Riadah di Taman Botani Perdana , Kuala Lumpur
Assalamualaikum , Kali ini tak rancang pun nak pergi ke Taman botani perdana , Kuala Lumpur. Tiba adik call tanya tempat ni , saya pun lagak tak malu tanyakan dia semula. ” Hang tak mau ajak aku ke ? ” Bukan apa … kalau pergi dengan anak sahaja risau sikit lah. Ni Kuala Lumpur macam – macam boleh jadi. Kalau pergi ada peneman rasa selamat sikit. Padahal Taman Perdana ni 17 minit je dari rumah. Jika tak ada kesesakkan lalulintas lah.
Saya suka bawa anak ke taman sebenarnya , saya suka hijau pokok , saya suka berpeluh berjemur di bawah panas. Saya suka tengok tasik. Tetapi tu lah , nak pergi tak ada peneman jadi malas lah pula. Disini ada tempat permainan sebesar gudang , lupa nak ambil gambar tadi .. sebab tak minat gambar tempat permainan jadi lupa terus. Saya bawa anak – anak pusing taman , jalan keliling tasik dan ke taman – taman yang di sediakan. Ada 2 video taman saya upload di instagram. Best sangat.