Assalamualaikum dan hai semua .. apa khabar ? lama saya tak bersiaran kan , saya agak sibuk dengan order keluar masuk baju pra sekolah 2018. Fuh memang mendapat sambutan hangat .. testimoni banyakkk saya yang tak sempat update. Ya lah dengan tempahan jahitan pun banyak dan saya juga menanti hari nak besalin ni. Kalau ada masa memang saya tidur aje. Tapi ya lah .. letih pun kerja tetap jalan ya. Saya ni kerja tidak ber gaji bulanan , jadi tak boleh stop demi anak-anak tersayang. Suami saya masih belum dapat kerja laa .. huhuhu sadis.
Dugaan berbisnes macam-macam la hai .. menduga betui hati dan perasaan sensitif ibu mengandung .. haa tapi tak apa.. tetap cekal dan tabah demi mengharungi kehidupan gitu.
Tips mengurangkan sakit pinggang setelah duduk lama menjahit
Tips nya adalah , gunakan kerusi seperti di dalam gambar , ala-ala kerusi ceo di pejabat tu. Kerana kerusi jenis ini mempunya span tebal dan lapik belakang yang selesa dan sesuai dengan posture duduk. Kurang la lenguh.. bagi ibu mengandung .. hu hu hu toksah cakap la.. tak buat apa pun lenguh jugak. Tips ni mendapat feedback paling bagus di dalam group jahit yang saya join. Ramai tailor setuju dengan menggunakan kerusi jenis ini akan mengurangkan sakit pinggang dan tulang. Tukang jahit sepenuh masa kena jaga kesihatan juga ya ..
Kerja kerja juga , badan ni kalau tak sihat apa pun tak dapat dah. Ramai juga yang update emak dapat sakit saraf setelah sekian lama menjahit menggunakan mesin indstri tu kerana ada aliran elektrik di tapak penekan kaki tu. So tips dia sama ada balut segala tempat yang berhubung dengan kita , atau pun pakai selipar getah ketika menjahit.
Saya memang pakai dah selipar sekarang ni .. kaki selalu sakit la sejak2 mengandung ni. Kalau pakai selipar kurang sikit.Ayoyoyo sudah semakin tua ni. Macam-macam penyakit pula datang.
Okay lah .. nak tidur ..esok awal lagi dah kena pergi chekc-up perut .. waaaa ..2 minggu sekali dah sekarang.. bosan jugekkk .. tapi demi anak dalam kandungan kannnn ..
Nak beli baju pra ? tengok sini … tapi saya slow slow buat kerja , harap sabar yaaa ..
Open order baju PRA sekolah – Tshirt putih dan seluar sukan biru
duduk mengadap pc ni pun boleh sakit pinggang Bee..apa lagi kalau menjahit..
Betul puan. Postur badan kena jaga, sebab tula disarankan jangan duduk memanjang, sesekali berdiri dari kerusi dan buat sedikit regangan 🙂
Bukan ketikan menjahit je sakit pingang. Masa buat artikel blog pun boleh sakit kalau tak buat regangan. Info terbaik..
Puan Bee..
Terima kasih la kongsi tips ni.. sama pun sakit pinggang jugak duduk lama kat kerusi sebab menulis. Duduk cara yang betul tu memeng main peranan.. dia control cara kita berfikir jugak.
Saya memang selalu sakit pingang. Betul apa uang Puan Bee Bagitahu tu.