Kurung moden

Hari ni raya haji pertama kali pakai baju kurung moden hasil tangan sendiri , sejak belajar menjahit terus ambil tempahan sampai tak sempat buat baju sendiri. Bila pakai baju hasil tangan sendiri rasa puas hati dan bangga sangat-sangat.
kurung-moden

Kerana sebelum ni ada orang tu kata , saya ni belajar menjahit hangat hangat tahi ayam je. Sedikit sebanyak rasa tercabar juga. Ya la dah lebih 10 tahun jadi surirumah memang la tak ada sesiapa pun nampak hasil pengorbanan kita. Sedih juga hati bila mengenangkan .. orang fikir seolah olah kita ni tak mampu belajar dan hasil kan apa-apa ..