Makan

Cari laksa sedap yang kena di tekak di Kuala Lumpur susahlah. Semua tak sama dengan cara masakkan sendiri. Ada je yang tak sama. Sedap juga tapi tak sama. Walau apa pun allhamdulillah .. sebab masih ada rezeki untuk makan. Ni laksa di food court baru buka di UO Galaxy Ampang. Tak pernah pergi saja je cuba. Mana lah tahu kot ada benda best . Nampak nya biasa sahaja. wallpaper 5

Ibu dan Kakak Aliya pesan laksa. Husna bihun sup ayam. Syamim bubur nasi ayam. Laila ambil set meat ball. Ala hai laila .. meat ball tu biasa je serupa ibu beli dalam plastik dan balik rumah goreng sendiri. Sosej pun biasa je bukan home made. Tak berapa lah rasa dia. Biasa je. Bukan meat ball ikea. Ibu rasa sedap lagi bubur nasi syamim. Dan harga pun jauh lebih murah. TAPI…. yang meat ball set ni lah paling cepat habis diorang makan. ish….