NIKMAT TIDUR

Assalamualaikum , selamat pagi. Wahh seronok nya pagi ni rasa segar bugar. Badan rasa sihat. Dah berapa hari tak sihat sakit kepala nyut nyut. Tak tahu kenapa , tapi mungkin dek kerana stress makan dan tidur tak menentu. Bila sakit tu terlentang je tak boleh buat apa. Badan dah bagi signal suruh rehat tetap berdegil. Sampai satu tahap tak tahan. Mata pun tak mampu nak buka. Di penghujung cerita saya dapat tidur awal seawal jam 10 malam . Dah berapa lama tak rasa nikmatnya tidur. Jam 2.30 pagi dah boleh bangun , cergas sambung menjahit. Masak sarapan untuk anak-anak. Badan dah lama tak rasa berpeluh kembali berpeluh segar. Masyallah. Nikmat yang dah lama saya tak rasa. Takde la lama sangat. Seminggu cuma . Tapi macam lama.. Tak sanggup.
Laila siap cakap , seronok bila ibu sihat macam ni. Saya hanya mampu senyum kelat. Maafkan ibu korang sedikit terabai bila ibu layan tak sihat ni. Saya siap dah la minta ampun dari suami melalui whatsapp kot kot tak lama hidup di muka bumi ini. Huhuhu.
Sakit itu “Dzikrullah”.
Sakit itu “Istighfar”.

Semoga terhapus lah dosa dosa. Amboi macam teruk sangat je.
disebabkan rasa sihat sangat.. maka terhasilah .. cucur bawang letak ubi kentang didadukan , cicah sos panas2 ..

Ayat di bawah copy dari status facebook sesorang , saya belajar tak tinggi sangat , tahu lah tidur tu Nikmat dari Allah. Cuma tak reti nak tafsir , tapi nak juga share. JANGAN KECAM AKAK.
Tidur merupakan salah satu nikmat dan rahmat Allah. Sebagai istirahat bagi tubuh agar esok dapat beraktiviti kembali.

Mama Muda Juice : Rahsia Mama Kekal Cergas Sihat Luar Dalam

Assalamualaikum dan Hai .. Nak tahu rahsia mama mama di luar sana dapat kekal cergas sihat luar dalam ? Nak tahu bagaimana wanita yang telah berkahwin menjaga diri sendiri agar sentiasa HOT di hati Abang ? Sesambil tu saya nak ajak korang jadi muda dengan Mama Muda Juice. Saya nak kongsikan satu amalan yang saya sendiri suka buat sepanjang beranak empat ni. Di mana kalau saya sendiri tak ambil / tak amalkan saya sendiri akan terasa seram sejuk. Bukan abang a.k.a suami je rasa seram sejuk ..…