Bagaimana Ingin Mengembalikan Oxidize Silver Selepas Hilang

Share

Susah juga nak tulis tajuk ini. Kebanyakkan tips dalam bahasa english. Dan saya tak dapat cari perkataan “Oxidize Silver” yang sesuai untuk di jadikan tajuk. Oh abaikan bahagian ni. Disini saya nak cerita berdasarkan pengalaman seorang kawan penggemar pandora. Satu hari beliau membawa gelang dan charm pandora untuk di cuci di kedai silver. Beliau tak tahu , bahawasanya , barangan pandora tak boleh di cuci dengan kaedah silver biasa. Kerana chemical yang di gunakan di kedai silver lebih kuat dan akan menghilangkan “Oxidize”. Oxidize ni sengaja di design kan oleh pandora agar charm kelihatan cantik menawan.

Terima kasih kepada google sebab setelah di google terjumpa satu website yang mengajar cara nak kembalikan oxidize tu semula. Sedihlah kan , barang mahal tu .. walaupun bukan emas , ianya berharga di hati peminat tersendiri. Setelah di cuba nampaknya tips tersebut berjaya. Saya akan tunjuk kan gambar satu demi satu step yang telah kawan saya buat.

Gambar asal , sebelum bahagian oxidize hilang ..

Gambar asal , sebelum bahagian oxidize hilang ..

oxi 1

Gambar selepas di cuci di kedai silver dan bahagian oxidize hilang

 

Cara untuk mengembalikan oxidize 

  • Sebelum melakukan step di bawah , di nasihatkan anda mencuci barangan perhiasan anda betul-betul sehingga bersih , elakkan ada minyak , habuk walaupun cap jari. Jika nak lagi gelap oxidize tu , boleh juga gunakan hati ayam untuk mendapatkan sulfur lebih banyak.
  1. Telur kuning yang di rebus tadi letak dlm kontena plastik bersama-sama dengan pandora yang dah luntur tu..kemudian tutup. Biarkn selama 1 hari atau 1 malam dalam kontena tu.
  2. Esoknya buang telur kuning dan basuh pandora guna sunlight dulu dan kering kan nya..
  3. Ambil ubat gigi..colgate or etc.. gunakan berus gigi jenis lembut , berus lembut , berus perlahan hingga berkilat InsyaAllah..part silver akan kilat balik dan bahagian oxidize tak luntur lagi lepas tu..

SELAMAT MENCUBA – Boleh tengok sini cara nak sediakan telur , step bergambar – How to Oxidize Silver with Egg Yolks

Hasil dari eksperiment

Hasil dari eksperiment

Setelah berulang kali mencuci menggunakan sunlight dan berus dengan colgate … maka hasilnya bagus juga ..  Rujuk gambar nombor 6 di atas , Oxidize nya telah kembali semula.

Boleh lah kan , dari putih kosong , tak nampak oxidize tu tak comel pula design nya. Lepas tu .. ada juga tips sampingan .. untuk cantikkan lagi .. boleh lah bawa ke butik pandora dan polish di sana , termasuk pakai hari-hari sehingga oxidize tu nampak sempurna semula.

Arahan penjagaan / mencuci pandora .

Tips menjaga pandora silver

Arahan penjagaan pandora agar sentiasa berkilat .

Mana tahu ramai yang dah tersilap langkah hantar charm pandora untuk di cuci di kedai silver biasa , sayang la kan .. kalau tak nak bagi saya … kot boleh cantik balik … 😛

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

2 Comments:

  1. Berkilat-kilat kalau pandai jaga dan hantar di tempat yang betul

  2. Senang guna ubat gigi. Beli dekat kedai RM2 gosok sampai berkilat. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *