DIY : Tempat gantung peralatan menjahit , gunting dan hiasan dengan bajet sangat minima .

 

Assalamualaikum dan hai , apa khabar ? harap semua sihat lah kan .. selain sihat kita juga hidup tenang walaupun sesibuk mana pun. Sejak dah pindah rumah ni mood mendekorasi dan menatarias rumah menjadi-jadi. Sampai tahap guna drill berat tu sendiri , sebelum ni tunggu encik suami buatkan. Sekarang tak tunggu dah. Semangat berkobar kobar selepas tengok mat saleh buat sendiri.

Nak tau cara buat sendiri (DIY) tempat gantung kunci  atau gantung gunting  atau boleh juga di gantung peralatan lain termsuk lah pasu bunga kecil-kecil seperti gambar di bawah ?

Caranya senang sangat. Murah pun ye. Peralatan yang di perlukan semua ada di kedai hardware. Pergi je lah minta nanti dioranag akan tunjuk. Saya sumpah. Nama kayu pun tak tahu.

Peralatan yang di perlukan adalah seperti di dalam gambar di bawah. Read More

khasiat epal hijau

Tips Diet | Amalkan Memakan Epal Hijau

Tips diet kali ini membawakan satu cara amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari dan ia amatlah digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana epal hijau bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Read More

Khasiat dan kelebihan cuka epal ( Apple Cider Vinegar )

Semasa saya mengikuti group diet atkins malaysia di facebook. Ahli group memperkenalkan saya dengan cuka epal ni. Pertama kali saya baca di group tersebut , terus saya buat bacaan dan mencari kebaikkan lain serta keburukkan mengamalkan cuka epal ni. Selepas itu saya terus ke Carefour berdekatan dan membeli cuka epal. Pada waktu itu saya membeli cuka epal dengan pertambahan madu di dalam nya. Dan harga agak mahal. Kali kedua saya membeli pula cuka epal jenis Bragg ini. Kerana kebanyaakn member group syorkan jenis organik dan di datangkan dengan mother (ibu cuka ) iaitu serdak serdak dan tanpa tapisan gitu. Cuka dengan ibu cuka ini di katakan lebih berkesan jika anda ingin kan kesan dengan cepat. Harga nya cuma RM22.90 , untuk kedai lain saya kurang pasti.

khasiat cuka epal Read More

Tips Kurus Selepas Beranak Pinak

Saya dapat banyak PM ( Private Messege ) di Facebook , kebanyakkan nya dari pembaca setia blog puanbee.com ni. Terharu saya bila masih ada juga yang mengikuti perkembangan diri saya secara diam. Siapa lah saya ni .. hanya seorang surirumah yang menjaga anak-anak sepenuh masa. Blog ni pun saya tulis sekadar hobi. Tak ada apa yang istimewa sangat pun.. kecuali bebelan biasa seorang ibu dan pengalaman pengalaman rakyat marhaen biasa.

Tapi .. di sebabkan dah berjanji juga dengan 2-3 orang pembaca yang saya akan share tips kurus dan kecantikan dari saya .. mereka nak tahu sangat apa saya buat terhadap diri saya , dari segi kulit dan bentuk badan telah berubah.

Saya kurus sikit .. saya masih gemuk. Huhu .. untuk mencapai berat ideal saya perlu buangkan lagi 25kg. Walaupun saya telah buang hampir 20KG lemak sebelum ni.

pb kurus 2

Di atas gambar saya dulu-dulu … masa ni anak baru 3 orang .. sihat sungguh … lebih 100kg berat saya waktu tu. Memang saya selalu tulis nak kurus , nak kurus , tapi tak pernah tercapai pun … macam-macam dah buat la .. makan segala ubat kurus duk macam tu juga. Pakai corset .. nampak shape tapi tak kurus juga.

Dua di bawah ni gambar terkini …

Macam mana nak kurus ? Read More

Majlis Pelancaran Nutri Shinewhite Dari Medina Essential.

Nutri Shinewhite adalah produk yang baru sahaja di lancarkan pada bulan Mac 2014 baru-baru ini. Nutri Shinewhite tidak seperti makanan ” white-white ” yang lain kerana kandungan di dalam setiap sachet Nutri Shinewhite dari Medina Essential ini merupakan pemakanan sunnah , bahan makanan yang di amalkan dan menjadi kegemaran Rasullulah S.A.W sendiri.

MAJLIS PELANCARAN PRODUK FENOMENA NUTRI SHINEWHITE

Read More

Kenali Rawatan Liposonix Untuk Kembali Kurus Dan Langsing

Apa itu rawatan Liposonix ?   Liposonix adalah satu kaedah rawatan tanpa melakukan pembedahan bagi membuang lemak degil . Ia nya menggunakan kaedah Custom Contouring untuk mengenalpasti kedudukan kawasan sasaran yang mempunyai lemak berlebihan. Hanya 1 jam melakukan rawatan Liposonix ini dapat mengurangkan saiz pinggang sebanyak 1 inci ( 2.5 m ). Menakjubkan !!

Sila rujuk entri Kaedah Rawatan Liposonix dan kesan sampingan nya.

harga liposonix
Liposonix Media Launch

Jika anda seorang yang menjaga pemakanan dan melakukan senaman rutin , namun masih terdapat benjolan lemak di kawasan abdomen. Dan anda ingin membuang lemak tersebut. Rawatan ini sangat sesuai untuk anda kembali kurus dan langsing tanpa sebarang lemak berlebihan.

Rawatan selama lebih kurang sejam sahaja , menggunakan ultrasound termaju ini dapat menghapuskan lemak yang di anggap degil. Rawatan ini sangat sesuai untuk mereka yang telah melakukan senaman & diet namun masih terdapat lemak berlebihan di kawasan-kawasan tertentu. Read More

baby sleep

Tidur dan Kesihatan? Kurang tidur antara penyebab obesiti ?

Assalamualaikum semua. saya muncul lagi dengan entry baru. Kali ini ingin kongsikan bersama dengan anda semua tentang TIDUR. Nampak macam tak relevan je nak sentuh pasal tidur sebab semua orang pun tidur kan? Tapi sedar kah anda semua, yang kita semua akan mendapat pelbagai masalah bila kita kekurangan waktu tidur?

Mengikut kajian yang pernah dijalankan oleh banyak pengkaji-pengkaji di luar sana, sama ada di Malaysia mahupun Luar Negara, kurangnya waktu tidur adalah merupakan salah satu faktor risiko kepada banyak jenis penyakit.

baby sleep

Antara penyakit yang boleh anda dapat jika anda tidak mendapat tidur yang cukup adalah masalah penyakit jantung dan juga tekanan darah tinggi. Selain itu, individu yang tidak mendapat tidur yang cukup juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis, atau pun dikenali sebagai diabetes, dan juga berisiko untuk mendapat masalah obesiti. Masalah obesiti dan kekurangan tidur adalah berkait antara satu sama lain.

Selain tu, bila kita kurang tidur, mesti kita punya mood akan terganggu kan? Ada kajian yang dilakukan keatas individu yang hanya tidur 4 jam sehari mendapati bahawa, diorang akan mudah marah, mudah letih, tertekan dan tidak fokus semasa melakukan tugas mereka pada keesokan harinya.Kan ke kalau mood terganggu semua orang pun takut nak dekat.

Huh, dan ada kajian juga mendapati bahawa, risiko kematian semakin bertambah sebanyak 15% apabila kita tidur kurang dari 5 jam sehari. Ha, tahu ajal maut di tangan Allah kan, tapi apa salahnya kalau kita halang sesuatu yang buruk dari berlaku. Bukan untung orang lain, tapi diri sendiri juga kan?

Jadi apa lagi, selepas ni , jangan lupa tidur yang cukup macam baby yang kat bawah ni;p Tidur cukup, badan pun sihat! Ingat badan anda bukan mesin!

Nama Pena: Niknormashitah
Nama Blog: Hatisamronkin.com
———————–
Seperti biasa , ingin sumbangkan artikel original anda sila email Puanbeedotcom@gmail.com 🙂
kurus dengan alpha lipid sd2

Alpha Lipid SD2 : Makanan untuk kurus kan badan berkesan

Ini adalah iklan dari ALPHA LIPID SD2. Sudahkah anda merasai keajaiban produk alpha lipid sd2 ? saya telah cuba , tetapi belum habis satu tin pun lagi. Bagi saya produk Alpha lipid sd2 membantu untuk kira menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar. Saya sekarang kurang makan nasi , kadang-kadang je terbabas bila suap anak makan , tersuap ke mulut sendiri.

Normal .. tetapi saya banyak minum air kosong dan makan sayur , protein dan buah-buahan. Yang paling penting …. saya telah boleh tinggalkan kafein yang mana saya sukakan sangat dan menjadi penyebab kepada migrain saya. Entah bagaimana .. tiba-tiba je selepas minum Alpha Lipid SD2 saya tak terasa nak minum nescafe , kopi dan sebagainya .

Saya cuma banyak minum air kosong. Teh langsung saya tak minum. Cuti sekolah ni , saya selamat sikit dari godaan makan disebabkan saya duduk dirumah sahaja . Jadi kurang membeli kuih-kuih, jika di ikutkan banyak membeli setiap pagi , tengah hari dan petang. Di tambah pula bila singgah di stesen minyak saya akan membeli air manis. Wuu~

kurus dengan alpha lipid sd2

Tiga sebab kenapa saya kira Alpha Lipid SD2 berkesan di dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

1 : Kita dapat kuruskan berat badan tanpa berlapar.

Tak sempat lapar kerana Alpha lipid sd2 di minum sebanyak 4 kali sehari. Kita perlu makan lebih kerap untuk menggalakkan metabolisma badan tinggi , saya jenis orang suka skip waktu makan , lagi-lagi sarapan , macam tak berselera nak bersarapan. Malam pula saya tidur lewat dah tentu lapar dan saya akan makan. Jadi .. sarapan saya dan makan makan saya gantikan dengan Alpha Lipid SD2 , tengah hari saya ambil segemgam nasi dan banyak lauk dan sayur serta buah-buahan. Air manis di tinggalkan terus. dan di gantikan dengan Alpha Lipid sd2. Jadi anda rasa senang tak berdiet dengan alpha lipid sd2 ni?

2: Alpha lipid sd2 bertindak secara semulajadi ye kawan-kawan.

Tiada yang lebih baik selain daripada perkara semulajadi dan tidak berbentuk paksaan! Sepertimana Alpha Lipid SDII, ianya berasaskan bahan-bahan semulajadi seperti protein daripada ekstrak soya dan green tea yang terbukti selamat digunakan.
Selain itu, penurunan berat/ pembuangan lemak dalam badan anda juga berlaku secara semulajadi, dan BUKAN paksaan. Bagaimana?

Alpha Lipid SD2 berfungsi sebagai booster kepada tahap metabolisma badan dan secara langsung meningkatkan tahap pembakaran lemak dalam badan. Seterusnya, lemak yang terurai akan disingkirkan melalui perpeluhan dan air kencing anda.

3. Penurunan Yang Pantas dan Berkesan!

Gabungan sistem diet tanpa berlapar dan fungsi Alpha Lipid SD2, ianya menghasilkan keputusan penurunan berat/ pengurangan ukurlilit badan yang pantas dan berkesan!

Malah, anda mendapat hasil positif ini hanya dengan 1 produk sahaja. Tidak perlu lagi bersusah payah mengambil pelbagai produk dalam 1 masa, semata-mata untuk kuruskan badan anda. Alpha Lipid SD2 adalah “Produk Semua Dalam Satu” (All in 1 Product).

——————

Usaha nak naik kan metabolisma badan balik , lepas tu dah boleh senaman saja .. ermmm .. macam geng six pax di fb tu …

Jika anda teringin hendak cuba , apa kat anda tengok pakej pembelian alpha lipid dan cara pembelian disini dahulu.

Kelebihan Di Dalam Setiap Tin Alpha Lipid SDII  — >  SINI

Susu Alpha Lipid SD2 : Bagaimana ianya bertindak? Pengedar Alpha Lipid SDII –>  Sini

tips kurus

Diet tips dan testimoni kurus dari @qaqajamal

Diet tips dan testimoni kurus dari @qaqajamal ini mengikuti seminar jom kurus , Membeli E-book dan ketahui cara sebenar untuk kurus dan mengira kalori yang di perlukan untuk tubuh badan dan seterusnya mengamalkan segala apa yang telah di pelajari, memamg betul-betul berkesan. Jika sebelum ini saya beri tips kurus , tetapi sekarang testimoni kurus pula. Real di depan mata ..

Oleh itu , sila percaya diri kita pun boleh kurus kalau rajin.. ahaks .. tapi kalau malas memang susah nak cakap , cakap pun susah apatah lagi nak berkesan segala ilmu tu betul tak ?

Meh kita berkenalan dan ikuti kisah qaqa ni ..

———————————————————————–

Diet n Berat

tips kurusSalam , Ini serba sedikit tentang diri saya.

Nama : Afiqah Yadiy
E-mel : afiqah.yadiy@yahoo.com
Twitter : @qaqajamal
Tarikh lahir : 10 Januari 1988

Status : Pelajar Sarjana Sains Pentadbiran di UiTM Shah Alam

Berat badan 3bulan lepas n sebelum2 nya : 103 kg

Berat badan sekarang : 80 kg

Pada bulan 3 baru-baru ini, saya pergi mencari info di internet tentang penjagaan berat badan. Semangat saya membuak ketika melihat kejayaan-kejayaan kurangkan berat badan di laman web Kevin Zahri. Saya mula mengikuti twitter beliau dan sehinggalah membeli ebook Selain dari itu, saya juga membeli majalah kesihatan terutamanya majalah iSihat yang banyak memberi info tentang kesihatan tubuh badan.

cabaran isihat kini semakin kurus

Akhrnya saya terpanggil untuk menyertai Pertandingan Cabaran Sihat 6 minggu bersama Kevin Zahri & Isihat pada bulan 6 setelah mengisi borang penyertaan. Alhamdulillah, berat saya telah turun hingga ke tahap ini. Sepanjang pertandingan itu, kami diberi pendedahan tentang penjagaan kesihatan.

, kira kalori untuk kurus

Apa yang saya pelajari tentang pengawalan berat badan ini adalah tentang pengurangan kalori. Saya menitik beratkan pengambilan kalori saya setiap hari. Jika dengar agak menyusahkan, akan tetapi lama kelamaan saya sudah terbiasa. Ape yang saya sedar tentang diet ialah, kita kene tahu konsep untuk mengurangkan berat badan dahulu, barulah kita memulakan corak pemakanan kita.

Jangan diet sesuka hati, pastikan kita tahu konsep and sesuai dengan diri sendiri. Barulah diet kita seronok untuk diamalkan. Selain itu, saya joging 4kali seminggu selama sejam. Alhamdulllah, berkat keazamaan, disiplin serta usaha yang dilakukan, saya dapat mengurangkan berat badan saya.

Impian saya selepas ini adalah untuk mengurangkan lagi berat sekarang. Saya berazam untuk memberikan kisah kejayaan saya ke dalam laman web Kevin Zahri dimana di situ lah titik permulaan semangat dan inspirasi saya untuk mengurangkan berat badan. Perjalanan saya masih jauh. Doakan yang terbaik untuk saya, dan juga rakan2 seangkatan dengan saya !

Amin.

————————————————————–

  [ Untuk membeli E-book dan ketahui cara mengira kalori yang tepat , klik banner di bawah : RM20 sahaja , terdapat dalam bahasa melayu dan juga bahasa english ]

[ Panduan tambah berat badan . Panduan tambah 5kg dalam 10 minggu]

How to Gain 5kg in 10 Weeks Banner

Puanbee bila lagi ? coming soon ..tengah ambik semangat nak lakukan senaman .. tapi … alahai .. banyak alasan nyaaaa…. E-book kevin zahri saya dah ada tiga , hari-hari baca untuk ambik mood .. tapi sekurang-kurangnya dah tahu sikit lah .. Rakan blogger yang hadir kelmarin apa cerita ??  saya turun 5 kg , dengar khabar ada seorang tu turun jugak 2kg .. ok lah tu kan ..usaha lagi .. chaiyokkkkkk..

kevin zahri program

Kevin Zahri : Tips Diet Yang Romantik Yang Lelaki Kacak Boleh Amalkan

Tips diet yang sangat romantik saya kira.. Kalau makan berdua cuba kongsi air manis , jimat duit dan jimat kalori … hahaha biasanya kita makan berdua pun kita buat cam mana ? ok .. saya memang kongsi minuman dengan anak-anak …. tapi si lelaki kacak saya tu .. siap order “teh tarik gelas besar 1 , dan jus tembikai laici” berapa banyak kalori daaaa… tapi tak pe ..lelaki kacak walau cam mana pun saya tetap sayang. Orang kata kalau dah sayang kita kena terima seadanya kan kan ..

kevin zahri program

Twitter @kevinzahri

Bila baca tips Kevin Zahri ni , satu saya terbayang senario di atas lah .. Kedua saya terbayangkan senario di bawah ni. Romantiknya lelaki kacak tu kalau buat benda di bawah ni .

Bila si lelaki kacak  kekurangan duit , boleh guna cara Kevin Zahri jugak. Makwe pun tak terasa hati ye tidak. Read More