RESEPI : MINUMAN HERBA ORANG CINA SELEPAS BERANAK

Tertarik dengan perkongsian seorang wanita bernama Diena Wong di Facebook , saya pun turut berkongsi resepi belia di wall , tapi takut hilang nanti lama-lama kan. Maklumlah tangan ni ada saja nak update facebook tu.  Jadi saya kongsikan di sini. Selain kita membeli herba-herba lepas besalin yang di jual secara online atau tokoh jamu. Kita boleh juga cuba herba orang cina ni.Tak salah kan mencuba. Rasanya anak ke – 5 ini saya nak cuba resepi yang di kongsikan ini memandangkan review di komen status Diena Wong sangat baik. Nak baca boleh ke wall beliau. Dan ada video  juga di sana.

RECIPE :  POST-NATAL HERBAL CHINESE DRINK

Seperti yang dijanjikan inilah recipe POST-NATAL HERBAL CHINESE DRINK (tapi orang tak pantang or lelaki pun boleh amalkan juga)

INGREDIENTS
-Halia bentong
(Ni halia cina yang selalu banyak jual kat bentong tu. Tapi takyah la gigih pegi bentong. Papa beli dekat pasar PJ sea park tu)

– DRIED LONGAN
Benefits :
-Anti-depressant (sesuai utk elak royan)
-Improve heal wounds
-Prevent amenia (elak tumpah darah)
-Boost Energy level
-Improve skin texture
-Rich in Vit C Read More

Tak ada masa untuk mencuci ? Ini berita gembira untuk mereka yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

MAMA WOSH – Menyediakan perkhidmatan (Dry Cleaning & Delivery ) untuk kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

MAMA WOSH mencuci pakaian harian seperti t-shirt , stokin , seluar dan lain lain pakaian anda . Bukan sahaja terhad kepada pakaian malahan juga boleh mencuci barangan kelengkapan rumah lain seperti selimut , tuala , cadar , sarung kerusi , lapik meja dan lain lain barangan berkaitan kain. Selepas pakaian / barangan anda di cuci MAMA WOSH akan melipat pakaian anda dengan penuh kasih sayang.

Anda juga boleh meminta MAMA WOSH menggunakan pencuci organik jika anda alergik terhadap sabun pencuci biasa. Mama WOSH juga menawarkan perkhidmatan mencuci kotoran degil dengan tangan. Cucian tangan untuk memastikan kotoran degil yang melekat hilang tanpa merosakkan pakaian anda. MAMA WOSH menggunakan air jernih & segar dan bahan pencuci mesra alam yang terbaik untuk memastikan pakaian anda berbau segar, kekal cerah dan sentiasa membuat anda kelihatan kemas .

Jika pakaian anda memerlukan cucian kering jangan risau MAMA WOSH ada sediakan DRY Cleaning juga contoh nya cucian untuk jaket dan sut  , rawatan stain removal untuk  pakaian untuk kawasan tertentu juga ada dan akan di lakukan oleh ” angle ” MAMA WOSH.

MAMA WOSH .. Bagaimana dengan langsir ? MAMA WOSH boleh cuci ? Read More

DIY : Tempat gantung peralatan menjahit , gunting dan hiasan dengan bajet sangat minima .

 

Assalamualaikum dan hai , apa khabar ? harap semua sihat lah kan .. selain sihat kita juga hidup tenang walaupun sesibuk mana pun. Sejak dah pindah rumah ni mood mendekorasi dan menatarias rumah menjadi-jadi. Sampai tahap guna drill berat tu sendiri , sebelum ni tunggu encik suami buatkan. Sekarang tak tunggu dah. Semangat berkobar kobar selepas tengok mat saleh buat sendiri.

Nak tau cara buat sendiri (DIY) tempat gantung kunci  atau gantung gunting  atau boleh juga di gantung peralatan lain termsuk lah pasu bunga kecil-kecil seperti gambar di bawah ?

Caranya senang sangat. Murah pun ye. Peralatan yang di perlukan semua ada di kedai hardware. Pergi je lah minta nanti dioranag akan tunjuk. Saya sumpah. Nama kayu pun tak tahu.

Peralatan yang di perlukan adalah seperti di dalam gambar di bawah. Read More

Detox Tea Review : Slimming & Detox Tea By Medina Desire

Siapa yang mengambil kesempatan sambil berpuasa sambil diet ? Saya diet bukan untuk kurus tapi untuk kurang kan beberapa kilogram sebelum raya. Nanti raya makan pun tak jaga oiii , lepas habis raya macam – macam penyakit datang. Kali ni nak rekomen kan korang beli dan cuba teh ini. Slimming & Detox Tea by Medina Desire. Saya tak jual yek. Saya pun main kirim je dekat kawan geng diet. Kami ada group support untuk mak mak turunkan berat badan dan kembali cergas. Mak mak hebat di zaman mencabar ni kena jaga kesihatan badan sendiri. Kalau korang nak beli boleh beli dari Teatox.co – whatsapp : 019-3924256 , atau klik je like facebook di dalam entri ini. Ada banyak iklan. Harga sama sahaja Slimming & Detox Tea RM15 ada 15 uncang dalam dia.

 


Jika korang ada masaalah seperti sembelit , susah sangat nak memerut. Kadang kadang 2 minggu sekali. Kadang kadang asyik terkentut akibat banyak sangat gas dalam perut. Dah lah tu .. kentut bau busuk ya amat. Malu dengan abang di sebelah kan ? Banyak jerawat di belakang badan dan muka. Boleh lah cuba detox dengan tea ini. Apa teh yang saya tak cuba ? Teh Orang Kampung tu pun dah tak berkesan bagi saya. Memang masaalah perut ni. Semua di atas masaalah saya.  Read More

khasiat epal hijau

Tips Diet | Amalkan Memakan Epal Hijau

Tips diet kali ini membawakan satu cara amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari dan ia amatlah digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana epal hijau bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Read More

Giveaway dan Blog List Oktober di http://vitamin-cerdik.com

Assalamualaikum dan Haiiiii … Giveaway dan bloglist ni saya join sebab saya suka produk shaklee. Lagipun sis Raihanah rajin singgah dan komen di blog saya. Tak ada apa saya nak beri kepada pelawat setia melainkan memberikan sokongan begini. Blog vitamin-cerdik.com , selain dari menjual produk shaklee ianya juga banyak menyelitkan entri kesihatan. Saya suka baca blog begini. Tetapi maaflah saya selalu kehilangan kata-kata untuk meninggalkan komen. Jadi saya jadi pembaca senyap. Kalau korang tak tahu nak update apa , mari lah sertai giveaway ini. Sambil tu boleh baca entri sis Raihanah dan tambah ilmu kesihatan gitu.

giveaway-bloglist-oktober-2016-vitamin-cerdik-com_-665x499

Dalam banyak – banyak entri saya suka 3 entri di bawah ni :

1 : 10 kebaikkan detox  darah dengan Shaklee.

Apakah detox ?

Detox ialah proses menyingkirkan toksin daripada badan kita. Toksin yang masuk ke dalam badan kita bukan sahaja berkumpul di usus, tetapi ia juga di hati dan dalam darah kita. Pelbagai masalah kesihatan akan timbul akibat daripada pengumpulan toksin di dalam badan. Antaranya, tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Kebanyakan kes penyakit yang dirujuk, hampir 90% adalah berpunca daripada toksin badan.

Detox penting untuk memberikan kesihatan yang optimum, memberikan fokus dan tenaga semasa bekerja atau beraktiviti. Masalah Detox yang tidak sempurna juga menjadi masalah berat badan. Masalah kulit muka yang berjerawat, dan kulit yang bermasalah juga disebabkan kerana proses detox yang tidak sempurna. Dan jangan tak tahu, nafas berbau juga merupakan petanda bahawa detox badan kita tidak sempurna. Sebenarnya, Detox bukan sekadar buang air besar. Sebenarnya tidak tepat, kerana detox menyeluruh melibatkan:

  1. Detox Usus
  2. Detox Hati
  3. Detox Darah

Baca lagi di sini — >   10 Kebaikan Detox Darah Dengan Shaklee

2 : Bagaimana Nutriferon Bertindak Sebagai Penggalak Sistem Imun

Badan kita mempunyai suatu yang dipanggil sebagai interferon. Ia merupakan suatu protein semulajadi yang mencetuskan sistem imun badan untuk menyerang mikrob penceroboh dan merangsang keupayaan sistem daya tahan badan untuk melancarkan suatu gerak balas imun.

Pengeluaran interferon dalam badan kini boleh dirangsang secara semulajadi pada individu yang sihat melalui tambahan diet baru yang dipanggil Nutriferon.

Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti dan adakalanya ia breakdown. Apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita terganggu ?

Baca lagi di sini –> Bagaimana Nutriferon Bertindak Sebagai Penggalak Sistem Imun

3 :  Nutrisi Kaya Antioksida Melindungi Daripada Kanser

Makanan Berwarna Ungu Paling Tinggi Antioksida

Tahukah anda, makanan berwarna ungu merupakan makanan tertinggi mengandungi antioksida?

Makanan berwarna ungu mempunyai ciri antioksidan yang kuat, antaranya disebabkan:

  • Melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas
  • Menyokong kesihatan jantung, salur darah dan kulit
  • Melancarkan proses pencernaan
  • Mengurangkan stress oksidatif iaitu salah satu penyebab utama penuaan
  • Kaya dengan resveratrol yang terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser

Sebab-sebab Makanan Warna Ungu Lebih Baik ?

Baca lagi di sini –>  Nutrisi Kaya Antioksida Boleh Melindungi Daripada Kanser

So mudah je nak join Giveaway dan Blog List Oktober di http://vitamin-cerdik.com  ini. Jom beramai-ramai sertainya. Tarikh tutup adalah pada 31 / 10 / 2016.

Terima kasih kerana membaca , doakan puanbee murah rezeki dan menang. Saya doakan anda pembaca blog ini pun sama murah rezeki dan di beri kesihatan yang baik.

 

Bengkung pilihan ibu berpantang , Cara permakaian bengkung dan amalan ketika berbengkung

Ibu berpantang sangat digalakkan memakai bengkung , walaupun ianya amalan tradisional, tapi sangat membantu menghilangkan perut yg menggeleber. Paling best, selepas bersalin sekiranya nak pakai macam biasa pun masih boleh. Sangat selesa memakai bengkung .  Tidak boleh dinafikan betapa pahit-manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran. Namun begitu, amalan berpantang masih dilalui dengan tekun dan rela oleh sebilangan besar wanita Melayu. Sebabnya? Dikatakan wanita yang baru melahirkan anak dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu menarik minat suami.

Terdapat beberapa amalan-amalan berpantang yang masih diamalkan secara meluas hari ini, tetapi berbengkung adalah amalan utama.

bengkong-opah-8

Bengkung biasanya tidak dipakai begitu sahaja.

Lapiklah bengkung dengan kain buruk supaya tidak kotor, kemudian alaskan dengan daun-daunan seperti daun pandan atau lengkuas. Emak saya lapik dengan daun beringin , daun manggis. Sapukan minyak dengan ramuan rempah dan herba; sapu juga di bahagian belakang. Baagian betis kaki. Baagian bahu. Jika sukar untuk mendapatkan daun-daunan herba, gunakanlah ubat krim bengkung yang boleh dibeli di kedai.

Read More

Mama Muda Juice : Rahsia Mama Kekal Cergas Sihat Luar Dalam

Assalamualaikum dan Hai .. Nak tahu rahsia mama mama di luar sana dapat kekal cergas sihat luar dalam ? Nak tahu bagaimana wanita yang telah berkahwin menjaga diri sendiri agar sentiasa HOT di hati Abang ? Sesambil tu saya nak ajak korang jadi muda dengan Mama Muda Juice.

Saya nak kongsikan satu amalan yang saya sendiri suka buat sepanjang beranak empat ni. Di mana kalau saya sendiri tak ambil / tak amalkan saya sendiri akan terasa seram sejuk. Bukan abang a.k.a suami je rasa seram sejuk .. Ni anak dara pun boleh dah mula menjaga kesihatan dalaman.

Serius akak cakap .. kalau tak jaga nanti akan menyesal. Percayalah cakap orang yang dah berpengalaman sikit ni. Sikit la 13 tahun pegang status isteri , anak yang sulung berumur 12 tahun dan yang nombor empat berumur 3 tahun. Belum masuk alam perkahwinan fasa setengah abad lagi. Tu pun dah rasa macam berumur sangat dah. Anak empat dengan semua kerja kita buat. Sementara si suami bekerja jauh. Sebagai ibu dan ayah sementara serentak ni kena jaga kesihatan. Stamina kena kuat. Antibodi badan pun kena kuat.Bila suami balik bertambah – tambah lagi tugas sebagai ibu dan isteri tu.
mama-muda-juice-2Bila dah lama berkahwin , macam mana nak buatkan si suami masih merindui dan nak kan kita ? suami jauh dugaan lagi macam-macam.. ada lah bahagian kita kena jaga. Semua orang tahu kan. Orang tua tua banyak dah pesan. Apa tak dak ? haa pergi sembang dengan orang tua tua cepat. Mereka selalu pesan jaga suami di antara pusat ke lutut nya.

heheheee .. ting ..ting .. kalau korang nampak saya sengih nih.

Tapi itu perkara lain , biasalah tu fitrah manusia. Apa yang lagi penting ? Penting nya kita kaum wanita memerangkap ibu dan isteri mesti sihat , cergas dan ceria sentiasa. Walaupun badai menimpa .. kita tetap sado menempuhinya.

mama-muda-juice-4

STRESS DENGAN MASALAH KURANG STAMINA , ASET DAH MULA KENDUR , BADAN SAKIT SAKIT URAT DAN KEPUTIHAN ?

Masaalah angin ni bahaya. Banyak benda kena pantang ..contohnya makanan berbisa seperti rebung , taugeh dan sayur yang di kategori ” sejuk “. Mak dulu selalu pesan , amalkan halia banyak – banyak kasi badan sentiasa panas. Kita ni degil selagi tak rasa sakit sendiri.Betul tak ?

Saya kalau tersilap makan , kaki sejuk. Sejuk mencengkam. Perut rasa sebu. Nak makan macam dah kenyang. Tak makan sakit perut. Ada sekali tu saya pergi ke hospital kecemasan. Di tahan wad sehari hanya kerata di serang angin dalam perut sahaja. Masa tu saya baru lepas besalin si syamim. Lepas tu konon konon tak nak ambik apa-apa jamu semasa dalam pantang. Konon sihat sangat makan lebih 6 jenis vitamin. Padahal 3 anak sebelum tu semua ambik jamu.

Rupanya tak boleh jalan uols. Kena ambil jamu yang berfungsi untuk mengeluarkan angin dan memanaskan badan. Jika tak makan apa-apa jamu atau herba badan saya lemah. Selalu sakit urat dan perut sebu , sembelit , rasa tak bermaya. Eii semua ada lah.

Ini kisah betul.

Sebab tu saya sentiasa ada je jamu yang saya ambik. Kalau korang baca blog ni dah banyak jamu saya rekomenkan sebab saya memang tak boleh berpisah dengan jamu. Saya suka. Memang terasa lain sangat badan semasa amalkan jamu dan semasa tidak amalkan jamu. Dari kulit muka pun dah tahu.

Sesiapa yang ada keputihan. Vagina berbau dan sentiasa gatal pun di cadangkan amalkan jamu. Kita amalkan jamu dengan tujuan badan sihat dan dapat bonus lain seperti aset wanita semakin aumm .. kulit tegang , muka nampak berseri , rambut cantik , period teratur , warna kulit sekata tak nak ke ?

Kali ni , biar saya kenalkan jamu Mama Muda Juice pula.

Mama Muda Juice 100% daripada bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya.

Bahan-bahan di dalam produk ini SEMUA NYA MEMANG TERKENAL DAH DI KALANGAN TUK NENEK KITA. Cuma sekarang dah mudah , siap di proses sedia di minum. Tak payah cari akar kayu herba dan rebus. Tak sedap tau minum herba rebusan ni. Hahaha saya tak boleh telan. Kalau Mama muda juice ni okay .. sehari ber sudu sudu pun okay.

mama-muda-juiceRasa Mama Muda Juice :

Bagi saya tidak terlalu manis. Dia guna stevia dan ada rasa kurma sikit , herba sikit. Tapi tak pekat sangat lah rasa herba tu. Tak lah teruk sampai kena picit hidung ke apa. Boleh je telan banyak.

Kesan selepas sehari saya ambil pagi dan malam.

PANAS .. haa saya memang kalau ambil jamu akan terasa panas badan serta merta. Tetapi itu yang saya nak ye. Tadi di atas dah saya bagi tahu masaalah saya selalu sakit urat dan sejuk. So bila panas , sakit urat tu hilang. Terasa ringan sikit badan. Cuma memang kena minum air kosong banyak banyak.

Kesan selepas seminggu di amalkan 2 kali sehari pagi dan malam.

Stamina bertambah. Ringan. Kaki saya yang sakit selalu sebab banyak drive dan menjahit pun dah hilang lenguh nya. Bisa urat tak ada. Angin tak ada. Walaupun lewat makan tiap hari. Uols ..akk punya live sibuk kadang lupa makan. Tu yang selalu senak sebu perut.

UNTUK INFO :

Bahan-bahan Mama Muda Juice adalah :

  1. Kurma
  2. Delima
  3. Pueraria mirifika
  4. Pueraria lobate
  5. Kacip Fatimah
  6. Manjakani
  7. Akar serapat
  8. Collagen
  9. Garcinia combogia
  10. Kunyit
  11. Halia
  12. Mascotek
  13. Stevia

Apa kelebihan Mama Muda Juice ini ?

  • Menambah & MENGEKALKAN TENAGA harian
  • Menghilangkan kelesuan badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menjadikan TONA KULIT badan SEKATA & lebih cerah
  • Menjadikan lebih PAYUDARA MONTOK & kenyal
  • MEGETATKAN semula MISS V yang longgar
  • MENGHILANGKAN masalah KEPUTIHAN
  • MEMBAKAR lebihan LEMAK dalam badan
  • MENSTABILKAN HORMON & Haid
  • MENAMBAH SUSU utk breast feed
  • MENINGKATKAN PRESTASI ketika bersama suami

Of coz  lah Keputusan boleh berbeza-beza antara orang-orang dan tidak ada keputusan tetap untuk pegamal jamu Mama Muda Juice ini. Cuba dulu baru tahu. Tak salah kita berusaha. Lagi pun tak ada bahan kimia uols.

Dan sapa nak promo harga diskaun ? Terhad kepada 10 orang pembaca pertama sahaja. Siapa tak grab rugiiiii habaq hang ..

PROMOSI KHAS MAMAMUDA JUICE UNTUK PEMBACA BLOG PUANBEE , TERHAD KEPADA 10 ORANG SAHAJA.

Diskaun RM48 dari harga asal dengan pembelian 2 botol Mama Muda Juice.

GUNA KOD INI >>>  MMBee

Harga : 1 BOTOL RM99 , 2 BOTOL RM 198 .. Tetapi jika anda beli 2 botol dengan code promosi anda hanya perlu bayar RM150 SAHAJA .. JIMAT RM48 UOLS…. 

PROMOSI KOD EXPIRED PADA 30 NOVEMBER 2016. Grab cepat lah ye ..

Cara nak claim promo kod tu .

SMS / WHATSAPP STOKIS Mama Muda Juice ini : ?+60 19?291 2424?

” Saya nak beli Mama Muda Juice 2 botol , dan nak claim promo kod puanbee. ” MMBee “

Contoh je lah di atas tu ye , nak copy boleh juga. Tak dak hal.

JOM SUPPORT MAMAMUDAJUICE 

WEBSITE : www.mamamudajuice.com

FACEBOOK : https://www.facebook.com/MM-Juice-166819390407021/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/mamamudajuice_hq/

IKHAS saya cakap .. memang ada perubahan. Saya memang suka jamu Mama Muda Juice. Dan memang akan amalkan sendiri. Tak mampu mak minum nescafe je setiap hari tuk tambah tenaga.

Kepentingan anak bermain setiap petang setiap hari

Kanak-kanak yang sihat akan menjadi seorang yang sihat ketika dewasa. Sebagai keluarga , kita bertanggngjawab memastikan mereka sihat dengan cara hidup yang aktif. Menurut persatuan Jantung Amerika Syarikat , kanak-kanak hari ini kurang cergas di bandingkan dengan kanak-kanak 20 tahun dulu. Kurang nya aktiviti fizikal di kalangan kanak-kanak hari ini menjurus kepada masaalah kegemukan , kadar kolesterol yang tinggi dan ketahanan jantung dans stroke. Memang jarang berlaku di kalangan anak – anak tapi fakta membuktikan bahawa proses ke arah masaalah itu bermula dari aman kanak-kanak.syamim klcc 2

Semua kanak-kanak berumur dua tahun dan ke atas patut melakukan aktiviti fizikal ringgan sekurang kurangnya 30 minit setiap hari. Mereka juga perlu memperuntukan 30 minit untuk melakukan aktiviti lasak sekurang – kurangnya tiga ke empat hari seminggu untuk memastikan tahap jantung dan hati sentiasa cergas.

Dr Joseph Mercola , penulis buku Total Health Program , menyalahkan peranan televisyen yang meyebabkan kanak-kanak hari ini tidak melakukan aktiviti fiikal. Kebanyakkan kanak-kanak mnghabiskan tiga  jam setiap hari menonton televiyen selepas duduk selama enam jam di sekolah. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak menghadapi masaalah pembentukan tubuh.

Pembentukan tubuh yang tidak seimbang ini di sebabkan ketidakseimbangan saraf akibat terlalu lama duduk. Enam jam di sekolah dan tiga jam di depan televisyen. Akan membuatkan beberapa saraf menjadi kejang dan tidak aktif.  Read More

penyebab rabun malam

Apakah penyebab rabun malam?

Rabun malam ? Apa penyebab rabun malam ? Sebenarnya rabun malam merupakan satu penyakit yg disebabkan oleh kekurangan vitamin A dalam makanan yg menyebabkan sel mata yang kering dan menghadkan keupayaan untuk menguruskan intensiti (ketumpatan) cahaya. Kesan sampingan yg lain termasuk kulit menjadi kasar dan bersisik di tangan dan kaki.

penyebab rabun malam

Pembentukan gigi dan pertumbuhan badan juga mendapat gangguan dan dalam beberapa kes kornea sangat kering dan legap dan membawa kepada buta. Mereka yang menghadapi rabun malam perlu mengambil lebih banyak sayuran berdaun terutama bayam,hati,mentega,buah-buahan,lobak merah,labu,susu dan ikan di dalam diet bagi mendapatkan lebih banyak vitamin A..

Kaedah mengatasi rabun malam

Suplemen pil vitamin A dalam masa kehamilan, dapat menurunkan angka kematian ibu dan bayi, insyaAllah. Sebuah kajian tentang kesihatan ibu di bahagian selatan Nepal menemui bahawa vitamin A dos rendah atau beta-carotene tambahan dan bahan pangan yang banyak mengandungi vitamin A dapat menurunkan peratus kematian ibu rata-rata 44%.

Mereka yang menghidapi rabun malam perlu mengambil lebih banyak sayuran berdaun terutama bayam, hati, mentega, buah-buahan, lobak merah, labu, susu dan ikan di dalam diet bagi mendapatkan lebih banyak vitamin A. Amalkan setiap hari Insya-Allah anda dapat mengatasi masalah ini.

Sumber

1 – CyBerita
2 – kesrepro.info
3 – elitehealthfood.com