DIY : Tempat gantung peralatan menjahit , gunting dan hiasan dengan bajet sangat minima .

 
Assalamualaikum dan hai , apa khabar ? harap semua sihat lah kan .. selain sihat kita juga hidup tenang walaupun sesibuk mana pun. Sejak dah pindah rumah ni mood mendekorasi dan menatarias rumah menjadi-jadi. Sampai tahap guna drill berat tu sendiri , sebelum ni tunggu encik suami buatkan. Sekarang tak tunggu dah. Semangat berkobar kobar selepas tengok mat saleh buat sendiri.
Nak tau cara buat sendiri (DIY) tempat gantung kunci  atau gantung gunting  atau boleh juga di gantung peralatan lain termsuk lah pasu bunga kecil-kecil seperti gambar di bawah ?
Caranya senang sangat. Murah pun ye. Peralatan yang di perlukan semua ada di kedai hardware. Pergi je lah minta nanti dioranag akan tunjuk. Saya sumpah. Nama kayu pun tak tahu.

Peralatan yang di perlukan adalah seperti di dalam gambar di bawah.

Khasiat dan kelebihan cuka epal ( Apple Cider Vinegar )

Semasa saya mengikuti group diet atkins malaysia di facebook. Ahli group memperkenalkan saya dengan cuka epal ni. Pertama kali saya baca di group tersebut , terus saya buat bacaan dan mencari kebaikkan lain serta keburukkan mengamalkan cuka epal ni. Selepas itu saya terus ke Carefour berdekatan dan membeli cuka epal. Pada waktu itu saya membeli cuka epal dengan pertambahan madu di dalam nya. Dan harga agak mahal. Kali kedua saya membeli pula cuka epal jenis Bragg ini. Kerana kebanyaakn member group syorkan jenis organik dan di datangkan dengan mother (ibu cuka ) iaitu serdak serdak dan tanpa tapisan gitu. Cuka dengan ibu cuka ini di katakan lebih berkesan jika anda ingin kan kesan dengan cepat. Harga nya cuma RM22.90 , untuk kedai lain saya kurang pasti.

khasiat cuka epal

Tips Kurus Selepas Beranak Pinak

Saya dapat banyak PM ( Private Messege ) di Facebook , kebanyakkan nya dari pembaca setia blog puanbee.com ni. Terharu saya bila masih ada juga yang mengikuti perkembangan diri saya secara diam. Siapa lah saya ni .. hanya seorang surirumah yang menjaga anak-anak sepenuh masa. Blog ni pun saya tulis sekadar hobi. Tak ada apa yang istimewa sangat pun.. kecuali bebelan biasa seorang ibu dan pengalaman pengalaman rakyat marhaen biasa.

Tapi .. di sebabkan dah berjanji juga dengan 2-3 orang pembaca yang saya akan share tips kurus dan kecantikan dari saya .. mereka nak tahu sangat apa saya buat terhadap diri saya , dari segi kulit dan bentuk badan telah berubah.

Saya kurus sikit .. saya masih gemuk. Huhu .. untuk mencapai berat ideal saya perlu buangkan lagi 25kg. Walaupun saya telah buang hampir 20KG lemak sebelum ni.

pb kurus 2

Di atas gambar saya dulu-dulu … masa ni anak baru 3 orang .. sihat sungguh … lebih 100kg berat saya waktu tu. Memang saya selalu tulis nak kurus , nak kurus , tapi tak pernah tercapai pun … macam-macam dah buat la .. makan segala ubat kurus duk macam tu juga. Pakai corset .. nampak shape tapi tak kurus juga.

Dua di bawah ni gambar terkini …

Macam mana nak kurus ?