Assalamualaikum dan Hai , yang baca post tips ajar anak berhenti pakai diapers ini mesti lah ibu bapa yang baru nak ajar anak supaya pandai ke tandas dan tak perlu pakai diapers buat kali pertama kan ? Allhamdulillah saya ada empat orang anak dan ini kali pertama saya nak beri tips pengalaman ni rasanya. Sebab sebelum ni rasa macam tak layak je.
Syamim 3 tahun 3 bulan baru berjaya betul-betul kencing dan buang air besar di tandas sendiri. Malu nak cakap , anak cik kiah hujung sana tu dah pandai kencing tak pakai pempers masa umur 1 tahun. Kan ?
Alah sebenarnya benda ni bergantung kepada masa , keadaan dan kerajinan si penjaga anak itu.
Dulu anak sulung dan kedua memang pengasuh jaga , mereka pakaikan diapers sehingga lah anak besar dalam 3 tahun mereka ajarkan. Semasa anak no 3 , awal juga dalam 2 tahun dah pandai ke tandas di sebab kan dia geli lampin penuh sokmo.
Ni no 4 , jarang sangat duduk di rumah waktu siang. selalu follow ibu hantar / ambik kakak bertiga ke sekolah dan pulang dari sekolah. Jadi tak ada masa nak tranning. Alasan kot! Apa pun jom tengok tips ajar anak berhenti pakai diapers di bawah.
1 : Mula mula mesti lah jangan pakaikan lampin
2 : Pesan banyak kali , terpandang je muka anak tuh tanya dia , ” nak kencing tak ? kalau nak kening bagi tahu cepat. Kita kecing tandas tau ” … anak akan respon masa ni. Angguk2 kepala.
3 : Kadang kadang anak anak terbabas , macam syamim pernah terbuang air besar dalam seluar dan kencing juga. Kalau kencing tu kita hanya cakap la. ” Kenapa lambat bagi tahu , kenapa tak pergi tandas sambil gelak-gelak ” . Jangan sesekali marah dia. Tapi kalau dia terbuang air besar , kita boleh terus saiko dia , part geli dan lain lain tu. Esok nya comfirm bila nak terbuang air besar dia kalut semacam masa buka seluar tu. Comey tau.
4 : Umur anak dah 4 tahun boleh lah ajar dia pakai seluar dan baju sendiri juga. Masa ni memang semua part penjagaan diri kena ajar. Umur 5 tahun kan dah nak sekolah. Ada juga anak sekolah umur 4 tahun ye ? tapi tu memang tak kisah sebab 4 tahun memang ada cikgu nak ajar semua ni. Tapi lagi bagus kita ajarkan sendiri , kurangkan stress si pejaga tu.
Apa pun memang kena sabar banyak lah. Sebab nak ajar budak kecik memang perlukan kesabaran , cakap ulang2 44 kali baru dia faham sikit.
Posted inMasih belum ada kategori
Anak saya umur dah hampir 3 tahun tapi masih pakai diaper setiap hari. Pernah cuba biarkan dia x pakai diaper tapi kencing di mana2 saja. Bersih sampai I letih.
sebab tu sy dah ckp benda ni anak ok je bebila kita nak ajar dia , dia akan terima , kita yg dewasa ni nak hadap tahan tk mental .. memang ltih kejap2 kencing jenuh nak mop kan ..
si muaadz dah skolah pun masih berdiapers… haha…
lebih kurang baya syamim je
Ilmu yang menarik, Boleh cuba ni…. terima kasih
sama2 … terima kasih singga
langkah nombor 3 betuuul sangat 😀
memang kena selalu tanya. kalau senyap semacam tu, ada la tu.
betul kak ..tu mcm mana mak tk pot pet je manjang kan
bab ni stress bila ke “basuh rumah”, saya ikut je rentak anak.. Sampai masa dia tak mo pakai diapers sendiri, anak no 2 2 tahun 11 bulan. Belum ada tada tang lepas lagi..
ni ah 4 tahun masih ber diapers .. tahun depan dah nak ke tadika
Boleh cuba ni, ada tak tips biar kulit baby merah akibat pakai diapers ?
ada .. biasa nya saya sapu minyak gamat original .. sebab dah pernah cuba pelbagai jnis ubat tk berkesan ..