Perjumpaan Blogger Pembuka 2014

SALAM DAN HAI .. Mungkin ini pembuka cerita / kerjaya sebagai blogger sambilan dan mungkin juga ini penutup. Bukan maksudnya nak berhenti dari berblog. Tetapi mungkin ini lah perjumpaan blogger terakhir. Saja mencuba keluar untuk berjumpa dengan PR dan rakan-rakan blogger lain.

anak blogger

SUSAH.

Jika bawa anak kecil ramai dan ingin membuat kerja , berbincang dengan tenang.  Ya ampun..

Saya seorang ibu yang berdikari 100% . Bukan bangga .. bukan juga minta simpati. Tapi ini lah kenyataan nya. Mujur adik bongsu datang dan tolong saya menguruskan anak-anak. Walaupun sebenarnya saya boleh menjaga 4 orang anak ni sendirian. Tapi mak saya di kampung pula risaukan saya.

Suami saya bekerja di Jakarta sekarang ni. Mencari nafkah. Ada orang kata ” kalau aku tak sanggup la ..”  ya saya hanya mampu tersenyum.

Bagi saya .. kalau merungut banyak sangat takut Tuhan tarik balik rezeki. Suami bekerja jauh juga rezeki buat kami sekeluarga. Insurans untuk anak-anak di masa depan.

Kelat kan ? tak apa .. saya simpan rindu saya demi keluarga terchenta . Gitu.

pertama kali bawa baby tanpa orang pegang semasa memandu.
pertama kali bawa baby tanpa orang pegang semasa memandu.

Hari Pertama Husna & Buku Teks

Pengalaman yang tak mungkin di lupakan. Tahun 2014 ramai anak murid tahun 1 tersepit celah kerusi kan ? Husna juga ada kisah nya tersendiri. Kelakar habis. Kalau ingat cerita dia ni boleh buat saya gelak sampai menitik air mata.
husna tahun 1

Husna jatuh longkang .. kesian dia .. hari pertama kan .. dah 2 bulan cuti makan tidur je .. bangun lewat sekali kena bangun awal .. mengantuk agaknya. Lepas balik dari sekolah .. saya parking kereta . maksu , kakak dan syamim dah naik atas. Husna jalan selepas diorang. Saya lambat sikit sebab nak kunci kereta dulu.

Husna dah merungut beg berat. Tolong lah bawak.

Tapi semua orang tak layan dia. Ibu nak angkat beras 5kg , sabun 3kg dan banyak lagi barang dapur. Maksu dukung syamim. Kakak ada beg sendiri. Jadi terpaksa la bawa beg sendiri.

Pengumuman Pemenang Shopping di Uor.my

Salam dan hai .. Maaf semua yang menantikan pengumuman contest meneka jumlah shopping saya kelmarin. Tidak ramai yang meneka. Jadi mudah hendak membuat pemilihan. Agaknya blogger sibuk dengan urusan sekolah anak-anak kan. Takpe ..di bawah adalah bukti shopping saya kelmarin. Dan tukang komen yang paling hampir adalah sicantikmatahari .. baca komen mereka di entri #CONTEST : Shopping baju anak murah dan berkualiti secara online Tahniah ...... anda boleh claim hadiah di Facebook atau Email ok .. yang belum berjaya usaha lagi. Coming soon ada lagi contest simle…