Rasanya kena tipu lagi.
Baru 3 hari lepas hantar iphone 5 ke kedai untuk di perbaiki. Kisahnya … Dulu saya pernah ceritakan dalam blog ini kena tipu beli iPhone 5 konon konon original dengan harga up sikit dari iPhone 5 set AP. KONON KONON YA. Saya dapat tahu pun semasa skrin iPhone 5 pecah dan saya bawa pergi perbaik di kedai memandangkan tak boleh claim waranty. Ceritanya ada disini — Tukar Bateri iPhone 5 – Bateri kembung . Saya tukar di tesco extra ampang je .. RM120 dapat WARANTY 6 BULAN jika bayar RM79 dapat WARANTY SEBULAN. Saya ambil lah yang waranty 6 bulan. Bateri kalau nak rosak bukan dalam masa sebulan ye dak .. benci la .. mahal bebenor .. tambah benci sebab dapat set tak original.
Konon konon original sangat lah ye. Eii geram betul. Selepas pakai beberapa bulan. Skrin iphone tu tercongek sikit. Tau tak tercongek tu apa ? dia macam terkeluar atau terangkat kot. Keee terkopek. Saya ingatkan masaalah skrin tu. Rupaya masaalah tu datang dari bateri.
Baru tahu ja ni. Kan dah tukar bateri original konon konon nya dengan harga RM150. Lepas tu sakit hati tak ? bila dapat tahu bateri tu tak original dan murah ja. Saya hantar perbaik di kedai baru ni baru RM60 … RM60 weh .. geram nya lah hai. Tipu orang hidup hidup. Abang yang repair tu sekali pandang ja dia tau. Tu bateri kembung bukan masaalah skrin. Apa ? kalau ku tahu dah lama bawa pergi kedai di tesco dan claim waranty sebab memang tak sampai 6 bulan lagi pun dah iphone tu tersadai.