Snowdrop cloth pad
Bertuah rasanya di beri peluang untuk mencuba produk cloth pad dari jenama snowdrop. Sebelum ni pernah cuba jenama lain. Kita tengok pula apa bezanya rasa yang saya dapat dari pemakaian cloth pad dari jenama snowdrop ni. Bagi yang belum tahu .. cloth pad ini adalah untuk wanita yang ” datang bulan ” , sekadar di pakai sebagai ” liner ” ataupun untuk wanita lepas besalin (dalam pantang / maternity )
Kalau orang dulu pakai kain , selain dari menjimatkan dan memudahkan .. tak perlu keluar untuk membeli pad moden. Sekarang wanita kita dah kembali kepada pemakaian pad jenis tradisional iaitu kain. Cuma kain itu telah di modenkan di datangkan dengan bentuk yang lebih menarik.