Allhamdulillah – Mohamad Adam Rizqi

Allhamdulillah , memori tercipta apabila selamat melahirkan anak ke lima kami. Selamat datang Mohamad Adam Rizqi.

Masa berlalu cukup pantas . Petang sakit pinggang sikit , ibu sempat menjahit lebih 50 getah rambut. Kemudian pergi hospital sungai buloh. Esoknya adam selamat di lahirkan. Normal dan ada sedikit jahitan. Allhamdulillah selamat walaupun ada sedikit kompilasi. Adam terlalu besar sehingga sangkut bahunya.

Sekarang usia adam dah pun masuk 41 hari dah. Allhamdulillah ibu dan anak sihat. Ibu dah mula nak menjahit semula. Dan kerja kerja blog pun di teruskan seperti biasa.

Gambar2 di instagram banyak ..  🙂


Update di fb pada 12/3 .. haa lawak.. sakit sikit saja ..tu lupa. Read More

PERKEMBANGAN SAYA DI 38 MINGGU KEHAMILAN

38 MINGGU KEHAMILAN DAH !!!!! Rasakan .. nak menjerit.. dalam hati ni kadang-kadang berdoa semoga baby cepat keluar , kadang-kadang berdoa supaya baby lambat sikit keluar supaya ibu dapat menjahit dan siapkan tempahan sikit. Tapi kan .. ayah telah di offer kerja. Beriya iya bos tu nak ayah kerja dengan dia , walaupun bukan pilihan hati ayah sebab ayah suka kerja repair aicond je atau kata lain maintenence lah. Tapi dia kena kerja .. tak boleh mengada – ada la. Ni anak 4 nak suap makan + 1 lagi bakal di lahirkan. Ibu pun kena cuti lamaaaaaa …

Di sebabkan simptom kehamilan ibu kali ini lain sikit. Dulu-dulu beranak ke abang syamim. Di perhujung 39 minggu kehamilan ibu masih aktif boleh drive. Tapi kali ini. Jangankan drive ..nak angkat kaki tinggi sikit pun tak boleh. Dah duduk tak boleh bangun ,  dah baring tak boleh bangun. Merangkak-rangkak kalau nak bangun. So …ibu terpaksa bergantung dengan ayah sepenuhnya untuk di bawa ke mana-mana lagi-lagi hospital lah.

Jadi kami terpaksa minta hold kejap ayah masuk kerja tempat yang pertama offer ayah kerja . Di samping berharap ada kerja satu (kerja ke dua pilihan ayah ) lagi tu offer kerja. Dengar cerita orang dalam ada yang berhenti kerja. Kot kot ada rezeki kan.

Perkembangan ibu yang ibu rasa sekarang :

Kepala bayi dah betul-betul berada di lalan. Separuh dah dekat telinga nya kata doktor.

Kaki ibu bengkak 3 hari dah tak surut-surut , jadi kena pantau BP dah kena pergi ulang sehari sekali ke klinik. Takut darah tinggi naik tiba-tiba dan ibu sawan. Kerana baby dah besar jadi dia menekan urat-urat darah ibu yang besar katanya.

Dah semakin kerap rasa baby mengeras.

Semakin kerap ke tandas.

Ada keluar lendiran dah sejak dari kandungan 37 minggu.

Selain dari tu. Sakit bahagian vagina leeee.. sebab kepala betul betul engaged di bahagian bawah kan.

Dan ibu sangat susah nak tidur malam. Beralih kiri kanan tak kena. Jadi tunggu mengantuk betul baru tidur .

Jadi ..

Terkahir ..ibu sempat jahitkan sarung bantal dan sarung tilam baby je lah. Guna kain perca .. lebihan lebihan. Bantal dan tilam abam syamim punye ..

Ok .. siapa yang ada simptom sama dengan saya .. meh share .. komen di bawah.

Semoga para pembaca di blog saya happy selalu , dan di kurniakan rezeki yang pelbagai.

Nak siapkan beg baby pula lah.. Doktor sungguh sungguh yakin tu lagi 3 hari besalin.

Hahahaha … doktor doktor ..

 

Apa yang di takuti semasa mengandung – klinik gigi kota damansara

Assalamualaikum , hai .. apa khabar semua ? haaa siapa setuju jika saya katakan .. salah satu masaalah atau sakit yang akan datang semasa mengandung dan sangat di takuti oleh ibu mengandung biasanya …. ialah sakit gigi. Ya ampun … semasa mengandung kalsium amat di perlukan oleh ibu megandung untuk pembentukan tulang janin. Jika tak cukup. Ini lah salah satu effect nya … gigi reput wehhh .. sakit nya azabbb bagai nak mati.

Setiap kali mengandung mesti ada gigi kena cabut , sebab tu masa di awal kandungan ada satu temujanji kena jumpa dengan doktor gigi. Saya dah pergi jumpa doktor gigi dan dah tampal semua gigi bermasaalah. Kiranya boleh tarik nafa lega lah.

Tau-tau ada gigi reput lagi. Terus ke akar gusi. Sakitnyaaaaaaaaaaaaaa tuhan aje yang tahu. Jadi sakit gigi ni memang perlukan rawatan. Segera lah pergi jumpa doktor gigi ya. Takut nanti sakit nak beranak + sakit gigi mau kena penerajang siapa-siapa yang duduk sebelah tuh.

Di atas aalah jadual klinik gigi kota damansara , Biasalah klinik kerajaan kena ikut jadual lah. Tapi kenapa saya share jadualnya ni  ? Sebab klinik kota damansara klinik baru. Memang kemas dan besar … serta orang tak ramai sangat. Boleh lah kita terima rawatan dengan keadaan selesa sikit.

Saya pernah pergi klinik kampung pandan tak ada aircond , klinik kelana jaya pun tak ada. Tapi kota damansara ada .. haa tengah sakit gigi tu duduk dlm ruang panas dengan sesak dengan orang mau lah stress kan.

Jadi klinik gigi kota damansara ni ok sikit lah. Murah dan selesa .. penting tu zaman sekarang .

Tapi kalau ada duit lebih pergi swasta lagi cepat lah.

Ni duk tunggu hari nak pergi buat rawatan jenuh telan panadol dengan sapu balm tok syed tu haa .. Balm yang konon2 untuk baby baru pun habis ibu pakai…

 

Muka baru je baik demam selama 2 minggu , tak makan apa-apa minum air masak je .. eh bukan tak makan la … makan tapi semulut dua .. sehari sekali gitu je lah .. atau minum air milo aje .. memang tak ada selera dan kekuatan semasa demam tu.

Demam yang paling teruk dalam sejarah .. mungkin sebab penat sangat… jadi untuk sembuhkan diri memang sekarang tengah rilek , makan minum tidur cukup2 dan nak start menjahit balik dah. Dah la tu .. suami anak-anak semua demam. Syamim yang kecik tu siap kena ulang ambik darah .. di syaki ada denggi.. adoiyai teruk bukan main2 … Tapi allhamdulillah semua dah sihat kembali. Syukur dengan nikmat sihat yang satu ni.

Semua jahitan tempahan orang yang delay kena siapkan sebelum besalin anak ke 5 nanti .. sekarang dah 33 minggu usia kandungan saya.

Kerja sendiri. Tak kerja tak de RM …

tak sanggup pula saya catu makan anak-anak ni. 🙂

Blog ini sebahagian dari diari saya … kalau bosan harap di ampunkan yaaa …

Terima kasih kerana membaca …

Apa pun .. saya doakan kalau ada yang kurang sihat dapat sihat seperti sediakala ya … makan ubat dan minum air kosong banyak2

Tips mengurangkan sakit pinggang setelah duduk lama menjahit

Assalamualaikum dan hai semua .. apa khabar ? lama saya tak bersiaran kan , saya agak sibuk dengan order keluar masuk baju pra sekolah 2018. Fuh memang mendapat sambutan hangat .. testimoni banyakkk saya yang tak sempat update. Ya lah dengan tempahan jahitan pun banyak dan saya juga menanti hari nak besalin ni. Kalau ada masa memang saya tidur aje. Tapi ya lah .. letih pun kerja tetap jalan ya. Saya ni kerja tidak ber gaji bulanan , jadi tak boleh stop demi anak-anak tersayang. Suami saya masih belum dapat kerja laa .. huhuhu sadis.

Dugaan berbisnes macam-macam la hai .. menduga betui hati dan perasaan sensitif ibu mengandung .. haa tapi tak apa.. tetap cekal dan tabah demi mengharungi kehidupan gitu.

Tips mengurangkan sakit pinggang setelah duduk lama menjahit

Tips nya adalah , gunakan kerusi seperti di dalam gambar , ala-ala kerusi ceo di pejabat tu. Kerana kerusi jenis ini mempunya span tebal dan lapik belakang yang selesa dan sesuai dengan posture duduk. Kurang la lenguh.. bagi ibu mengandung .. hu hu hu toksah cakap la.. tak buat apa pun lenguh jugak. Tips ni mendapat feedback paling bagus di dalam group jahit yang saya join. Ramai tailor setuju dengan menggunakan kerusi jenis ini akan mengurangkan sakit pinggang dan tulang. Tukang jahit sepenuh masa kena jaga kesihatan juga ya ..

Kerja kerja juga , badan ni kalau tak sihat apa pun tak dapat dah. Ramai juga yang update emak dapat sakit saraf setelah sekian lama menjahit menggunakan mesin indstri tu kerana ada aliran elektrik di tapak penekan kaki tu. So tips dia sama ada balut segala tempat yang berhubung dengan kita , atau pun pakai selipar getah ketika menjahit.

Saya memang pakai dah selipar sekarang ni .. kaki selalu sakit la sejak2 mengandung ni. Kalau pakai selipar kurang sikit.Ayoyoyo sudah semakin tua ni. Macam-macam penyakit pula datang.

Okay lah .. nak tidur ..esok awal lagi dah kena pergi chekc-up perut .. waaaa ..2 minggu sekali dah sekarang.. bosan jugekkk .. tapi demi anak dalam kandungan kannnn ..

Nak beli baju pra ? tengok sini … tapi saya slow slow buat kerja , harap sabar yaaa ..

Open order baju PRA sekolah – Tshirt putih dan seluar sukan biru

 

Hari pertama cuti sekolah dan Katil ikea preloved

Assalamualaikum , hai hai hai. Hari pertama cuti sekolah. Dalam kepala nak buat banyak program lah berkenaan anak-anak. Tapi perkara pertama kena buat adalah kemas bilik anak dan rak buku. Rumah kecik saja , tak kemas setiap tahun macam ni memang tak boleh lah. Nanti tak cukup ruang.

Lepas tu , untuk beri suasana lapang dalam bilik , satu katil bujang terpaksa di lepaskan. Nak jual aje . tak mau simpan , memang tak ada ruang. Kalau boleh nak rumah macam rumah jepun . Lapang je gitu.

Katil ini di beli di ikea pada awal tahun hari tu. Masih elok. Tak ada rosak pun tapi memang nak luaskan ruang lah. Masing-masing dah besar. Si kakak pun rimas bilik sempit.

Dalam masa cuti ni cuma nak ajar mereka mengaji alquran dan baca buku bahasa english serta matematik. Lain tak adalah.

Mak pun terpaksa bekerja nak tampung kewangan ni memandangkan ayah tengah cari kerja baru.

Tak ada lain , harap ayah dapat kerja cepat. Risau sangat lah . Tahun depan nak naik sekolah. Mak pun nak beranak.

Doakan suami saya dapat kerja cepat ya …

sekian ,
Mak yang sedaya upaya membantu untuk keluarga.

Pakaian koboi sempena hari kanak-kanak 2017

Hihi .. saja je nak simpan kan gambar anak – anak sementara mereka masih kecil. Pertandingan pakaian ala koboi sempena hari kanak-kanak di sekolah mereka. Kakak aliya tak ada dah tema. Beliau dah sekolah menengah .. makanya Husna dan Laila je lah.. Tahun akan datang syamim pula.

Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).

Objektif Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia [World Children’s Day] yang diadakan saban tahun adalah untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada generasi kanak-kanak. Sambutan ini diharap dapat memberi kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab kerajaan dan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.

Pernah susah , pernah senang , jatuh dan bangun.

Assalamualaikum dan hai .. Korang tahu perasaan orang yang tengah susah dan masaalah datang bertimpa-timpa ? Saya baru je rasa bersemangat hendak menjahit untuk cari duit cash bayar sewa rumah. Jujur saya cakap, niat nak cari duit hanya untuk bayar bil utiliti dan sewa rumah serta belanja anak-anak makan.

Syarikat tempat suami bekerja ada krisis kewangan , tahun lepas selama 7 bulan berturut-turut dia tidak dpat gaji . Hutang kami banyak termasukklah bil-bil yang tertunggak. Dari bulan januari 2017 baharu lah gajinya dapat betul dan dabel-dabel tapi di sebabkan banyak hutang kami membayar semua hutang-hutang secara berperingkat sehingga tiada simpanan di lakukan kecuali simpanan asb saya.

Kemudian , tahun ini bermula bulan 9 / 2017 . Gaji tak dapat lagi. Tak tahu apa masaalah mereka. Suami bukan tidak mencari kerja lain , tetapi memang belum ada rezeki. Kebanyakkan company tak mahu menerima pekerja yang telah mempunyai pengalaman.

Dari minggu ke minggu kami menunggu gaji.

Tolong lah faham ya company , tak dapat bagi full bagi lah separuh.

Saya mengandung , ada banyak kerisauan dalam hati saya.

Kadang-kadang saya tidur 1 hari tanpa makan dan minum. Saya stress sangat.

Kadang-kadang saya ok , maka saya meniaga di facebook dengan menjual emas dan mejahit baju.

Ada juga duit dari blog masuk sikit-sikit. Tapi anak 4 , makan sahaja pun menelan belanja yang banyak. Tetapi allhamdulillah , anak belum putus lagi duit belanja. Sedaya updaya saya tidak akan membiarkan anak saya kelaparan pergi ke sekolah tanpa menerima duit belanja.

Tapi kadang-kadang situasi juga amat menyennakan jiwa bilamana , anak balik dan berkata banyak program yang perlukan duit , contohnya lawatan , pakaian beragam , hari jadi kawan , jamuan makan. Kadang tu di tangan cuma ada rm20 sahaja. Tetapi saya kalau boleh saya turutkan juga permintaan anak-anak.

Di depan anak saya marah anak kadang-kadang tu bila mereka minta duit untuk beli macam2 benda.

Tetapi saya jadi stress dan terbaring satu hari. Kadang-kadang benda sikit sikit menyentuh hati , saya menangis. 

Walaupun di takdirkan duit bulanan terputus , saya masih lagi boleh makan sedap lah. Di berikan rezeki dalam bentuk lain.

Suami saya partime pasang aircond dan melakukan kerja rencam lain , namun upah tidak banyak dan tidak mampu pun bayar loan kereta. Kami ada hutang ptptn akibat suami buat loan untuk di berikan kepada kawan nya. Kawan nya sekarang wallahualam , entah hidup entah mati. Setiap kali suami dapat upah , beliau beli stok makanan di rumah.

Saya pula menjual emas dan menjahit untuk mebayar hutang lain seperti sewa rumah bil elektrik dan bil internet. Banyak jugak duit saya rupanya. Sebelum ni tak sedar pun. Tetapi macam biasalah lambat sikit masa di ambil untuk mengumpul wang.

Saya harap sesiapa yang beri kerja pada saya bayar cepat , saya harap yang mana dulu-dulu saya tolong , tolong kembali dan saya harap siapa-siapa yang ada hutang dengan saya bayar saya semula , tetapi TIDAK.

Saya rasa sedih sangat. Ini pun tengah down , di sebabkan baju dan tempahan banyak , mesin rosak. Siap semua tempahan boleh bayar sewa rumah bulan 10 ini. Tetapi tidak jadi ikut planning asal. Mekanik tersebut tak boleh datang. Dia ada hutang dengan saya  saya tuntut hutang tersebut supaya dia datang repair free. Saya tak ada duit nak bayar. Eh bukan tak ada , tapi cukup-cukup untuk makan anak beranak.

Saya tak mahu pinjam dari siapa-siapa. Kalau boleh. Saya mampu bekerja keras walaupun saya mengandung. Saya mampu hadapi semua ini.

Saya tulis benda ni di blog saya bukan minta simpati , dan saya tidak akan share di mana-mana media social lain. Saya tulis supaya menjadi kenaganan anak-anak. Pernah susah , pernah senang , jatuh dan bangun.

Pesanan saya , kalau ada hutang awak – awak usaha lah bayar , awak tak tahu situasi orang , paras dada senak dia , kadang rasa macam .. ermmm mati lagi baik .. atau gila lagi baik.

Tapi nasib baik lah. MASIH BOLEH FIKIR CARA WARAS. Walaupun kadang-kadang rasa nak menjerit 24 jam.

 

 

Bag periuk Noxxa di jahit dengan penuh kasih sayang

Assalamalaikum dan hai semua .. meh tengok koleksi bag periuk noxxa keluaran saya sendiri. Jenama takdok la lagi… Saya jahit bag periuk noxxa setelah di beri oleh cikgu tempat saya belajar menjahit dahulu. Saya terima dan sahut cabaran untuk jahit bag periuk noxxa ini. Beberapa kali juga saya cuba buat sample meggunakan kain sendiri dahulu. Akhirnya dah di luluskan oleh cikgu baru lah saya jahit ke semua bag tempahan dari pelanggan. Kalau nak tempah juga jangan lupa hubungi saya di talian 011-32095406 . Whatsapp je tau … tak mau call. Saya tak kan angkat punya. Hihi


Allhamdulillah , ada tempahan sikit -sikit dari kawan di facebook dan juga dari blogger sendiri. Selain dari bag periuk noxxa ini saya bercadang untuk keluarkan sarung periuk noxxa dan juga bag periuk philips. Harga tidak lah mahal sangat setanding dengan kualiti kan. Kain japanese cotton yang terkenal dengan corak cantik dan berkualiti ini menjadi material utama dalam pembuatan bag periuk noxxa.

Awak… saya belum ada periuk noxxa .. saya masih simpan duit untuk dapatkan periuk noxxa . Ini periuk pinjam untuk demo . Tapi itu lah di harapkan berkat buat beg periuk noxxa dapat lah sebiji periuk nanti kan ?

Gigih tak saya ? Biasa lah perempuan dengan gadjet dapur ni berpisah tiada.

Akan datang saya akan jahit bag untuk periuk tekanan tinggi jenama philips pula. Permintaan kawan-kawan. Handmade kan apa pun boleh. Lagi best kalau bag periuk noxxa / philips di sedondon dengan lapik pet ais ,cover oven , lapik meja dapur. Awww .. saya bayangkan semua sedondon ..cantik tau.

Tukang jahit memang boleh bayangkan macam-macam. Masaalah nya nak jahit untuk diri sendiri tak lepas-lepas. Sibuk megalahkan apa. Sekarang pun banyak tempahan baju keduri.

Ciri-ciri kemasan bag periuk noxxa by Bee Hashim

  • Kain cotton – japanese cotton
  • 2 corak dalam dan luar. Dalam pun kain cantik tak nampak jahitan . Kiraya beg ni 2 lapis lah.
  • Tali beg tebal , tapi di lapiskan dengan kain corak tambah cute. Dan kukuh.
  • Ada tali jerut. Boleh letak benda lain juga.
  • Adapoket untuk di letakkan wayar.
  • Boleh di basuh.
  • Ada pengeras kain pada body beg
  • Harga RM85

Akan datang saya dalam cadangan nak buat beg letak span atau biasa tukang jahit panggil batting. Cuma harga kemungkinan lain sedikit kerana mengambil kira kos batting tersebut. Tapi saya percaya mesti lagi kemas terletak.

Sesiapa nak buat projek tempahan jahit pukal beg noxxa ni pun boleh whatsapp saya. Hahaha .. saya terima selagi belum beranak nih… Raya tahun ni tak boleh terima tempahan baju raya tauuu … jahit untuk anak sendiri je boleh lah kot.

Enjoy cuci mata tengok video di bawah na.. kalau rajin add facebook saya .

 

Ok byeeeee   🙂 Terima kasih membaca di sini. 

Review Mamteen : Makanan tambahan untuk ibu sedang hamil , ikhtiar hamil dan menyusu

Assalamualaikum dan hai semua , jadi saya dah cuba tablet Mamteen ni. Mamteen adalah makanan tambahan untuk ibu sedang hamil , ibu yang berikhtiar untuk hamil , ibu yang menyusu anak dan wanita yang mengalamai masaalah haid tidak teratur.

Nak lah share disini. Saya cuba amalkan tablet Mamteen selama lebih kurang 2 minggu dah. Sekarang ni kandungan saya 18 minggu , dalam 16 minggu macam tu selalu kurang cergas lah banyak tidur. Tidur siang untuk ibu mengandung bukan tak bagus. Tapi habis la jadual semua lari ye. Masak untuk anak tu tugas nombor 1 pun tak dapat buat dengan betul. Tapi allhamdulillah sejak akhir-akhir ni sihat sangat pula rasa badan ni. Boleh jahit baju sehari 2 pasang lagi tu. Bisnes online emas sentiasa jalan. Allhamdulillah sangat sebab dah sihat. Nikmat tau. Sekarang dengan bangga boleh cakap lah tak ada alahan apa-apa.

Saya dah cuba .. anda bila lagi ?

Pil vitamin dari klinik pun saya ambil besama dengan Mamteen ini. Saya cuma harap bacaan HB saya okay semula. Susu ke apa-apa yang lain tak ada. Makan pun macam biasa je. Makan sayur dan buah serta air kosong banyak-banyak.Kesan nya .. Allhamdlillah cergas dan sihat. Kurang dah demam. Memang kena amalkan selalu lah. Kulit pun terasa lebih cantik … perasan kot tapi rata-rata kawan saya kata semakin cantik kulit saya ni hehehe.

Untuk korang yang berikhtiar untuk hamil dan meningkatkan kesuburan juga boleh amalkan Mamteen ya. Selain dari itu  Golongan yang sesuai mengambil Mamteen :

  • Wanita dlm pantang
  • Wanita sedang menyusu, kerana kandungan di dalam Mamteen bertindak sebagai agen Milk Booster
  • Wanita yg sedang ikhtiar hamil kerana kandungan di dalam Mamteen dapat menyuburkan hormon wanita (vitamin C, kurma, olive leaf extract, saffron powder dan DHA)
  • Tidak mengandungi kolagen jadi ianya selamat untuk digunakan bagi mereka yang alahan pada kolagen.
    ?Mamteen selamat diambil oleh ibu dan bayi dlm kandungan kerana mempunyai kelulusan kkm dan kilang gmp.
Tablet kunyahan Mamteen

Saya tertarik nak cuba produk MAMTEEN ni selepas baca khasiat dan di perbuat dari bahan-bahan nya iaitu delima , kurma , kacang badam , brokoli , tomato , saffron dan daun zaitun. Mamteen bertindak sebagai makanan tambahan yang memberikan tenaga berpanjangan serta menstabilkan hormon wanita. Berat tidak stabil, jerawat, depresi, masalah kesuburan dan lain lain.  kebanyakannya berpunca dari hormon yang tidak stabil.

Saya senaraikan khasiat dan kebaikkan bahan-bahan yang di adunkan ke dalam Mamteen di bawah yee 

Delima

  1. Membantu mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik.
  2. Memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu.
  3. Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung.
  4. Baik untuk penghadaman perut.
  5. Mengurangkan kemungkinan diserang kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser payudara.
  6. Buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat mnyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi. Kulit yang sihat merupakan dambaan setiap orang.
  7. Mencegah keletihan.
  8. Mencegah rasa mual.
  9. Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu.
  10. Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah.

Kurma

  1. Kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa(glukosa memberikan tenaga kepada ibu mengandung untuk melakukan aktiviti seharian)
  2. Tenaga diserap serta merta selepas makan kurma.
  3. Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.

Susu

  1. Zat besi, tembaga dan vitamin A dalam susu baik untuk kecantikan iaitu mencantikkan kulit agar kekal bersinar.
  2. Kalsium susu dapat menguatkan tulang.
  3. Kandungan magnesium dalam susu dapat memberikan kekuatan kepada jantung dan sistem saraf.
  4. Mengandungi kalsium yang dapat mengurangkan risiko kanser terutama kanser usus besar.
  5. Mengandungi “Conjugated Linoleic Acid” (CLA) yang membantu meningkatkan metabolisme dan mengurangkan reaksi alergi makanan. Mengandungi protein berkualiti tinggi dan banyak lagi.

Brokoli

  1. Meningkatkan sistem imunisasi kerana brokoli kaya dengan beta-carotene, zinc dan
    selenium yang menguatkan system imunisasi.
  2. Mengurangkan risiko kecacatan dalam kandungan kerana secawan brokoli mengandungi 94mg asid folik, iaitu salah satu vitamin B yang sangat penting untuk tumbesaran janin semasa dalam kandungan.
  3. Mengurangkan penyakit kencing manis ini kerana brokoli kaya dengan fiber dan rendah kandungan gula, penggunaan insulin dapat dibekalkan pada tahap yang minimum.
  4. Zat besi, tembaga dan vitamin A dalam susu baik untuk kecantikan iaitu mencantikkan kulit agar kekal bersinar.
  5. Kalsium susu dapat menguatkan tulang.
  6. Kandungan magnesium dalam susu dapat memberikan kekuatan kepada jantung dan sistem saraf.
  7. Menggalakkan kesihatan tulang kerana brokoli mengandungi lebih banyak kalsium berbanding kebanyakkan produk tenusu, serta mengandungi vitamin K yang menggalakkan tulang yang sihat sekaligus dapat menghindarkan osteoporosis di usia muda. Vitamin C di dalam brokoli yang bertindak sebagai antioksidan dan anti-keradangan membantu melegakan symptom selsema.

Tomato

  1. Membekalkan badan dengan vitamin dan mineral yang banyak seperti vitamin A, vitamin K, vitamin B1,B3,B5,B6,B7, vitamin C, folat, zat besi, potassium, magnesium, chromium, choline dan phosphorus.
  2. Tomato mengandungi asid coumaric dan asid chlorogenic yang boleh melindungi badan daripada bahan yang karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) yang dihasilkan oleh asap rokok.
  3. Memperbaiki sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  4. Mengurangkan bahaya pengambilan ubat statin, ubat yang boleh mengurangkan tahap kolestrol badan dengan mengurangkan penghasilannya oleh hati, dengan menyekat tindak balas enzim. Pengambilan ubat ini ada implikasinya, antaranya adalah penyakit hati.

Saffron

  1. Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil.
  2. Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema.
  3. Memudahkan penghadaman dan menghilangkan bau mulut.
  4. Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.
  5. Menambahkan tenaga zahir dan batin.
  6. Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.
  7. Awet muda dengan kulit cerah dan bersih.
  8. Bahan penenang bagi masalah kemurungan dan runsing.
  9. Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi.
  10. Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu.
  11. Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.
  12. Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain.

Daun Zaitun

  1. Daun Zaitun banyak digunakan untuk menjaga kestabilan gula darah dalam tubuh.
  2. Kandungan antioksidan di dalam daun Zaitun ini lebih tinggi dibandingkan teh hijau yang selama ini dikenal sebagai sumber antioksidan yang sangat baik bagi tubuh.
  3. Daun Zaitun dapat mencegah kerosakan saraf dan mencegah penyakit kanser.

Cara pengambilan Mamteen 

  • Mamteen tablet berperisa susu dan delima blh diambil secara isap atau kunyah.
  • Sebotol Mamteen mempunyai 30 tablet, boleh ambil 1-2 tablet sehari utk kesan maksima. Sebaiknya 15-30 minit sebelum breakfast.
  • Mamteen boleh diambil oleh wanita hamil seawal 12 minggu kandungan dan keatas.

INFO PRODUK
MAMTEEN – 30 TABLET KUNYAH

RM 65 SEMENANJUNG MALAYSIA
RM 69 SABAH DAN SARAWAK

INSTAGRAM : INSTAGRAM.COM/MAMTEENHQ
FACEBOOK : FACEBOOK.COM/MAMTEENHQ

 

Tips minum air gula ( ujian MGGT ) bagi ibu megandung.

Assalamualaikum dan hai. Nak kongsi sikit tips bagi ibu-ibu megandung yang perlu melakukan ujian MGGT iaitu minum air gula. Bagaimana cara nak minum air gula tu cepat-cepat tanpa rasa nak muntah. Saya sendiri dah pun mengandung anak ke-5 memang setiap anak saya perlu membuat ujian minum air gula ni memandangkan emak dan ayah saya sendiri penghidap kecing manis. Risiko tetap ada.

MGGT atau (Modified glucose Tolerance Test) adalah satu prosedur yang melibatkan ibu-ibu mengandung untuk ujian mengesan bacaan gula dalam darah ibu. Mereka akan diminta untuk berpuasa pada malam sebelumnya (sekurang-kurangnnya 8-10 jam sebelum appointment di klinik hari esok) Pagi esoknya, sebelum jam 8 pagi darah kira-kira 2-3 ml akan diambil buat pertama kali untuk dibuat ujian kandungan glukosa. Prosedur pengujian ni dipanggil FBS (Fasting Blood Sugar) – Bacaan pertama diambil pada sampel darah masa kita mula-mula sampai di klinik. Bacaan Normal : 3.5 mmol/L – 5.5 mmol/L 2 Jam selepas minum glukos – Bacaan yang diambil pada sampel darah selepas 2 jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Bacaan Normal : di bawah 7.8 mmol/L

BMI saya pun tinggi teruk. Tetapi walau pun begitu berat badan saya tak naik langsung sepanjang kandungan mencecah 19 minggu ini. Saya tidak alah makan tetapi saya memang makan dalam jumlah yang sedikit walaupun saya tak mengadung memang saya dah terbiasa makan sedikit. Jadi berat saya tidak berganjak banyak lah.

Dress jahit sendiri , plated di bahagian bawah dada .. kain crepe lembut .. nk tempah boleh la .. petaling jaya sahaja. Hehehehe

Jadi tips minum air gula dari saya :

  • Minum senafas , jangan berhenti- berhenti.
  • Lepas minum terus lah pergi ke tempat lain.
  • Kalau rasa pening semasa berdiri terus duduk.
  • Jangan minum makan apa-apa selama 2 jam.

 

Saya ? agak lucu pada hari itu. Barangkali sudah lupa step. Maklumla jarak jauh juga anak nombor empat dengan kandungan yang ini.

Saya terus keluar ajak suami pergi hantar dokumen kepada pelanggan. Lepas tu saya pergi klinik semula kena marah dengan jururawat tak boleh keluar kata mereka takut saya pengsan.

Eh rasa-rasa dulu boleh balik lepas minum air gula. HAHA lupa laa ..

Kemudian lepas  2 jam darah di ambil semula.

Keputusan pun dah dapat. NORMAL kata jururawat tu. Allhamdulillah.

Seronok juga megandung ada orang jaga kan. Siap dapat temujanji dengan doktor gigi. Tak payah beratur panjang-panjang. Lepas ujian MGGT selesai saya pergi jumpa doktor gigi , doktor tampal dan buat” cuci gigi ” lagi tu. Doktor gigi baik sangat. Klinik gigi kelana jaya. Pergilah sana.

Ok lah tulis nak cari mood aje ni .. stress lah.

Bajet 2018 tu nanti nak ulas sikit lah …

Kalau saya rajin menulis.  byeee …