Family Travel : Ke Cameron Highlands 3 hari 2 malam
Hi pembaca blog puanbee. Saya tahu walaupun jarang sangat update blog ni , ramai yang singgah membaca termasuk baca entri lama saya. Terima kasih sangat saya ucapkan buat kamu semua. Sekarang memang agak sibuk dengan hal keluarga dan bisnes suam – suam kuku tu. Cuti sekolah pada september lalu kami sekeluarga melawat Cameron Highlands , perjalanan kami kali ini tidak di rancang , spontan sahaja si ayah mengajak kami semua bersiap dan terus bertolak dari Taiping ke Cameron Highlands , perjalanan mengambil masa cuma 2 jam lebih.
Syamim dan ibu di KEA FARM – Kami tidak mengambil mana-mana pakej , terus terjah ke sana dan cari hotel. Agak susah hendak membuat pilihan hotel kerana terlalu banyak pilihan. Setelah penat pusing-pusing dari bawah bukit ke atas bukit dan menuruni bukit , naik semula ke tanah rata. Kami membuat pilihan untuk terus daftar masuk ke ARANDA NOVA HOTEL. Bagi kami , hotel ini sangat lengkap dan sesuai untuk famili yang ada ramai kanak-kanak seperti kami. Review akan di lakukan di dalam post lain.( review klik sini ) Al-maklumlah terlalu banyak gambar.
Saya suka konsep hiasan begini , terasa jika satu hari nanti di takdirkan saya berpindah dan tinggal di rumah yang ada sedikit tanah , boleh lah bercucuk tanam macam ni.