Ubat cacing – Bila last makan ubat cacing ?
Bila last makan ubat cacing ? saya teringat nak beli selepas nampak satu posting di facebook yang menjadi viral. Bila dah baca sampai habis , mungkin ada sedikit tanda-tanda anak tu ada cacing terdapat pada laila. Laila 6 tahun , tak mahu makan .. jenuh kita paksa. Perut buncit sikit , muka pucat dan lemah je. Lama tak bagi dia ubat cacing dah setahun lebih rasanya. So terus pergi beli ubat cacing jenama ZENTEL di farmasi. Jenis ni je senang sebab semua cacing boleh mati dengan ZENTEL. Jenis lain tak pasti.
Duluuuuuu … kalau makan ubat cacing , cacing keluar sekor-sekor. Sekarang tak dah .. cacing dah mati dari dalam perut lagi.
Saya beli 4 botol , cukup untuk 4 anak. Syamim pun dah 2 tahun so boleh lah makan ubat cacing ZENTEL. Kanak-kanak bawah 2 tahun tak boleh , doktor kata sebab tak buat ujian untuk kanak-kanak bawah 2 tahun lagi. Ibu mengandung atau rancang nak mengandung pun tak di galakkan , takut bayi cacat kata doktor . Sebab masa ujian makmal di buat tikus mati. Entah la.. ni info saya kongsikan selepas saya baca blog Doktor Azwan
” Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak… terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.”
Cacing-cacing yang popular di Malaysia :-
- Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..
- Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
- Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus
- Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..
Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-