5 Perkara perlu semak sebelum menjadi vendor di sesebuah butik konsep vendor dan kafe.

Orang kata , ” tak cuba tak tahu , kalau tak di pecahkan ruyung mana nak dapat sagunya  ” Jadi saya telah pun mencuba sekali untuk menjadi vendor di sebuah butik terletak di satu tempat.  Saya ceritakan pengalaman saya , dan apa yang saya rasa. Saya bukan nak burukkan sesiapa.  Semasa saya join , saya telah di lamar sendiri oleh tuan punya butik tersebut, sangat manis dan penuh dengan smiley dia punya mesej di whatsapp. Sehingga terasa nak join. Apa boleh buat , semua ni terjadi dengan izin Allah .. redha saja lah.

Deposit yang di minta RM200 , adalah beberapa syarat yang di tetapkan oleh tuan punya butik. Bayaran sewa bulan pula adalah sebanyak rm150. Segala proses penghantar melalui pos di tanggung oleh saya. Tetapi ada beberapa kesilapan dari pihak saya. Dan saya tidak puas hati sama sekali dengan butik tersebut. Tak perlu saya taip lagi panjang , buat sakit hati je kalau di kenangkan. Tetapi saya boleh berkongsi sedikit , senarai semak yang perlu kita semua buat sebelum korang nak join mana-mana butik ber konsepkan vendor dan kafe ni.

butik zawara
Gambar sekadar gambar hiasan , tak ada kena mengena dengan entri , hari tu nak pergi beli jubah di zawara , tapi frust nonggeng sebab lambat sampai , butik pun dah tutup .. ada gambar je lah sebagai kenangan.

 
5 Perkara perlu semak sebelum menjadi vendor di sesebuah butik konsep vendor dan kafe