Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.

Assalamualaikum , salam pkpd dari selangor. Entah lah korang dah boring tahap apa entah lah. Hari-hari menjalani rutin yang sama , tapi nasib baik tak boring sangat sebab anak PDPR. Kain tak banyak nak di jahit boleh lah kita fokos ke masak - masak. Banyak kali cuba buat kek sarang semut ni. Kukus pun buat , bakar pun buat semua tak jadi kecuali yang satu ni. Korang kali pertama saya buat kek sarang semut ni tangan saya pedih sebab terkena wap air gula. Mana lah tahu semasa…
Resepi kuih kaswi kenyal guna sukatan cawan

Resepi kuih kaswi kenyal guna sukatan cawan

Sejak dah pandai buat kuih kaswi ni kan. Pandai la nak tempek resepi di blog pula. Allhamdulillah. Blog dah okay sikit. Mood dah cantik sikit. Anak yang paling kecik dah tak banyak ragam. Hutang dah banyak nak settel. Apa lagi kita nak ? Masak la kerja nya. Hobi lama kembali lagi. Iaitu masak dan tempek resepi di blog. Kuih kaswi ini saya belajar dari blog juga kawan-kawan. Tak menjadi pada mulanya. Tapi dah banyak kali prektis lama-lama periuk kukus menyampah kena sesumpah. Terus jadi elok. Resepi Kuih…

Nasi goreng budu dan nenas

Siapa pernah makan nasi goreng budu dan nenas angkat tangan. Masa buat tu merapu ja sebab bahan kekurangan di dapur ku. Jadi ku pandang kiri. Ku pandang kanan yang tu je ada. Budu.. nenas.. ikan bilis.. cili hijau pun kehabiasan stok. Jadi terhasil lah nasi goreng budu ni. Ada orang tak suka budu. Saya suka juga lah tapi tak kan beli punya. Ni pun budu orang bagi. Allhamdulillah rezeki. 
nasi goreng budu

Resepi nasi goreng budu dan nenas.

Resepi Bihun Sup Utara Dan Cara Buat Sambal Kicap – Sup Ayam

Kali ni saya nak kongsi kan resepi bihun sup utara dan cara buat sambal kicap nya sekali. Kali ini saya gunakan ayam. Saya jarang masak sup daging kecuali jumpa daging yang betul-betul segar sahaja. Anak pun leh suka kan ayam. Jadi menu biasa nya ayam je. Apa yang lain nya bihun sup utara ? setakat saya di kuala lumpur belum jumpa lagi orang menjual tepi jalan bihun sup yang rasa nya sama di kampung saya di besarkan iaitu Taiping , Perak. Baiklah di ringkaskan cerita. Sesiapa sahaja yang pernah cuba bihun sup utara atau memang dah asal dari utara pasti rindukan bihun sup utara ni.

Baru – baru ini saya sembang dengan kawan-kawan di whatsapp. Semua dah berkahwin dan merantau masing-masing memang rindukan bihun sup seperti yang saya akan beri resepi nya. Ada sambal kicap. Ada bihun warna kuning dan juga tidak di lupakan ayam goreng carik-carik. Nyumm .. semua resepi dan cara ada di bawah.Enjoy !

BIHUN SUP UTARA 6

Resepi kuah bihun sup. 

Resepi : Ayam goreng bersalut oat ( mengidam !! )

Hidang resepi ayam goreng bersalut oat la pulak … buat lama dah .. malam – malam terasa nak makan Ayam Goreng , tak kisah la ayam goreng macam mana , macam di pasar malam pun ok , tapi mana ada pasar malam lagi di buka jam 1 pagi .. lapar tak tentu hala perut ni , siang nak tido malam nak berjaga , makan .. akhir nya pergi la ke dapur gaul – gaul ayam yang ada dalam peti , semua bahagian ada .. kepak , hati ayam , kaki ayam , leher , pehe .. belasah je semua .. potong kecil-kecil sama saiz jadi senang nak goreng , takde la yang mentah dan terlebih masak nanti.

SONY DSC

Bubur Nasi Herba Segera Faiza

Published on: May 17, 2012 @ 09:20 : Cari kelainan dalam memasak  kita cuba buat bubur nasi herba segera pulak , ye lah sejak akhir-akhir ni sibuk sangat , tapi masak tetap ko… dah pegang title mak dan surirumah ni, mana boleh tak masak.. paling bodoh-bodoh pun buat telur masak kicap , masak juga… tapi kalau agak rajin sikit boleh lah buat macam-macam jenis masakkan. Ni kes agak malas nak masak.

resepi bubur nasi herba

Keluarga saya adalah keluarga yang paling tak suka makan di luar. Ayah budak-budak ni lah yang sebenarnya tak suka , ibu ok je… boleh cuti memasak kan. Bila pergi shopping barang dapur tu , kalau ternampak apa-apa yang menarik saya mesti beli dan simpan , tunggu masa sesuai cubalah buat resepi baru ..

Cara Buat Sambal Belacan Sedap

Published on: May 20, 2012 @ 14:19 : Mintak maaf pada yang bertanya di Facebook tu , saya cuma ambil dan nak share disini , Ibu-ibu bapa-bapa yang baca ni boleh share disini tips membuat sambal belacan sedap , asal korang makan sambal tu rasa sedap kira sedap lah tu , boleh lah share dengan kawan-kawan yang lain kan…

Biasalah perempuan semua nak masak sedap-sedap untuk suami kan, Bila suami komplen sambal belacan tak sedap , harus buat sesuatu … setakat ni sambal belacan saya memang hari-hari suami suruh buat …sebab tu guna cara cepat … Sambal belacan yang sedap banyak versi sebenarnya , janji cari belacan yang sedap dulu , kalau boleh lepas beli belacan tersebut , haruslah di bakar sikit sampai keluar bau , nanti bila dah buat sambal belacan ada rasa belacan yang telah di bakar , sedap wooo…

cara buat sambal belacan sedap

Kalau ikut cara saya buat sambal belacan versi cepat dan mudah sekali , malam2 blender je … ngengngeeenggg dah siap ! .. biasa saya nak buat apa pun kena cepat , sibuk.. ahaks…

Buat Sendiri : Resepi Popia Basah

Jul 27, 2012 @ 06:14 : Baru sekali buat sendiri popia basah di rumah menggunakan resepi di bawah. Sebelum ni asyik merengek pada kakak ipar untuk beliau buatkan popia basah setiap kali balik ke kampung. Resepi asli dari arwah mak mentua katanya. Suami selalu sangat sebut-sebut ,popia basah arwah mak nya sedap. Entah kenapa 10 tahun kawin , baru sekarang tergerak hati nak cuba resepi ini. Sebelum ni rasa macam tak akan jadi je kalau saya buat sendiri. Tapi tak .. resepi popia basah yang di beri sangat senang nak di ikut.

Sekarang simpan resepi di blog senang nak ingat. Nanti nak resepi sendiri cari di blog sendiri.

Langkah demi langkah buat popia basah.

Bahan untuk buat kulit popiah (A):

  • Setengah kilo tepung gandum
  • 4 sudu minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Air
Bahan untuk buat inti (B):

  • 1 biji lobak merah
  • 1 biji sengkuang
  • 15 biji kacang panjang/kacang buncis
  • 2 biji telur
  • 50 sen udang kering
  • 1 biji bawang besar-ditumbuk
  • 2 biji bawang putih-ditumbuk
  • Bawang goreng
  • kiub lembu 2 biji
Bahan untuk buat sos (C):

  • 15 tangkai cili kering
  • 30 sen gula merah
  • Garam
  • 1 sudu besar cuka
  • Sedikit belacan

Kek coklat minyak lembab di kukus sukatan cawan

Kek coklat minyak di kukus menghasilkan kek lembab dan sedap. Saya gunakan sukatan cawan .. ianya lebih mudah dibandingkan guna penimbang. Resepi yang sama saya telah kongsikan di blog ini berkali-kali. Setiap kali buat mesti ada perubahan sikit cara hias nya. Bila beli rasa tak puas makan. Buat sendiri insya- ALLAH berulang-ulang makan.

kek coklat

Coklat tu sengaja di limpahkan begitu , anak – anak suka .. layan kan je lah selera anak-anak. Saya sendiri sejak dah terbiasa dengan diet atkins , kurang sikit makan benda manis. Minum air nescafe dengan 2 sudu gula sehari pun dah rasa bersalah sangat. Jadi saya cuma rasa sesudu je lah kek coklat saya ni.