.
  •  Jumlah Klik CONTEST ID daripada pautan referral selain blog peserta tidak akan dikira.

4. Pengadilan kategori TOP CREATIVE.

  • Pemenang akan ditentukan oleh pihak pengurusan lynk.my iaitu wakil syarikat HEXA COOPERATION SDN BHD
  • Penyertaan bagi kategori ini ditentukan melalui penggunaan grafik , gaya penulisan dan cara menarik pembaca yang sepenuhnya diadili mengikut kesenian peserta dalam menulis artikel.

5. Pemenang ditentukan pada 29 Disember melalui fanpages lynk.my , email , lynk.my , support.lynk.my dan melalui telefon jika peserta mengisi data lengkap ketika berdaftar di system lynk.my.

6.Setiap penyertaan yang diterima adalah layak untuk memenangi ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan iaitu TOP SEO , TOP lynkUNDI dan TOP CREATIVE

Terasa tak ?

terasa tak ?

TERASA TAK NAK JOIN contest review lynk.my 2015 ??

KLIK LINK DI BAWAH  TAU !!!

>>  Contest review lynk.my 2015 <<

Comments

  1. saifulfaizan :

    salam ziarah 🙂 wah nice review dari awak semoga berjaya yup

  2. Cerita yang menarik untuk diketengahkan untuk contest ini. Mok cun dan Cik Kiah

  3. Nice try.. Teruskan usaha 🙂

  4. artikel yang bagus ..semoga berjaay dalam contest ini

  5. Afzai Afandi :

    Mudah-mudahan blog ini memenangi salah satu ketegori yang dipertandingkan.

  6. Tahniah yer join jugak… good luck neh utk contest review lynk.my ni..

Speak Your Mind

*