Sakit bahu , urat belikat dan bahagian belakang
Sejak akhir-akhir ni , prestasi saya sebagai ibu dan pekerja di rumah amat-amat merosot. Seingat saya … semasa mengandungkan syamim ( anak bongsu yang kini berumur 11 bulan ) selalu sangat sakit bahagian belakang , ingatkan ianya gejala biasa ibu mengandung , mana tahu ke sakitan bersambung semula setelah syamim di lahirkan dan berumur sekitar 6 bulan.
Sakit urat belikat bukan lah satu sakit yang boleh di buat main. Rasa nak sekeh orang ja .. duduk pun sakit. Terasa nak baring sahaja. Tetapi .. mana ada ibu beranak kan 4 orang anak yang masih kecil dapat baring 24 jam sepanjang hari. Lagi-lagi orang macam saya , seorang isteri yang berjauhan dengan suami dan menguruskan empat orang anak sendiri.