Syamim dah masuk pra 2019
Husna & Laila di Milo Champions Clinic 2016
Assalamualaikum , Siapa yang ada pergi ke Milo Champions Clinic 2016 nih ? Tegur-tegur lah kita kalau terserempak ye. Saya daftarkan 2 orang anak iaitu husna dan laila. Kalau boleh nak daftarkan semua je , tapi si sulung dengan si bongsu umur tidak menepati syarat. So simpan sikit gambar di sini. Korang nak tengok live update kena follow intagram lah .. Instagram saya @puanbee. Biasa nya apa-apa gambar sampai ke ig dulu. Blog lambat … kadang-kadang tak update langsung.
Gaya rambut pacak – syamim
Kisah anak 2 tahun 3 bulan.
Assalamualaikum dan hai. Apa khabar anak-anak mak hayam ? Nampak sekarang mak dah rajin menulis semula kan ? allhamdulillah. Dah stop bisnes online jual baju budak. Sangat letih .. tak sanggup mak nak berniaga kecuali ada pembantu. Sekarang mak cuma aktif bisnes emas dengan kawan-kawan sahaja di facebook. Ada juga buka group kutu just for fun. Sambil menabung simpan duit dan reward ke diri sendiri. Selain dari itu mak jadi mak supir , mak chef dan juga mak akauntan domestik. Job besar-besar kemain kan ? MAK SUPIR tu mak buat part time bawa anak jiran dan anak saudara sendiri. Total 9 orang kanak-kanak riang dalam kereta mak. Itu lah hikmah nya beli kereta besar-besar. Memang family besar. Duit upah bawa anak-anak jiran boleh rolling isi minyak kereta sesambil bawa anak sendiri. Boleh beli jajan-jajan.
Mohamad Syamim 2 tahun 3 bulan usianya. Ikut tahun dah pun 3 tahun. Tapi nampak kecik lagi sebab lahir hujung tahun kan. 2 tahun 3 bulan baru lah mak dia boleh tenang – tenang menulis blog semula. Lama nya mak ber ” hibernasi. “
Testing live update ..
Gigi pertama baby syamim
Perjumpaan Blogger Pembuka 2014
SALAM DAN HAI .. Mungkin ini pembuka cerita / kerjaya sebagai blogger sambilan dan mungkin juga ini penutup. Bukan maksudnya nak berhenti dari berblog. Tetapi mungkin ini lah perjumpaan blogger terakhir. Saja mencuba keluar untuk berjumpa dengan PR dan rakan-rakan blogger lain.
SUSAH.
Jika bawa anak kecil ramai dan ingin membuat kerja , berbincang dengan tenang. Ya ampun..
Saya seorang ibu yang berdikari 100% . Bukan bangga .. bukan juga minta simpati. Tapi ini lah kenyataan nya. Mujur adik bongsu datang dan tolong saya menguruskan anak-anak. Walaupun sebenarnya saya boleh menjaga 4 orang anak ni sendirian. Tapi mak saya di kampung pula risaukan saya.
Suami saya bekerja di Jakarta sekarang ni. Mencari nafkah. Ada orang kata ” kalau aku tak sanggup la ..” ya saya hanya mampu tersenyum.
Bagi saya .. kalau merungut banyak sangat takut Tuhan tarik balik rezeki. Suami bekerja jauh juga rezeki buat kami sekeluarga. Insurans untuk anak-anak di masa depan.
Kelat kan ? tak apa .. saya simpan rindu saya demi keluarga terchenta . Gitu.