Kurung moden
Hari ni raya haji pertama kali pakai baju kurung moden hasil tangan sendiri , sejak belajar menjahit terus ambil tempahan sampai tak sempat buat baju sendiri. Bila pakai baju hasil tangan sendiri rasa puas hati dan bangga sangat-sangat.
Kerana sebelum ni ada orang tu kata , saya ni belajar menjahit hangat hangat tahi ayam je. Sedikit sebanyak rasa tercabar juga. Ya la dah lebih 10 tahun jadi surirumah memang la tak ada sesiapa pun nampak hasil pengorbanan kita. Sedih juga hati bila mengenangkan .. orang fikir seolah olah kita ni tak mampu belajar dan hasil kan apa-apa ..
Alkisah Pampers Murah Dari Surirumah Cyber
Mood sentap! saya pergi jaya jusco , nampak sale RM35 je untuk lampin pakai buang jenama drypers , biasanya jenama tu mahal di tesco dan kedai–kedai lain berdekatan. Maka saya surirumah cyber ni terus update status , sekali dapat komen dari surirumah cyber lain. Makan hati beb .. murah gila harga diorang beli. Ni nak minta tolong speedmart buka satu cawangan kawasan kampung pandan ke , taman cempaka ke , taman nirwana ampang tu ke .. senang sikit saya nak berjimat. Jangan main -main dengan surirumah sekarang ek. Tak main la ngumpat-ngumpat. Surirumah sekarang dah macam ejen kedai mana murah dah. Dari barangan asas ke barang mahal-mahal. Semua tau ehhh …
Hawa dan emas : Join powergold akhirnya
Assalamualaikum.. Hai .. Kini , akhirnya setelah lama berfikir untuk menyertai mana-mana syarikat yang menawarkan emas murah-murah untuk simpanan , akhirnya saya telah memilih untuk menyertai POWERGOLD. Setelah hampir 5 tahun teringin nak join mana-mana syarikat trading emas ni setelah tengok abang ipar saya sendiri membuat jual beli emas , tapi takut nak beri tahu suami.
Ya .. saya seorang yang suka berniaga , dari jual produk jualan langsung ke jual baju-baju dan pun cuba. Cuba untuk tengok sesuai ke tidak. Sekarang nak cuba untuk mejadi seorang yang menabung di dalam emas . Sumpah saya tak boleh ada duit di tangan , bank mahupun ASB semua korek. MACAM-MACAM nak beli , dah la surirumah saja. Jadi .. rasanya dengan meyertai syarikat powergold ni , harapnya dapat la menyimpan 1gram sebulan. Atau lebih ..
Dah 3 tahun rasanya , tak pernah miss main kutu emas .. percayalah .. emas tu bukan saya pakai semua.. memang untuk simpanan , anak perempuan 3 orang beb + 1 orang anak lelaki , simpan duit asyik tak berjaya , mana lah tahu mereka akan sambung pelajaran tinggi-tinggi nanti. Mana nak korek duit. Zaman sekarang ada PTPN , saya tengok orang yang belajar tinggi bergelut nak bayar balik. Harap la anak saya esok ni tak perlu pinjam mana-mana agensi untuk menyambung pelajaran. Semua ibu bapa nak kan yang terbaik untuk anak-anak kan.
Kebaikkan sertai POWERGOLD.
Sebab paling UTAMA perlu memilih produk powergold adalah kadar harga beli balik syarikat yang tinggi dengan mengenakan spread yang kecil 6-10%, ini akan memberikan anda keuntungan yang lebih cepat sekiranya harga emas naik. Maksud spread adalah kadar perbezaan harga jual beli emas.
Produk Utama Powergold
GOLD BAR 999.9
- Di datangkan dengan jumlah paling minima 1GRAM , mampu di beli oleh setiap golongan.
- Selain dari GOLD BAR 999.9 1Gram , ada juga 5GRAM , 10GRAM Dan 20GRAM.
- Harga ahli lebih murah berbanding harga jualan. Harus menjadi ahli untuk mendapatkan lebih untung ..