DIY : Tempat gantung peralatan menjahit , gunting dan hiasan dengan bajet sangat minima .

 
Assalamualaikum dan hai , apa khabar ? harap semua sihat lah kan .. selain sihat kita juga hidup tenang walaupun sesibuk mana pun. Sejak dah pindah rumah ni mood mendekorasi dan menatarias rumah menjadi-jadi. Sampai tahap guna drill berat tu sendiri , sebelum ni tunggu encik suami buatkan. Sekarang tak tunggu dah. Semangat berkobar kobar selepas tengok mat saleh buat sendiri.
Nak tau cara buat sendiri (DIY) tempat gantung kunci  atau gantung gunting  atau boleh juga di gantung peralatan lain termsuk lah pasu bunga kecil-kecil seperti gambar di bawah ?
Caranya senang sangat. Murah pun ye. Peralatan yang di perlukan semua ada di kedai hardware. Pergi je lah minta nanti dioranag akan tunjuk. Saya sumpah. Nama kayu pun tak tahu.

Peralatan yang di perlukan adalah seperti di dalam gambar di bawah.

Realisasikan impian

Impian nak pindah rumah dah pun tercapai allhamdulillah . Tetapi . YA! ianya datang serentak dengan dugaan lain. Ini jalan yang Allah beri untuk diriku yang hina ini. Dugaan yang datang tersirat seribu satu pengajaran. Masa ini kita kenal erti "hitam putih kehidupan" , kita menyelami erti " rambut sama hitam hati lain lain " , kita belajar mengenali " mana duri , mana madu " . Diharapkan selepas ini ada sinar baru . Harap-harap usaha tidak separuh jalan. Harap-harap tercapailah apa yang di hajati. Insyallah. Status…

Syamim 3 tahun – 11.11.16

Assalamulaikum , syamim dah masuk 3 tahun pada 11.11.16. Cepat nya masa berlalu kan. Sekarang ni syamim masi lagi menyusu susu ibu. Tak mau air / susu lain. Bercakap agak pelat. Tetapi syamim menjadi anak paling romantik , paling sweet talking , paling pandai memuji orang. Pampers masih lagi pakai. Berapa hari dah cuba ceraikan pampers tu. Tapi budak dah cerdik , sendiri ambik pampers nak pakai . Selamat hari lahir anak ibu. Walaupun syamim selalu ngaku anak ayah je! Doa ibu .. tak ada lain ..…

Potong line streamyx , Langkah penjimatan kos

Assalamualaikum , Hai … apa khabar semua ? hee berita gembira kat korang , sekarang potong streamyx boleh bagi alasan langkah penjimatan kos tau. Saya sebenarnya malas nak register baru di rumah sewa baru , jadi potong saja lah. Salah satu sebab nya nak jimat kos juga lah. Sekarang semua mahal lah. Terasa betul. Tetapi ..

Semasa nak potong line saya pergi ke kaunter TM Point , bil saya sebulan RM134. Tak sangka pula ye. Kalau kita nak potong sebab nak jimat  pegawai tu offer kepada saya RM100 sebulan , jika saya nak teruskan langganan. Wah !  kalau tau dah lama buat. Jimat RM34 sebulan tau. Hurmm tapi dah lewat lah.potong-line-streamyx

Lepas potong TM Streamyx , pergi langgan u-mobile hero pakej pulak. RM98 sebulan. Tukar nombor yang sama dari tunetalk ke umobile. Tunetalk pun bukan elok sangat. Line internet laju tapi kalau nak bercakap macam dalam gua. Walaupun tunetalk sebenarnya best. Topup RM30 dapat percuma 1gb data. Topup RM50 dapat percuma 1.5gb data. Tetapi .. saya jarang call orang. Semua whatapp saja. Call mak pakai telefon rumah.

Itu dulu , sekarang kena call mak guna mobile lah. Lagi pun takpe sebab umobile bagi unlimited call ke mana-mana nombor.

So saya jimat

RM134 + RM30 – RM98 = RM 66

Husna & Laila di Milo Champions Clinic 2016

Assalamualaikum , Siapa yang ada pergi ke Milo Champions Clinic 2016 nih ? Tegur-tegur lah kita kalau terserempak ye. Saya daftarkan 2 orang anak iaitu husna dan laila. Kalau boleh nak daftarkan semua je , tapi si sulung dengan si bongsu umur tidak menepati syarat. So simpan sikit gambar di sini. Korang nak tengok live update kena follow intagram lah .. Instagram saya @puanbee. Biasa nya apa-apa gambar sampai ke ig dulu. Blog lambat … kadang-kadang tak update langsung.

Macam mana la ibu tak membebel ?

Assalamualaikum dan hai semua .. hurmmm nak luah perasaan lagi. Semoga bila anak dah besar nanti baca lah niat murni ibu. Di harapkan anak-anak faham dan maafkan ibu. Saya ni bukan lah sejenis perempuan yang suka membebel. Saya suka duduk diam diam dan buat hal sendiri. Dulu sebelum berkahwin , saya seorag yang happy go lucky orang kata. Mudah ketawa dan buat lawak bodoh. Tetapi sekarang .. jauh berbeza. Sekarang baru faham kenapalah mak kita dulu membebel jek kerjanya. Dulu mak saya start jam 6 pagi dah…

Kebetulan

Assalamualaikum dan hai .. apa khabar ? Kali ni nak tulis sangat sangat cerita ni. Banyak sangat cerita kebetulan. Sama ada ianya kebetulan atau sebenarnya bukan kebetulan tetapi telah di aturkan oleh NYA. Nah nak nyanyi sikit.

Sesuatu yang tak disangka
Sering kali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan ???

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kujujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan pelbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati ???

+++++++++

Okay berbalik kepada cerita. Ambik yang baik-baik sahaja ye. Saya bukan nak jaja cerita , meraih simpati atau pun nak burukkan sesiapa. Saya cuma nak luahkan dan jadikan iktibar. Saya faham kehidupan memang begini coraknya. Mana ada hidup yang indah je.

Mama Muda Juice : Rahsia Mama Kekal Cergas Sihat Luar Dalam

Assalamualaikum dan Hai .. Nak tahu rahsia mama mama di luar sana dapat kekal cergas sihat luar dalam ? Nak tahu bagaimana wanita yang telah berkahwin menjaga diri sendiri agar sentiasa HOT di hati Abang ? Sesambil tu saya nak ajak korang jadi muda dengan Mama Muda Juice. Saya nak kongsikan satu amalan yang saya sendiri suka buat sepanjang beranak empat ni. Di mana kalau saya sendiri tak ambil / tak amalkan saya sendiri akan terasa seram sejuk. Bukan abang a.k.a suami je rasa seram sejuk ..…

Lady driver : Tukar bateri kereta

Assalamualaikum dan hai. Saya baru je update tukar pluq kereta kan dalam entri ini  . Lepas tu minggu lepas , kereta dua kali tak dapat di hidupkan. Sekali tu minta tolong adik ipar buat jumper. Sekali lagi buat jumper langsung tak jalan. Suami jauh dik non ..jenuh fikir nak hantar anak ke sekolah tak boleh. Hari sabtu terpaksa la ke kedai berjalan kaki untuk panggil uncle bengkel tu tolong tukar bateri. Lupa pula nak simpan nombor telefon. Geram juga ni , jenuh survey harga bateri kereta innova di…

Manusia

Manusia suka agungkan title , contohnya title suami .. isteri kena hormat suami walau apa pun terjadi. Suami pun bukan semua perfect macam Nabi. Isteri pun bukan semua perfect macam malaikat. Semua tak sempurna. Bila isteri dah mula berperangai pelik , suami kena tengok apa salah yang dia da buat. Tapi tak . Dia lah manusia paling sempurna sampai tak nampak langsung salah dia. Kalau lah isteri tu tak sabar dan di canangkan satu dunia salah si suami. Comfirm tak akan ada yang hormat lagi si suami tu.…