Drama bersiri Rahimah tanpa rahim lakonan Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi dan Ezzaty Abdullah yang mula ditayangkan pada 21 januari 2021 ‘diperlekehkan’ berikutan judulnya yang dikatakan tidak sesuai.
Jika tidak tahu berkenaan wanita tanpa rahim ini boleh lah mula cari info di google atau youtube , atau tengok video luahan seorang pesakit MRKH di bawah ini.
Jadi sebab benda dah kecoh , dan semasa pkp ini boleh lah aku meluangkan masa menonton drama untuk mengurangkan stress aku.
Ada dalam kalangan netizen mempermainkan judul itu dengan menukar kepada judul lain yang membawa maksud lucah.
Malah, seorang pelakon popular menerusi Facebook turut melakukan perkara sama dengan menukarkannya kepada judul lain yang berunsur lucah.
Penerbitnya, Jalena Rejab berkata, drama bersiri 28 episod itu bukan hanya berkisar mengenai wanita yang lahir tanpa rahim semata-mata.
“Memang ia mengangkat kisah seorang wanita bernama Rahimah yang dilahirkan tanpa memiliki rahim. Tapi bukannya kita nak persembahkan cerita ini 100 peratus mengenai rahim.
“Rahimah Tanpa Rahim mengangkat kisah Rahimah yang turut dilanda masalah keluarga dan cinta manakala sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH) yang dihadapi Rahimah hanyalah subplot kepada jalan cerita ini.
“Menerusi drama ini juga, saya ingin tekankan masalah sebenar yang dihadapi kaum hawa di dunia ini khususnya di Malaysia yang lahir tanpa rahim. Saya pertahankan judul drama ini pun sebab nak didik masyarakat mengenai apa kejadian kehidupan Rahimah yang selama ini hidup terseksa,” katanya.
Jalena berkata, dia tidak ambil peduli terhadap gurauan yang dilemparkan netizen di media sosial media, namun kecewa apabila ada segelintir penggiat seni turut memperlekehkan judul drama terbabit.
“Netizen boleh komen dan kritik sebab mereka tidak tahu apa-apa mengenai jalan cerita drama ini, tapi apa yang menyedihkan apabila orang-orang industri yang bijak pandai memperlekehkan judul naskhah ini tanpa menonton drama ini terlebih dahulu.
“Walaupun ia dianggap satu promosi terbaik, tapi drama ini sarat dengan mesej yang ingin disampaikan. Janganlah kita mengguris hati kaum wanita yang memiliki sindrom ini sebaliknya kita perlu memberikan sokongan dan memahami isi hati mereka,” katanya.
Sindrom MRKH adalah keadaan seorang wanita dilahirkan tanpa memiliki rahim dan saluran vagina serta tidak boleh hamil.
Mengikut kajian, setiap satu dalam 5,000 wanita di seluruh dunia menghidap sindrom MRKH dan keadaan itu memberikan tekanan serta menjejaskan minda golongan itu kerana dianggap wanita tidak sempurna.
Rahimah Tanpa Rahim arahan Eoon Shuhaimi mula ditayangkan jam 7 malam esok di TV3.
Tidak semua dilahirkan sempurna. Sedih ada yang perlekehkan wanita dilahirkan tanpa rahim.