Ogos

Ogos

Ogos ni persiapan apa yang keluarga yang ada anak ramai bersekolah kawan-kawan ? Untuk aku Daftar anak ke tahun 1 dapatkan cop pengesahan di sekolah. Korang dah buat ke ? Last hujung bulan 9. - Syamim Aku ada 2 orang anak yang akan ambik peperiksaan besar , UPSR dan PT3. Aku nampak rilek je tapi dalam hati ALLAH je tahu. Semoga ALLAH bantu anak-anak aku. Nak bg tuisyen duit tak berapa meriah. Jadi deme belajar lah sendiri2 saja. Moga di beri kesempatan merasa kejayaan ya anak-anak -…

Cerita Raya 2016 Kami

Allhamdulillah di beri nikmat beraya dalam keadaan sihat. Saya tunggu keajaiban sebenarnya , mana lah tahu misteri akan terungkai tahun ini dan pada raya kali ini , tetapi tidak terungkai juga. Jadi jauh di lubuk hati masih berharap misteri itu terungkai sebelum saya sendiri menghembuskan nafas terakhir. Hanya orang yang tahu je akan faham maksud mukadimah ini. Pada hari ke 29 kita berpuasa , tokwan saya meninggal dunia. Jadi kurang sikit meriah raya ini. Semua adik beradik yang telah bekerluarga balik. Allhamdulillah. Walaupun ada sedikit kekecohan, biasalah .. anak joma kalau tak kecoh sikit bukan anak joma la … Tetapi tetap , semua berkumpul dan layan kehendak mak nak beraya di mana dan kemana. Yang penting tu .. MAK.

Susah ni nak ingat balik. Raya pertama pergi mana ekkkk .. huwaghh pecah kepala fikir. Rasanya .. raya pertama suami pergi melawat kubur arwah ayah nya dulu. Waktu pagi , waktu bersalam salaman dan makan ketupat rendang. Kemudian kami  beramai-ramai konvoi ke Bagan serai , melawat pakjang. Kemudian kami ke .. ah .. lost .. tak ingat langsung raya pertama ke mana .. hihihiihi .. ampun. Malam tu ada lah pergi beraya rumah makngah yang telah kehilangan pakngan beberapa bulan lepas. lepas tu memang tak ingat dah buat apa pada hari raya pertama tu.

raya 1

Satu family kami. Semua tema hitam. Kelam kabut pilih warna .. dan tempah secara online dengan kawan di johor. Saya di Kuala lumpur , kawan di Johor.. semua cantik terletak .. allhamdulillah.