Shopping kasut raya part 2 – Taobao lagi
Haaaa .. ok dah siap dah beli kasut raya konon-konon nya. Pilihan encik suami satu je tapi mahal. Pilihan saya dua pasang tapi murah je. Orang lelaki suka perli kita kasut banyak kan ? tetapi diorang tak sedar kasut diorang tu harga cekik. Sepasang kasut diorang , kita boleh dapat 4 pasang. Itu beza orang lelaki dengan orang perempuan. Untuk anak-anak dah siap dah shopping kasut raya. Entrinya shopping kasut raya part 1 .Mak pak pun dah siap. Insyallah baju akan menyusul. Ada orang tu siap dengan tudung semua dah beli dah. Saya mungkin tak beli tudung dah kot. Stok tudung aidijuma banyak .. beli masa jualan gudang hari tu. Lupa nak update di blog. Ngeeee ~
Saja je upload gambar cenggini. Biarlah rahsia .. hahaha … mood ting tong .. encik suami dah balik ke JOHOR. Ingat tak nak pergi kerja Johor dah. Tapi malang nya usaha minta kerja lain belum ada rezeki daaa..
Mudahnya shopping online. Pilih-pilih dari semalam lagi. Lepas tu tinggal sekejap pergi hantar suami ke TBS. Kemudian balik singgah KFC tapau .. makan-makan .. sambung bayar pula ke taobao ni. Mudah mudah ..
Shopping kasut raya part 1- Taobao
Assalamualaikum , raya dah nak dekat. Masa ni semua orang sibuk ganti puasa dan juga shopping sikit-sikit dah untuk raya. Saya ni dah lama tak shopping apa-apa. Jadi di kesempatan nak sambut raya kita shopping lah sikit-sikit. Nak beli serentak semua mahal tak sanggup lah . Satu lagi saya tak sanggup juga usung anak-anak ramai – ramai ke pasaraya. Tahun lepas okay lagi syamim kecil lagi. Sekarang jangan laaaa .. boleh hilang anak nanti. Suami pun tak tahu boleh cuti ke tidak raya ni.
Kesudahan nya kita shopping online saja. Masih boleh di katakan awal lagi. Lebih kurang 53 hari lagi nak sampai ramadan tu. Jadi sesuai lah beli barang di Taobao. Murah berganda-ganda. Nak tengok kasut apa saya beli ? tengok bawah.Ala- ala Dr marteen boots untuk syamim , Laila dan Husna.
Ini untuk syamim. Di Malaysia pun ada ramai seller jual. Saya beli sendiri dapat murah sikit. Harga RM17 tak masuk kos shipping. Kos shipingg dari seller ke warehouse baru 8 yuan. Bersamaan berapa tah. Malas kira pula.
Kasut Dr Martens – INDICA
Kasut Dr Martens jenis Mary jane memang dah lama masuk senarai wish list nya pun , sepatutnya ini kasut raya .. tapi lambat sikit pergi beli sebab suami tak balik raya. Tapi tak kisah la , asalkan suami ku itu tunaikan janji dah la. Hari tu berpenat lelah shopping baju anak sesorang , Dia janji nak belanja la apa kita nak sebagai reward gitu.
Saya cuma boleh pakai design ni jek , design lain agak kecil di bahagian depan , boot high cut memang tak sesuai la , sebab kalau boleh nak yang cepat sarung dan jalan. Eh anak lagi 4 orang nak di sarungkan ko..
Size pun dah tak ada di mana-mana mall di malaysia ni , seller tu call semua butik dia yang ada berdekatan dah. Stok pun ada satu je yang display tu. Geram nya la .. Tapi ambik jugak walau pun display punya .. hati dah berkenan sangat …. kalau tak ambik melepas lah.
Aku nak staycation Langkawi , tapi ….
Jumprope menjadi pilihan untuk aktiviti kecergasan
Macam mana la ibu tak membebel ?
SPA DI RUMAH – Aromatheraphy Foot & Bath Salt
Salah satu cara untuk manjakan diri dan rilekskan badan sendiri. Tetapi saya bukan lah seorang yang suka ke SPA , terdapat banyak sebab saya tak pergi salah satunya jimat duit. Aromatheraphy foot & bath salt adalah salah satu produk jenama Sutra. Tetapi jika ada orang belanja saya okey je…
Kebaikan yang kita akan dapat apabila melakukan spa kaki adalah :
- Kulit kaki terasa lembut.
- Mengurangkan rekahan pada tumit kaki.
- Membenarkan kaki rilek dan mengurangkan ketegangan pada kaki. Sangat sesuai kepada mereka yang selalu memakai kasut tinggi dan kasut sarung.
- Aromaterapi nya akan membuatkan minda kita tenang.
Cara untuk melakukan SPA KAKI di rumah anda menggunakan produk SUTRA.
Tuangkan air suam ke dalam bekas , sesuai untuk merendam kaki anda.
Tips Menjual Barangan Preloved Anda Di Facebook
Facebook , ada kebaikkan ada keburukkan , dah alang-alang menjadi pengguna facebook marilah kita gunakan sebaiknya. Walaupun dah ramai beralih ke instagram. Tetapi masih ramai juga pengguna facebook. PRE-LOVED bermaksud , barang yang kita sayang , masih elok dan cantik tetapi kita dah tak guna , so kita jual murah-murah. Itulah masudnya preloved , berbeza dengan bundle.
Baru-baru ini saya terjebak dengan group preloved di facebook. Tak sangka .. masih ramai mendambakan barangan pre-loved. Sesetengah orang berlumba-lumba membeli barangan mengikut jenama , trend. Tetapi sesetengah orang bertindak bijak dengan berlumba-lumba mendapatkan barangan pre-loved dan juga menjual barangan pre-loved sendiri. Jualan saya laris … macam pisang goreng. Saya jual banyak tudung AJ , baju anak-anak semurah RM5 ke RM20. Saya jual beg tangan , saya jual kasut , saya jual pandora .. semua pun laku lah. Allhamdulillah.
Shopping raya untuk anak-anak
Yuhuuu … korang semua mesti dah shopping lengkap dah kan ? kita baru terhegeh-hegeh beli baju raya , cadang nak tunggu ayah diorang balik dan beli sama-sama , malangya ada masaalah sikit di tempat kerja , paip bengkok la , paip bocor la , laut pulak bergelora , so kena lah siap kan kerja baru boleh balik. Macam ni lah nasib pekerja offshore. Dah berapa haribulan ni , kesian pula kalau tunggu-tunggu ayah nya , tak sempat nak beli baju raya.
Anak pun dah keluarkan nada sedih sendu dah , kawan tu beli baju raya , kawan ni dah beli. Alahai … Bukan ibu tak boleh belikan , dah berapa tahun memang ibu plan cantik punya , beli sikit sikit , bila tiba bulan puasa semua dah ready , ni ayah yang tak bagi ibu belikan , dia memang teringin sangat nak shopping sama-sama.
Akhirnya .. supermak beraksi. Semua kelengkapan anak berjaya di beli dalam masa 1 hari , tapi penat nya .. 3 hari masih lenguh lagi badan-badan ni , dek kerana mendukugng baby spanjang shopping , stroller bawa tapi dia nak duduk kejap-kejap aje.
Budak sekarang tak macam kita dulu. Dulu mak pilih apa kita pakai je , tu pun dah seronok sangat dapat baju baru .. Anak saya bab pilih baju okay lagi , boleh lah ikut cakap ibu .