Bagaimana Ingin Mengembalikan Oxidize Silver Selepas Hilang
Susah juga nak tulis tajuk ini. Kebanyakkan tips dalam bahasa english. Dan saya tak dapat cari perkataan “Oxidize Silver” yang sesuai untuk di jadikan tajuk. Oh abaikan bahagian ni. Disini saya nak cerita berdasarkan pengalaman seorang kawan penggemar pandora. Satu hari beliau membawa gelang dan charm pandora untuk di cuci di kedai silver. Beliau tak tahu , bahawasanya , barangan pandora tak boleh di cuci dengan kaedah silver biasa. Kerana chemical yang di gunakan di kedai silver lebih kuat dan akan menghilangkan “Oxidize”. Oxidize ni sengaja di design kan oleh pandora agar charm kelihatan cantik menawan.
Terima kasih kepada google sebab setelah di google terjumpa satu website yang mengajar cara nak kembalikan oxidize tu semula. Sedihlah kan , barang mahal tu .. walaupun bukan emas , ianya berharga di hati peminat tersendiri. Setelah di cuba nampaknya tips tersebut berjaya. Saya akan tunjuk kan gambar satu demi satu step yang telah kawan saya buat.
Pandora pertama
Pandora pertama katanya. Teringin sangat …. sangat teringin .. so update la status di facebook , en suami yang di perantauan pun nampak .. di komen ” macam-macam la sayang ni ” dan aku berdebar .. alamak dia nampak pulak .. selalu macam tak online je di facebook. Entahla ek .. en suami macam suka aku update status fb tu kerap-kerap , kalau tak update .. diam je.. dia semacam jelous .. dan dia akan call dengan macam-macam soalan. Sebab tu lah juga selalu update , buat apa .. sekian .. sekian.. nasib lah duduk jauh-jauh ..
Dia di tengah laut , nak harapkan call tanya itu ini kadang-kadang line tak berapa elok. Bila dia letih , dia tengok facebook dapat lah tahu cerita bini dan anak-anak dia .. rasanya la .. So kalau ada yang rimas dengan status den .. unfriend je lerrr … Antara yang ada dalam gambar moment aku :
- Sea glass murano : sebab suami ada di laut
- TT Queen bee : melambangkan aku sendiri. Nama bee kan.
- Charm L : Pun nama sendiri.
- Burst Clips : Tak kisah sangat bentuk clips ni , asalkan boleh guna , bracelet memang kena pakai clips , tiba-tiba ada adik manis jual murah , baru lagi tu , kotak ekslusif lagi tu. Sambar terus.
- Bangle Limited Edition Star , saja je beli preloved buat koleksi.
Pandora menghantui
Saya sekadar meluahkan rasa .. akhir-akhir ni tak boleh tahan … asyik tengok satu group PANDORA ORIGINAL & PRELOVED di facebook. Tak boleh tahan ………
Dah terbeli satu bangle LIMITED EDITION STAR dan satu charm huruf L. Dan cadang nak minta dana sikit dari suami tambah charm , murano ke apa-apa je la kasi penuh. Tapi dia nak beli lepas dia balik. OMG .. dia sekarang di Johor dan akan belayar ke Kalimantan pertengahan April ni. Agak-agak bila nak balik bang ? lambat …. huhuhu ~
Nak kena cari satu murano untuk hiasan , lepas tu tunggu suami belikan .. masa tu baru best .. boleh paw banyak-banyak .. kalau duit sendiri kedekut kedekut lah sikit ..duit suami takpa … ok falsampah hidup den ..
Eh dia kena belanja saya tau .. bertungkus lumus jaga anak sesorang ..
Eh lagi .. PANDORA luar negara buat promotion .. beli apa-apa charm berharga AUD150 dan akan dapat 1 bangle “always in my Heart” PERCUMA. Kalau convert ke duit Malaysia , sekarang ni dalam RM450.00 .. mungkin akan naik turun sikit kan. Adoiiiiii . nak beli promo ni , abang tak balik lagi … sabar je lah wahai hatiku yang suci murni ..
GST takde dalam promotion tu .. ada seller yang memang selalu ke Australia belikan .. tak beli di Malaysia ..