Review : MYLARA SKINCARE 4-in-1 & HYDRO WHITENING ROSE PEELING GEL |  Assalamualaikum dan Hai semua ….  ececeh dah lama tak review produk skincare .. sebabnya muka den sejak 3 tahun lepas mengalami kerosakkan teruk. Mula-mula saya pakai produk skincare yang orang kata boleh rosakkan muka tu , pakai selama setahun lebih kurang. Muka okay glowing putih nampak remaja masa tu. Lepas tu pada tahun 2016 nak raya. Saya pergi buat waxing menggunakan lilin panas dan lepas tu muka rosak teruk.Mungkin di sebabkan skincare yang saya pakai sebelum itu membuatkan kulit muka saya menjadi sensitif dengan waxing tersebut.  Nasib baik …
Dekat dekat nak ke penghujung tahun 2017 ni.. Aliff Aziz kembali menjadi kontroversi pasal kes rumahtangganya yang mengaitkan dirinya dengan seoarang artis baru. So nama Aliff Aziz agak menjadi sebutan ramai buat masa sekarang. Mungkin jadi satu kelebihan walaupun kontroversi ni telah mencemarkan Imej dia sebagai artis. Semalam.. dah start tayangan drama bersiri Meh Sandar Lagi kesinambungan dari Drama Meh Sandar Pada aku. Tapi dalam Drama Meh Sandar Lagi ni.. Mereka dah berkahwin. Pelakon Utama drama ni Aliff Aziz & Mira Filzah. Untuk episod pertama semalam saya ada juga menonton drama ni tapi entah kenapa lakonan Mira Filzah bagi saya …
Tinggal lebih kurang seminggu umat Islam bakal meraikan Hari Raya Korban ataupun di kenali sebagai hari raya Aidiladha. Mesti ramai yang mula buat persiapan, kan? tapi di Malaysia ni sambutan hari raya korban tidak la di raikan dengan meriah sangat kecuali di negeri pantai timur jadi kebanyakkan kalau raya korban ni memang tak ramai nak sibu beli baju raya atau buah kuih muih sangat. Jadi raya korban ni antara raya yang tak berapa sibuk. Boleh rilex tengok tv kat rumah. Biasa la bila menjelang cuti raya banyak rancangan menarik yang TV akan tayang. Salah satunya Telemovie yang saya rasa bakal …
Isnin terakhir di bulan Julai. Mungkin masing masing tengah sibuk buat closing la hujung bulan ni nak nak lagi yang berniaga. Yang bekerja pun banyak perkara nak kena close juga kan setiap hujung bulan. Jadi hari ni mungkin menjadi hari paling sibuk & paling penat. Takpe.. Nanti dah habis waktu kerja balik rumah boleh bersantai santai bersama keluarga sambil menonton TV. Sebab ada rancangan yang menarik jugak hari ni.   Bagi peminat drama melayu jangan lupa malam ni saksikan Telefilem Isteri untuk Abang Long di slot Skrin Di 9 di Tv9 pada pukul 8.30 malam JUDUL : ISTERI UNTUK ABANG …
Aziz M. Osman antara pengarah terbaik di Malaysia. Siapa tak kenal pengarah yang sorang ni kan? Antara filem arahan dia XX-RAY, Puteri Impian & banyak lagi.. Kebanyakkan Filem Arahan beliau tidak mengecewakan sejak dulu lagi. Begitu juga dengan drama drama arahan beliau. Aziz M.Osman yang lahir dari keluarga seni dimana Arwah ayahnya M.Osman seorang Penyanyi terkenal zaman 60an kalau tak silap. Antara Lagu popular arwah Ayahnya M.Osman adalah Suzana. Walau bukan zaman saya tapi lagu ni memang menjadi lagu kegemaran saya ok! Ibu kepada Aziz M.Osman, Afida Es juga seorang pelakon cuma mungkin kurang aktif sekarang. Adik beradik beliau, Zulkifli M.Osman …