Tips Mengatasi Perasaan Cepat Marah Pada Anak-anak

Salam .. malam ni saya ingin konsgsi Tips Mengatasi Perasaan Cepat Marah Pada Anak-anak yang saya baca di  kongsi dari blog Tudungsicomel.com , dalam nak beli tudung ternampak pula artikel bermanfaat ni. Pssst .. nak beli tudung anak comel – comel boleh ke tudungsicomel.com — klik link sebelah.

Saya mak anak 4 ni pun kadang-kadang terbabas , iye lah saya mengaku .. saya manusia biasa .. kadang – kadang je lah .. bukan nak dera anak ye . Sekarang ni banyak betul kes dera anak tersebar di facebook , naik seram nak tengok. Mari baca .. semoga bermanfaat.

tudung si comel

Perkongsian bijak daripada Puan Sharifah Shuwaidah:

Saya juga mengalami perkara yg sama ada 4 anak semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakan membaca cara-cara mendidik anak serta pergi ke bengkel kursus alhamdulillah.

1) Baju kotor rumah bersepah – puan biarkan anak habiskan main dan bila anak-anak melihat muka puan, jangan ada mimik marah, jeling atau masam, tetapi puan cuba senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif).

Parut Suntikan BCG tidak berbekas

Parut suntikan BCG anak tidak berbekas , terpaksa ulang ke klinik untuk mengambil suntikan BCG semula. Ini pengalaman “motherhood life ” , di mana dengan suka citanya saya nak berkongsi dengan keluarga di luar sana , mana lah tahu lepas ni ada yang mencari info. Dah jadi lumrah di Malaysia , jika ank bersekolah di sekolah kerajaan , di awal tahun ada sesi lawatan dari JURURAWAT Klinik ibu dan anak. Laila .. anak saya berumur 6 tahun , tadika di Pra sekolah keraajaan , jadi secara tidak langsung menerima lawatan kakak misi yang comel-comel tu.

Saya ada terbaca , ada ibu yang risaukan parut di bahu bayinya , dia ingin merawat bekas suntikan untuk hilangkan parut , nasihat saya jangan la buat .. nanti dah besar sikit kena ambil suntikan lagi… kesian pula. Eh , tapi anak saya tak ada pun buat rawatan apa-apa masa bayi dulu. Cuma parut tu tak timbul . Bak kata kakak jururawat , mungkin jururawat dulu ter suntik dalam isi.
laila - parut bcg tiada bekas