Baju merdeka 2019 – tempahan
Tahun ni tak banyak jahit baju merdeka , sebab nya bertembung dengan raya haji. Tak sempat jahit banyak-banyak. Lagi pula anak-anak sedang sibuk study untuk peperiksaan besar mereka. Jika saya pulun menjahit anak tak sempat belajar di rumah sebab kena jaga adiknya. So ada la beberapa pasang dalam 5 pasang sahaja. Boleh lah jenguk di instagram kita kalau nak tengok lebih banyak. Tahun lepas banyak betul. Baju ni saya guna tudung satin, dan seluarnya guna kain satin biasa. Tanjak dan samping sahaja guna kain bendera.