Sahabat, bila malam Nisfu Sya'ban?

Sahabat, bila malam Nisfu Sya’ban? Mudahnya macam ni; Sabtu 21/5/2016 adalah 14 Sya’ban. Ahad 22/5/2016 adalah 15 Sya’ban. Jadi malam Nisfu Sya’ban itu ialah Sabtu malam Ahad. Anda faham?Alhamdulillah, bagus. Imam Syafie mengingatkan bahawa malam Nisfu Sya’ban ini adalah antara malam dimaqbulkan doa. Jangan lepaskannya.

masjid

Saya harap masih belum terlewat untuk saya berkongsi sedikit info tentang kelebihan malam ini :

1. Allah mengampuni dosa-dosa para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam Nisfu Sya’ban ini.

Tips untuk ibu bapa ketika anak sedang periksa.

Scroll facebook nampak kawan share tips untuk ibu bapa ketika anak sedang periksa. Terus niat nak tulis letak di blog untuk rujukan diri sendiri dan sebarkan kepada lebih ramai ibu bapa. Kalau ada ramai ibu bapa yang baca blog puanbee lah.

Hari ni hari pertama anak yang nombor 3 tu periksa. Tahun 1 kan. Si kakak aliya dan kakak husna tak ada lah terasa apa sangat sebab dah biasa. Padahal si kakak tu nak UPSR tahun 2016 ni. Punya lah mak dia pulun tidur awal. Bangun awal , sekali jalan sesak teruk ya amat. Kenapa tah KL ni. Makin lama makin teruk. Lagi tambah jalan , lagi tambah MRT , LRT , HIGHWAY , TRAFFIC LIGHT lagi teruk sesaknya. Pening dah kepala ni nak drive di KL setiap hari. Rasa nak pindah balik duk taiping.

peperiksaan

Berbalik kepada tips untuk ibu bapa ketika anak menduduki peperiksaan. Benar kan.. doa ibu bapa itu mujarap. Lagi -lagi ibu .. jadi marilah kita doa banyak-banyak. Supaya anak mendapat berkat .. untuk menjawab soalan peperiksaan. Belajar tu dah belajar dah usaha tu dah usaha dah. Tinggal lagi doa je lah dari ibu bapa.

Kadang – kadang ..

Malam ni terasa syahdu dan boring. Lalu saya pergi membaca luahan hati para isteri di page facebook Kisah Rumah Tangga (korang boleh search kalau nak baca. ) Ada 1001 masaalah dalam perkahwinan. Ada pula pelbagai ragam dan komen komen dari pembaca. Saya tertanya-tanya. Bagaimana dengan meluahkan perasaan di facebook begitu dapat merubah nasib diri sendiri ? Apa penyelesaian nya ? kita sebagai isteri luah perasaan pun , suami kita tak baca. Jadi di mana kesudahannya ?

go right . go left ..

Kesian, ramai isteri di hinggapi pelbagai masaalah. Dari sekecil-kecil masaalah sehingga lah ke sebesar-besar masaalah. Tapi di mana suami yang bermasaalah ini ? Mereka ambil peduli kah ? mereka akan berubah kah ? buat penat je uols ..  manusia ni kalau tak kena tunjal sekali dengan tuhan. Selagi tu tak akan sedar. Tak kan insaf. Tunggu masa menentukan.

Saat di uji

Saat kita di uji.. buatkan kita semakin "sedar" tidak semestinya kita suci dari semua kesalahan. Ujian adalah untuk menyedarkan hakikat kehidupan kita di duna ini. Semakin hebat ujian yang ALLAH berikan adalah untuk menguji sama ada kita beriman kepadaNYA atau sebaliknya. Firman Allah swt dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 155 - 156: " Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata innalillahi wa inna…

Cara Melawat Orang Sakit Yang Nazak

Assalamualaikum dan Hai , Terlebih dahulu .. Marilah kita sedekah AL-FATIHAH buat mereka yang telah pergi. Baru-baru ni saya melawat pakngah saya. 6 hb 3 2016 , saya bertolak dari kuala lumpur ke taiping , saya pergi ziarah pakngah kejap pada 7 hb 2016. Kemudian saya balik semula ke kuala lumpur pada malam 7 hb tu juga. Sampai ke KL jam 5 pagi. Sebenarnya agak terkilan kerana saya tak tunggu. Kemudian dengar berita sesungguhnya arwah pakngah saya telah pergi menghadap ILAHI pada 8 hb 3 jam 7.30…

Bimbing anak buat keputusan elak tertipu

Bimbing anak buat keputusan elak tertipu SEMAKIN zaman bertambah moden, dianjurkan supaya ibu bapa mempertingkatkan prihatin dan 'cemburu' kepada anak mereka. Penipuan dan penganiayaan mudah sekali berlaku ke atas anak dan jangan sesekali menyangka dia sudah berpelajaran tinggi, dia pandai membuat keputusan sendiri. Hakikatnya, tanpa bimbingan sesiapa saja mudah tertipu tanpa mengira kelulusan atau taraf hidup mereka. Ketua Pengarah Pendidikan, Yayasan Takmir Pendidikan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mahyuddin Ashaari, berkata, Allah berfirman di dalam surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: "Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu…

Matahari di Atas Kaabah Pada 28/5/2011 – Semak arah kibalt –

Salam Bahagia :) Morning ..heheh pagi - pagi ni meh nk share sesuatu yang baik ...adei ...tekak rasa perit cam nk demam jer....masak dulu lah ..korang layan info dan cara nk semak arah kiblat kita betul atau tidak ? baca artikle dibawah ni ...daa~ Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah kiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah kiblatnya tepat mengadap Kaabah. Alhamdulillah, setiap tahun ada 2…

Kongsi ! Hasad Dengki Dalam Pandangan Islam

Saya suka baca bab ni , muhasabah diri sendiri ... SUMBER : BUNGA MAS Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206). Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah bersabda bermaksud: ”Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya…

WAHAI ANAKKU MUHAMMAD

ALLAH melimpahkan berkat pada engkau. Wahai anakku dari Ibu. Yang sedang menghadapi maut. Engkau, diutuskan ALLAH Kepada manusia dalam lingkungan HALAL dan HARAM. Engkau dibangkitkan ALLAH membantu tauhid dan Iman agama nenek engkau IBRAHIM. ALLAH melarang engkau tidak boleh mendekati berhala,jangan besama golongan itu. (cukilan sajak Aminah binti Wahab, ibunda Nabi Muhammad s.a.w sewaktu akan wafat meninggalkan Muhammad yg berusia 6 tahun dan sedang bermain-main di sapingnya)

Adab Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Cara Islam

Dalam ajaran agama Islam,seseorang ibu yang sudah melahirkan anak dan kemudiannya baru sahaja menimang cahaya mata adalah amat disarankan untuk menyambut kelahiran bayi baharunya.Namun begitu tidak banyak perbezaan dalam melaksanakan adab menyambut kelahiran bayi dalam Islam sesuai dengan sifat agama Islam itu yang mudah dan praktikal. Panggilan bagi menyambut anak lelaki adalah disebut "Salamun Zakrun" yang bererti: Salam sejahtera anak lelaki.Manakala panggilan untuk menyambut anak perempuan adalah disebut sebagai "Salamun An-Nisaa" yang bererti: Salam sejahtera anak perempuan. Langkah menyambut anak yang baru dilahirkan Sesudah sahaja anak yang…