Hari ini 20 mei 2021 – kes covid19 tertinggi dan kes kematian tertinggi di rekodkan
Kes positif harian (6,806) hari ini adalah tertinggi pernah dilaporkan. KKM menjangkakan kes positif harian akan terus meningkat. Aku rasa akan menigkat jugak. Memang susah dah nak turun dengan keadaan orang yang degil yang nak jugak beraya di kampung hari tu. Alahai tak tahu nak kata apa dah. Hari ini sekali lagi kes kematian tertinggi direkodkan iaitu 59 kematian. Tak risau ke ? Aku duduk di selangor ni makin risau , kami dalam keluarga hanya suami je yang kerap keluar kerana bekerja , bekerja pula bidang essential…