JELITA IMAGES : Pakej fotografi perkahwinan untuk majlis pertunangan, akad nikad dan resepsi.

Haiiiii .. ada yang mencari – cari jurugambar yang menawarkan pakej fotografi untuk majlis pertunangan, akad nikad dan resepsi di kawasan KEDAH dan kawasan yang berhampiran ? Disini Jelita Images menyediakan pakej yang agak murah dan lumayan untuk korang wahai bakal pengantin.Sebelum memilih jurufoto perkahwinan atau jurufoto untuk majlis yang akan anda anjurkan , ada mesti dah ada checklist majlis tersebut ada acara apa , dan korang mesti tahu jurufoto itu menawarkan pakej dan servis bagaimana kan ?

Di dalam sebuah pekahwinan semestinya ada 3 acara ini.

  1. Nikah
  2. Bersading
  3. Bertandang

Jika korang survey harga , mesti lah megambil berat tawaran jurufoto terbaik untuk ke tiga-tiga acara di atas. Wajib tau. Paling penting , sebelum pilih jurufoto korang mesti tengok hasil bidikan mereka dan testimoni. Jangan main bedal aje. Tak guna kalau pakai jurufoto viral sangat tapi lepas dapat deposit jurufoto tersebut lesap. Pilih lah jurufoto yang betul-betul menjalankan amanah yang di berikan. Hari perkahwinan merupakan BIG DAY buat kita. Semua moment harus di rakam. Tak kira bagaimana pun.

Di samping pilih jurufoto berdasarkan hasil kerja. Kita juga kena bijak meguruskan kewangan kita.Duit macam airrrrrrrrr .. jadi buat pilihan bijak. Ni pakej RM1500 include semua boleh sangat. Pilih jurufoto berdekatan dengan kawasan kita lagi mudah nak cari sebelum dan selepas majlis kan ? korang tinggal di mana ? jangan lupa survey betul-betul.

Jelita Images merupakan jurufoto profesional yang telah lama bertapak dalam dunia fotografi sejak 2011 lagi. Telah lama ..dan mereka serius dalam menjalanakan kerja. Kalau tidak , mereka tidak mampu bertahan.

Year End Sale 2017 is back!!!

HARGA PROMOSI PAKEJ PHOTOGRAPHY 2 EVENT NIKAH DAN SANDING HANYA RM1599 Sahaja! (sebelum RM1999)

Yaa betul!! Harga hanya RM1599 untuk NIKAH + SANDING! Cepat booking sekarang! sebelum tarikh majlis anda penuh 2018 nanti !! rugi kalau lambat 

2 EVENT (NIKAH + SANDING) RM1599

  • Exclusive photobook + case (40ms)
  • canvas frame size 20×20
  • termasuk outdoor juga ya!!
  • gambar dalam pendrive eksklusif

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai detail pakej yang lain, 
boleh pm page Jelita Images atau whatsapp terus

http://www.wasap.my/60124224321

# tertakluk pada terma dan syarat
mai booking dengan kami ! 

Atikel Pakej fotografi perkahwinan untuk majlis pertunangan, akad nikad dan resepsi ini di bawakan oleh JELITA IMAGE 

P/S : Hakaq dulu sedihh .. kawin ambik gambar guna camera kodak aje ..tk macam korang sekarang jeles aiii ..

DIY : Tempat gantung peralatan menjahit , gunting dan hiasan dengan bajet sangat minima .

 

Assalamualaikum dan hai , apa khabar ? harap semua sihat lah kan .. selain sihat kita juga hidup tenang walaupun sesibuk mana pun. Sejak dah pindah rumah ni mood mendekorasi dan menatarias rumah menjadi-jadi. Sampai tahap guna drill berat tu sendiri , sebelum ni tunggu encik suami buatkan. Sekarang tak tunggu dah. Semangat berkobar kobar selepas tengok mat saleh buat sendiri.

Nak tau cara buat sendiri (DIY) tempat gantung kunci  atau gantung gunting  atau boleh juga di gantung peralatan lain termsuk lah pasu bunga kecil-kecil seperti gambar di bawah ?

Caranya senang sangat. Murah pun ye. Peralatan yang di perlukan semua ada di kedai hardware. Pergi je lah minta nanti dioranag akan tunjuk. Saya sumpah. Nama kayu pun tak tahu.

Peralatan yang di perlukan adalah seperti di dalam gambar di bawah. Read More

Tempahan : Nursing cover

Assalamualaikum  dan hai. Ini tempahan nursing cover pertama saya. Allhamdullillah .. customer berpuas hati. Pertama kali buat nursing cover haruslah berdebar tunggu sampai ke customer dan tanya feedback. Saya terima tempahan nursing cover kalau puan puan nak size besar boleh request. Kain sendiri pun boleh kain saya belikan pun boleh. Nak sedondon dengan sarung bantal tilam pun boleh. Semua boleh lah katakan.

nursing-cover

Saya belikan kain untuk customer ni di Spotlight Ampang Point , semua orang tahu kan kain Spotlight mahal macam mana , tapi saya cari kain yang ada sale je lah. Janji dapat kain cantik dan berkualiti. Kain jenis english cotton.  Size nuring cover 39″x 35″ memang besar dari pola asal yang saya dapat.

Saja di besarkan sikit sebab kain customer beli 1 meter , kita guna sampai habis lah.  Harganya RM35 tidak termasuk postage . Harga ni tak boleh tetap sebab kain spotlight memang mahal. Kebetulan customer ni beli semasa ada sale. Kalau saya dah jumpa kedai kain jual kain cotton yang harga berpatutan baru lah boleh ditetapkan .

=====

Ada kaum lelaki tak tahu nursing cover ni untuk apa ?

Nursing cover ni kegunaan nya tutup anak dan ibu ketika menyusukan anak di public. Jadi aurat terjaga dan nampak sopan gitu. Tak perlu la malu nak susukan anak di khalayak ramai lagi. Kalau lah tempat tu tak di sediakan bilik menyusu.

Nak tempah nursing cover  ?

Nak jahit dan branding jenama sendiri ? boleh hubungi saya.

011-32095406

 

Tips Mengatasi Perasaan Cepat Marah Pada Anak-anak

Salam .. malam ni saya ingin konsgsi Tips Mengatasi Perasaan Cepat Marah Pada Anak-anak yang saya baca di  kongsi dari blog Tudungsicomel.com , dalam nak beli tudung ternampak pula artikel bermanfaat ni. Pssst .. nak beli tudung anak comel – comel boleh ke tudungsicomel.com — klik link sebelah.

Saya mak anak 4 ni pun kadang-kadang terbabas , iye lah saya mengaku .. saya manusia biasa .. kadang – kadang je lah .. bukan nak dera anak ye . Sekarang ni banyak betul kes dera anak tersebar di facebook , naik seram nak tengok. Mari baca .. semoga bermanfaat.

tudung si comel

Perkongsian bijak daripada Puan Sharifah Shuwaidah:

Saya juga mengalami perkara yg sama ada 4 anak semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakan membaca cara-cara mendidik anak serta pergi ke bengkel kursus alhamdulillah.

1) Baju kotor rumah bersepah – puan biarkan anak habiskan main dan bila anak-anak melihat muka puan, jangan ada mimik marah, jeling atau masam, tetapi puan cuba senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif). Read More

Pengembaraan ke Bandung dengan anak-anak

Perkahwinan jarak jauh. Banyak kisah yang tak terduga. Siapa sangka saya akan ke Bandung hanya dengan anak-anak tanpa orang dewasa lelaki ? ke luar negara tu. Emak saya punya lah risau. Saya langsung tak dapat bayangkan.

Dua hari suami mengajak saya bertemu di Jakarta. Saya menolak dengan pelbagai alasan. Hari ke – 3 saya berbincang dengan AJK KIAH PROPA. Semua menyokong saya kesana. Dorongan demi dorongan.

Saya takut sebenarnya. Tak pernah ke luar negara dengan siapa-siapa pun. Tapi atas sebab rindu dan ” terigin juga nak bejalan jauh” saya iayakan saja. Bincang -bincang maka booking lah tiket Air Asia melalui seorang rakan blogger.2014-01-28 17.33.24

Bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA )

Tapi tak jadi ke Jakarta kerana kurang tempat menarik. Maka Bandung menjadi pilihan destinasi. Selepas tiket kapal terbang telah di tempah. Dua tiga hari berikutnya saya buat passport untuk semua anak-anak , saya dan adik.

Kemudian booking hotel di Bandung melalui Agoda. Tukar duit Malaysia ke Rupiah siap-siap. Sungguh senang rupanya nak melancong ke luar negara. Ehemm .. lain kali suami kerja luar negara boleh lah melawat di mana di bekerja. 2014-01-28 22.14.00

Saya telah booking tiket kapal terbang selama dua minggu. Mana tahu si Syamim demam sehari sebelum penebangan kami ke Bandung. Stress juga.. kesian baby muntah dan batuk teruk. Tapi terpaksa lah pergi memandangkan tiket dah booking.

2014-01-28 22.44.16

Sesampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara di Bandung , kami semua mengalami kejutan sikit. Udara di sana sejuk sangat. Laila yang pada mulanya tidak berjaket kesejukkan. Terus pinjam baju kakak Aliya . Kakak Aliya nya pula pinjam baju ibu. Sudahnya ibu lah ketar sorang-sorang di situ. 🙂2014-01-28 22.44.29 Read More

Scan 3D/4D di Taiping

Sekarang ni dah jadi trend ibu-ibu mengandung buat scan 3D/4D untuk tengok jantina anak di dalam kandungan. Ada juga saja nak tengok apa baby buat dalam perut dan ada juga orang macam saya , saja nak try scan canggih ni. Orang lain buat , kita pun teringin nak scan 3D4D juga , padahal sama je dengan scan biasa. Dulu-dulu 3 anak perempuan saya tu memang pergi scan biasa je pun.

Saya pergi scan 3D4D di Hospital Columbia Taiping , pada hari raya ke 5 , harga RM110 . Tak tahu nak cari tempat lain , ada kawan pergi situ maka situ je la saya tuju. Di KL bukan tak ada scan 3D4D ni , banyak ….. tapi masa pula tak ada .. ayah sibuk cari rezeki kan. Tak tahan dah nak tahu jantina seteah bertalu-talu orang tanya . So dah tahu ni diam la dulu .. bukan apa tak mau mengharap …

scan 3d 4d Read More

Alat untuk lancarkan saluran air di bilik mandi

Bila bilik air tiba-tiba airnya perlahan menjadi masaalah juga bagi saya yang tinggal di atas kayangan ni , lantai rumahku adalah bumbung rumah orang lain. Jadi tak boleh ketuk sebarangan , tak boleh repair sebarangan lagi-lagi bahagian bilik air mahupun tandas. Dulu kecik-kecik duduk rumah kampung , tak pernah pun rasa semua ni…

Ini adalah tips rumahtangga yang mungkin ramai tak tahu.. selepas saya baca blog makcik kujie tentang cara tampal periuk bocor saya tergelak. Oh tips tu saya dah tahu lama dulu , dek kerana suami sendiri buat kerja-kerja maintainence menggunakan benda alah tu. Tetapi ye lah .. tak terfikir nak berkongsi kepada umum sehinggakan susah pula makcik kujie mencari petua untuk tampal periuk nya yang bocor.

Alat untuk lancarkan saluran air di bilik mandi di bawah ni. Pernah tengok ?? Boleh di dapati di kedai hardware ataupun DIY berdekatan rumah anda. Nama alat ni saya lupa dah.

petua bilik air tersumbat Read More

posisi terbaik ketika tidur bagi wanita hamil

Wanita hamil memang mempunyai banyak masaalah ketidakselesaan. Siapa setuju angkat tangan. Di awal usia kandungan saya suka tidur , pantang letak kepala mesti tidur. Sekarang dah masuk 4 bulan usia kandungan yakni trimester kedua. Saya tak boleh tidur , tak selesa , selalu terganggu dan lapar waktu malam. Termasuklah kerap ke tandas. Itu normal .. tetapi kaum ibu semua boleh tahan benda ni. Kaum ibu kan penyabar… 🙂

gambar 3d wanita hamil Read More

14 Minggu kehamilan – ibu rasa apa ?

Diam tak diam , celik mata tutup mata , setiap hari , kerja nak tidur dan makan , sekali semak balik ..oh dah masuk 14 minggu usia kandungan bayi dalam perut ni. Tiba-tiba dari tak ada loya-loya muntah , sekarang dah ada . Oh serik la dengan muntah-muntah ni , pengalaman lalu memeritkan. Sekarang ni makan pun agak kurang berselera , nak makan macam-macam tapi sikit saja boleh masuk.

hamil 14 minggu

PERKEMBANGAN FETUS HAMIL 14 MINGGU – BABYCENTER.COM.MY

Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi anda adalah sekitar 3 setengah inci / 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns / 43 gram. Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran.

Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerut dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak. Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda semasa kehamilan.

Jika anda belum lagi membuat janji temu untuk pemeriksaan serum maternal (juga dikenali sebagai ujian tiga serangkai), eloklah dilakukan sekarang. Ujian ini menyediakan informasi lanjut tentang bayi anda, dan menapis bagi sindrom Down dan kecacatan lain. Juga, doktor anda mungkin mengesyorkan amniosentesis antara minggu ke-15 hingga ke-18 bagi wanita berumur lebih dari 35 tahun dan mereka yang mempunyai sejarah kecacatan kelahiran. Jika umur anda lebih dari 35, lihatlah artikel kami mengenai bagaimana umur mempengaruhi kehamilan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan – walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

 

Suka sangat tengok video 3D bayi dalam perut mengikut usia nya di babycenter. Kalau nak tengok sila ke LINK  . Sweet sangat-sangat . pengubat segela keresahan bagi menghadapi simptom kehamilan ni. 🙂

Susu tak boleh masuk langsung .. acaner ni ?

Mivva Beauty Box – Review Beauty Box Mac 2013

Fenomena Beauty Box dah pun singgah di Malaysia . Rata-rata wanita dan remaja di luar sana suka sangat dengan Beauty Box . Lain syarikat lain produk yang di isi di dalam kotak kecantikkan tersebut. Dan Mivva.com adalah salah satu penyedia Beauty Box dengan harga serendah RM38 setiap bulan. Barangan yang di masukkan ke dalam kotak tersebut bukan la sample semata. Puas hati juga ..

Mivva beauty box Read More