Punca dan kesan keracunan makanan
Punca dan kesan keracunan makanan : Baru baru ini anak saya sendiri telah megalamai keracunan makanan , setelah pulang dari membuat lawatan bersama – sama rakan sekolah. Mereka mengikuti rombongan yang telah di anjurkan pihak sekolah. Gambar adalah dari cikgu husna. Terima kasih cikgu hantar gambar di whatsapp.Setelah husna balik dari lawatan , malam tu dia muntah dan cirit birit , esok nya dia demam.
Saya memberi tahu cikgu dan mendapat tahu dari ibu bapa kawan-kawan husna ramai lagi kawan-kawan husna juga mengalami gejala yang sama. Malahan ada seorang cikgu sendiri pun turut keracunan makanan.Apa boleh buat lagi , terus saya bawa jumpa doktor. Dah lah keadaan berjerebu baru-baru ini menyesakkan hidung.
Tak ada apa-apa isu di sini , perkara telah pun berlalu. Cuma ibu bapa pula lah kena buat rawatan secepat mungkin , takut – takut melarat pula sakitnya. Di bawah saya kongskan info biasa tentang keracunan makanan. Akan datang saya akan tulis tips pula untuk menjaga dan merawat anak yang telah pun mengalami keracunan makanan.
Apa itu keracunan makanan?
- Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
- Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2007 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).
Apa yang menyebabkan keracunan makanan?
Punca keracunan makanan:
- Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
- Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai.
- Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum.
- Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang.