Tips Mengatasi Perasaan Cepat Marah Pada Anak-anak

Salam .. malam ni saya ingin konsgsi Tips Mengatasi Perasaan Cepat Marah Pada Anak-anak yang saya baca di  kongsi dari blog Tudungsicomel.com , dalam nak beli tudung ternampak pula artikel bermanfaat ni. Pssst .. nak beli tudung anak comel – comel boleh ke tudungsicomel.com — klik link sebelah.

Saya mak anak 4 ni pun kadang-kadang terbabas , iye lah saya mengaku .. saya manusia biasa .. kadang – kadang je lah .. bukan nak dera anak ye . Sekarang ni banyak betul kes dera anak tersebar di facebook , naik seram nak tengok. Mari baca .. semoga bermanfaat.

tudung si comel

Perkongsian bijak daripada Puan Sharifah Shuwaidah:

Saya juga mengalami perkara yg sama ada 4 anak semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakan membaca cara-cara mendidik anak serta pergi ke bengkel kursus alhamdulillah.

1) Baju kotor rumah bersepah – puan biarkan anak habiskan main dan bila anak-anak melihat muka puan, jangan ada mimik marah, jeling atau masam, tetapi puan cuba senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif).