Husna & Laila di Milo Champions Clinic 2016
Assalamualaikum , Siapa yang ada pergi ke Milo Champions Clinic 2016 nih ? Tegur-tegur lah kita kalau terserempak ye. Saya daftarkan 2 orang anak iaitu husna dan laila. Kalau boleh nak daftarkan semua je , tapi si sulung dengan si bongsu umur tidak menepati syarat. So simpan sikit gambar di sini. Korang nak tengok live update kena follow intagram lah .. Instagram saya @puanbee. Biasa nya apa-apa gambar sampai ke ig dulu. Blog lambat … kadang-kadang tak update langsung.
Hari jadi Husna dan Damia
Zaman kegawatan ekonomi ni kita buat sekali jerrr . Hari jadi husna lambat lagi 26/5 tarikhnya. Tapi di sebabkan hari jadi damia dah lepas dan biasanya memang buat potong kek sekali je .. untuk memeriahkan suasana dan buat makan-makan sikit. Tak ada lah sambut sampai buat kenduri bagai. Antara menu lain Bihun sup tulang. Air sirap lemon di tambah dengan makanan sampingan lain. Allhamdulillah kenyang makan.
Husna 9 tahun dan damia 6 tahun. Cepatnya masa berlalu. Pejam celik anak-anak dah besar. Husna tahun 1 dulu di sini . Untung ada blog. Seolah-olah scrapbook bertahun tahun lama nya.
Hari Pertama Husna & Buku Teks
Pengalaman yang tak mungkin di lupakan. Tahun 2014 ramai anak murid tahun 1 tersepit celah kerusi kan ? Husna juga ada kisah nya tersendiri. Kelakar habis. Kalau ingat cerita dia ni boleh buat saya gelak sampai menitik air mata.
Husna jatuh longkang .. kesian dia .. hari pertama kan .. dah 2 bulan cuti makan tidur je .. bangun lewat sekali kena bangun awal .. mengantuk agaknya. Lepas balik dari sekolah .. saya parking kereta . maksu , kakak dan syamim dah naik atas. Husna jalan selepas diorang. Saya lambat sikit sebab nak kunci kereta dulu.
Husna dah merungut beg berat. Tolong lah bawak.
Tapi semua orang tak layan dia. Ibu nak angkat beras 5kg , sabun 3kg dan banyak lagi barang dapur. Maksu dukung syamim. Kakak ada beg sendiri. Jadi terpaksa la bawa beg sendiri.