Ermmm…jalan – jalan di blog kawan – kawan terbaca kisah wang kertas RM20 lama tu akan di keluarkan semula..hurmmmm agak – agak bentuk wang kertas tu sama tak dengan bentuk wang kertas lama ? jeng jeng jeng ..saya dan suami suka sangat simpan wang kertas lama sebagai koleksi perribadi ..setakat ni ada 3 keping wang kertas rm20 lama yang disimpan , semasa nak mebeli wang kertas RM 20 tu ..harganya lebih kurang RM70 – RM150 sekeping !..mahal kan ..bergantung pada tuan wang kertas lama tu …tiba2 wang kertas RM20 nak di ke luarkan semula ..hahahah..apa nak buat ..lepas nih tk jadi koleksi dah ke ? Dibawah koleksi saya dan suami …
Sedutan berita dibawah :
Selepas 16 tahun wang kertas RM20 diperkenalkan kembali oleh Bank Negara Malaysia.
Ia merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.
“Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri matawang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM0 dan RM50. Ini akan memudahkan pengguna membuat bayaran,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Star pada Rabu.
Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.
Rekaannya menonjolkan hiasan tradisional Malaysia dan gambar ibu pejabat Bank Negara di muka bertentangannya.
Dan lagi :
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan wang kertas dan duit syiling siri baru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.
Dalam satu kenyataannya kepada media semalam, BNM mengumumkan reka bentuk mata wang itu dilakukan secara berkala dalam tempoh 12 tahun membabitkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100, manakala wang kertas RM50 yang berada di pasaran adalah yang terkini sempena ulang tahun ke-50 Kemerdekaan Malaysia sejak Disember 2007.
Turut direka bentuk ialah duit syiling denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
Reka bentuk wang kertas siri keempat ini mengandungi ciri keselamatan lebih canggih, sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir masa kini.BNM akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perusahaan perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai bagi memastikan peralihan kepada siri baru ini berjalan lancar. Pada masa sama, vendor pengendali mesin wang tunai diberi tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin dalam memastikan orang ramai dapat menggunakan mata wang baru berkenaan.
Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap mata wang baru ini, BNM akan mengeluarkan duit syiling pengingatan siri ketiga dan mempamerkan reka bentuk wang kertas siri baru pada suku ketiga 2011, tidak lama lagi. – BH
Tak sabar pulak nk tunggu kemunculan wang kertas RM20 …nantikan !!
duit RM1, RM5, RM10 dan RM50 yang lama saya ada… duit lama RM20 je takde…
semua yg solo ade akk ade jugak ! heee
tetap jugak nak cari duet 10 hengget pun…ahakss
haa apakah maksudnya tu ?
hope security n kualiti die pon makin bertambah yerk.. jangan jadi cam 5 ringgit sekarang ni.. senang sangat koyak walaupun dikatan antara wang kertas yang tercanggih didunia 🙂
yer ke senang koyak ? akk tk pernah lg koyak duit rm5 tu huhu
salam..
memandangkan duit semakin kecil
nilainya..molek sangatlah duit
ni di keluarkan..mudah nak bawa
tak tebal sangat wallet..
🙂
ye ke ? tebal juga kot , rm 50 2 keping dan rm20 5 keping mana lebih tebal ? huhu
yelh, dh lupa ttg wang rm20 tu…dulu mmg ada la….
kak sempat pakai tk rm20 ?
Baguslah kalau camtu.. bestnyer kan.. Tak sabar gak nak tunggu..
Tp takpe Bee, mana tau wang RM20 keluaq patern baru, koleksi Bee still jd koleksi kenangan 🙂
Jom Vote “Ada hadiah buat korang…”
koleksi mahal tu huhu
Sokooooooonnngggggg!!! ;p hehe…
🙂
wah nak keluar balik ekk.macam tak pernah jer pegang duit rm20 nie.ptotlah dihentikan pada taun 1995.br dajah 5.mana penah pegang duit besaq2.haha
sama lah kita kikik pegang duit 20 sen je waktu tu tu pun dah besaq sgt haa
wah pn bee ada simpan lagi rm20, tidak ingat lagi camana rupanya hinggalah saya ke mari 🙂
heh suami saya pengumpul , kalao boleh semua dia nk kumpul
bagus gak. tak sabar nak tunggu duit rm20 nih..
lmbt lagi wooo