Review : ARANDA NOVA HOTEL CAMERON HIGHLANDS

REVIEW SUKA HATI , TIADA BAYARAN DI TERIMA UNTUK REVIEW INI. Ini adalah entri sambungan dari entri FAMILY TRAVEL ke Cameron Highlands tempoh hari.  ( boleh klik jika belum baca ) Semasa kami sekeluarga berada di Cameron Highlands tempoh hari , saya dan suami membuat keputusan untuk tinggal selama 3 hari 2 malam. Semasa sebelum bertolak ke Cameron Highlands dah jenuh kami search di google untuk melihat review dan mencari hotel apa yang sesuai namun tak dapat jawapan. Kemudian terpaksa lah kami ke Cameron Highlands itu sendiri dan melihat lihat hotel sendiri. Keadaaan jalan yang agak sempit dan banyak pula kenderaan meyukarkan pencarian , di tambah lagi hujan renyai-renyai , ada juga terseremak tiga tempat pasar malam. Hari pun semakin gelap. Jadi kami terus buat keputusan untuk masuk ke kawasan HOTEL  ARANDA NOVA ini dan terus bertanyakan kekosogan bilik.

ALLHAMDULILLAH ..  masih ada bilik , tetapi hanya bilik berstatus suite. Tetapi harga nya tidak lah mahal. Masih di bawah RM200 semalam.

IMG_1803
Ini adalah gambar pemandangan dari bilik hotel. Hotel ini masih baru lagi. Ya memang agak kecewa melihat pemandangan sebegini rupa.
IMG_1802
 

Semasa kami sekeluarga sampai cuaca agak mendung , hujan renyai – renyai ..dan sejuk sangat .. tapi apa yang megejutkan di hotel kami tak ada aircond , cuma ada kipas syiling di bahagian ruang tamu .. di dalam bilik berkaca tu tak ada apa-apa kipas mahupun penghawa dingin. Tetapi masih sejuk sehingga ke tulang.

IMG_1808
 

Saya masih belum berani membiarkan anak tidur di bilik berasigan. Jadi semua anak akan tidur di dalam satu bilik. Cuma minta tambah bantal dan selimut. Di Hotel ARANDA NOVA ini mengenakan bayaran untuk pertambahan bantal dan selimut. Satu selimut RM20 , Sebiji bantal RM20. Sebenarnya tak pernah lagi ke mana-mana hotel dalam Malaysia ni yang kenakan bayaran untuk pertambahan bantal dan selimut. Serius… 

Family Travel : Ke Cameron Highlands 3 hari 2 malam

Hi pembaca blog puanbee. Saya tahu walaupun jarang sangat update blog ni , ramai yang singgah membaca termasuk baca entri lama saya. Terima kasih sangat saya ucapkan buat kamu semua. Sekarang memang agak sibuk dengan hal keluarga dan bisnes suam – suam kuku tu. Cuti sekolah pada september lalu kami sekeluarga melawat Cameron Highlands , perjalanan kami kali ini tidak di rancang , spontan sahaja si ayah mengajak kami semua bersiap dan terus bertolak dari Taiping ke Cameron Highlands , perjalanan mengambil masa cuma 2 jam lebih.

IMG_1867

Syamim dan ibu di KEA FARM  – Kami tidak mengambil mana-mana pakej , terus terjah ke sana dan cari hotel. Agak susah hendak membuat pilihan hotel kerana terlalu banyak pilihan. Setelah penat pusing-pusing dari bawah bukit  ke atas bukit dan menuruni bukit , naik semula ke tanah rata. Kami membuat pilihan untuk terus daftar masuk ke ARANDA NOVA HOTEL.  Bagi kami , hotel ini sangat lengkap dan sesuai untuk famili  yang ada ramai kanak-kanak seperti kami. Review akan di lakukan di dalam post lain.(  review klik sini ) Al-maklumlah terlalu banyak gambar.

IMG_1889Saya suka konsep hiasan begini , terasa jika satu hari nanti di takdirkan saya berpindah dan tinggal di rumah yang ada sedikit tanah , boleh lah bercucuk tanam macam ni.