Kisah di akhir september
Assalamualaikum, rasanya nak tulis panjang-panjang la pulak. Ada orang nak baca ke ? tak nak takpa la , tak paksa. Julai , Ogos dan September sangat sangat mencabar diri sebagai isteri dan ibu. Kadang-kadang menagis sendiri. Rasa macam nak terjun banggunan pun ada. Rasa je tau. Tapi bila tengok muka anak-anak , rasa diri ini kuat semula. Julai dan Ogos sehingga sekarang. Suami bekerja tak dapat gaji. Tak faham dengan syarikat tu. Sesetengah pekerja dapat gaji. Sesetengah pekerja tak dapat. Kot ye pun ekonomi tengah teruk. Anda syarikat besar tak kan basic pun tak boleh dulukan. Dah memang tak ada elaun apa apa pun sejak kata oil & gas semakin teruk ni.
Teringat ada orang cakap “ kalau duit tu masalah itu bukan masaalah sebenarnya. ” Bagi saya tak ada duit masaalah juga. Hidup di zaman mencabar di tengah bandar , bukan senang nak survive. Patut la ramai orang KL gila. Baik tua , baik muda. Baik agama apa pun. Banyak sangat di sekeliling kita becakap cakap seorang diri. Saya tak gila sampai nak cakap seorang diri , tapi masih boleh bercakap dengan blog.
Sejak sedar , ekonomi tak menentu sekarang tu la saya pergi belajar menjahit. Sebenarnya penat . Badan ni rasa tak boleh tampung , selalu letih dan sakit sakit badan ni. Pagi selepas hantar anak ke sekolah , saya memandu kereta 45 minit untuk ke kajang belajar menjahit. Dalam jam 11.40 macam tu saya dah kena balik. Jam 12 ambik anak sedara , jam 12.50 anak sendiri , jam 1 anak doktor , jam 1.26 anak sendiri. Jam 2 anak sedara dan anak doktor. Semua sekolah lain lain. Semasa aliya UPSR , saya ambik dia jam 4. Hari hari macam tu. Kalau ada kerja berkaitan pejabat pos saya akan selit di antara waktu di atas. Penatnya Masyallah. Selalu pujuk hati ni. Akan ada manis nya di kemudian hari.
Dalam pada kalut belajar , ambik anak sendiri , anak orang dan anak sedara seramai 8 orang tu , saya jual emas di facebook , dropship saja dengan kedai dekat dekat.Untung boleh la buat belanja anak. Sempat juga menjahit. Tu baju di atas , cardigan tu saya jait sendiri tu , suka betul tengok intagram orang dubai dan arab sana. Semua fesyen menarik hati. Saya ambik juga tempahan kalau ada yang nak tempah. Badan tak sama size elok lah tempah. Murah je upahnya.